Sabtu, 17 September 2011

Percukaian Kerajaan Melaka

Sungai Melaka.

Nyatakan tentang aktiviti percukaian yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
F1 pedagang yang berniaga di Melaka wajib membayar cukai terhadap barang dagangan sebelum memulakan perniagaan
F2 cukai paling asas ialah cukai tetap/cukai import yang telah ditetapkan oleh pemerintah
F3 pedagang India/Ceylon/Tanah Arab/Siam/Pegu dikenakan cukai enam peratus dari jumlah barang dibawa
F4 pedagang Jepun dan China dikehendaki membayar cukai lima peratus
F5 terdapat barangan dikecualikan cukai iaitu beras/makanan
F6 setelah cukai dibayar, urusan jual beli dapat dilaksanakan di bazaar sepanjang Sungai Melaka
F7 orang asing yang menetap di Melaka dikenakan cukai
F8 orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan Cukai Raja sebanyak tiga peratus
F9 orang asing lain dikenakan Cukai Raja sebanyak enam peratus

2 ulasan:

  1. Terima kasih kerana memberi info ini

    BalasPadam
  2. Sistem cukai telah diperkenalkan oleh pedagang yang berdagang di Melaka

    BalasPadam

Bahasa menggambarkan dalaman diri anda.