SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Khamis, 31 Mac 2011

Tamadun Mesir

Latihan Soalan Struktur

1- Terangkan kepentingan dan peranan Firaun dalam tamadun Mesir. [3m]
F1 ketua kerajaan
F2 dianggap jelmaan tuhan bersifat ketuhanan
F3 dikaitkan dengan anak tuhan matahari
F4 ketua pendeta
F5 ketua pahlawan
F6 ketua hakim
[mana-mana 3]


2- Nyatakan kegiatan ekonomi utama tamadun Mesir. [2m]
F1 penenunan
F2 pembuatan barang tembikar
F3 pembuatan tekstil/kertas
F4 perlombongan emas
[mana-mana 2]

3- Apakah yang anda faham tentang konsep politeisme ? [1m]
F1 kepercayaan kepada banyak tuhan


4- Namakan dua contoh tuhan masyarakat Mesir purba yang dikaitkan dengan alam. [2]
F1 Re (Tuhan Matahari)
F2 Ra-Atum (Tuhan Langit)
F3 Amun (Tuhan Angin)
[mana-mana 2]

Tamadun Yunani dan Rom

Latihan Soalan Struktur

1- Namakan dua negara kota yang terdapat di Yunani. [2m]
F1 Athens
F2 Sparta


2- Namakan sistem pemerintahan yang diperkenalkan di
(a) Tamadun Yunani [1m]
(b) Tamadun Rom [1m]

(a) F1 demokrasi
(b) F1 republik

3- Nyatakan ciri-ciri sistem pemerintahan yang diperkenalkan itu. [3m]
F1 terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis
F2 semua warganegara lelaki dewasa diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan
F3 Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan
F4 segala keputusan Dewan Perhimpunan dikendalikan oleh Majlis
F5 Dewan Perhimpunan melantik ahli Majlis, Majistret dan Juri
[mana-mana 3]

4- Apakah peranan yang dimainkan oleh Dewan Senat di Rom ? [3m]
F1 Dewan Senat melantik dua orang konsul untuk suatu tempoh
F2 diwakili oleh golongan bangsawan
F3 membincangkan hal-hal pentadbiran
F4 merangka perundangan
F5 seseorang perlu menjadi seorang praeotor terlebih dahulu
[mana-mana 3]

Tamadun Mesopotamia

Latihan Soalan Struktur

1- Namakan dua sungai utama yang menjadi lokasi tamadun Mesopotamia. [2m]
F1 Sungai Euphrates
F2 Sungai Tigris


2- Nyatakan ciri-ciri penting tamadun Mesopotamia. [3m]
F1 negara kota
F2 organisasi sosial
F3 sistem pemerintahan teratur
F4 pengkhususan kerja
F5 sistem tulisan cuneiform
[mana-mana 3]

3- Jelaskan kepentingan zigurat kepada masyarakat Mesopotamia. [2m]
F1 pusat ibadat
F2 pusat perdagangan
F3 pusat penyimpanan khazanah negara
[mana-mana 2]


4- Apakah sumbangan tamadun Mesopotamia kepada tamadun manusia ? [3m]
F1 Kod Undang-Undang Hammurabi
F2 Epik Gilgamesh
F3 ilmu astronomi/perubatan
F4 perpustakaan diraja/gedung ilmu
F5 sistem pengangkutan/penggunaan roda
[mana-mana 3]

Rabu, 30 Mac 2011

Tamadun Indus

Soalan Percubaan SPM 2010, Negeri Sembilan

1-Tamadun Indus merupakan salah satu tamadun awal manusia yang terbentuk di lembah Sungai Indus, bermula dari Pergunungan Himalaya dan mengalir ke Laut Arab.


(a) Namakan satu bandar yang terdapat dalam tamadun ini.
[1 markah]
F1 Mohenjo-Daro
F2 Harappa
F3 Lothal
F4 Sutkagen Dor
[mana-mana 1 x 1m = 1m]

Soalan KBKK - Faktor Perkembangan Tamadun

Soalan Ujian TOV 2011, Terengganu



Pada pendapat anda, apakah faktor yang membantu perkembangan sesebuah tamadun ? [5m]

F1 kestabilan politik
F2 sistem pemerintahan yang kuat dan adil
F3 pemimpin berwibawa dan dinamis
F4 bersifat kreatif dan inovatif
F5 sentiasa berusaha membaiki dan meningkatkan kehidupan
F6 hubungan dengan tamadun lain seperti hubungan perdagangan dan diplomatik
F7 perkembangan pemikiran dan kemahian
F8 saling bekerjasama membangunkan ekonomi
F9 perkembangan ilmu pengetahuan
F10 penjajahan atau penaklukan wilayah
[mana-mana 5 x 1m= 5m]

Seni Bina Dalam Tamadun China

Soalan Ujian TOV 2011, Terengganu

Terangkan sumbangan tamadun China dalam bidang seni bina kepada peradaban dunia. [8m]

F1 Tembok Besar China
H1a dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking
H1b pembinaan dimulakan oleh Maharaja Shih Huang Ti dalam Dinasti Chin
H1c panjangnya 5000 km, lebar 4.5 hingga 9 meter dan tingginya 7.5 meter
H1d bertujuan untuk menghalang serangan orang-orang Hun
H1e semasa Dinasti Ming, tembok tersebut disambung sehingga 6400 km panjang
H1f menggunakan tenaga melebihi 30000 orang


F2 tembok batu
H2a memperlihatkan kemajuan dalam membuat tembok-tembok
H2b di bandar-bandar purba China seperti Changan, Anyang, Peking dan Loyang dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu
H2c di bandar lain tembok dibuat daripada tanah liat dan batu bata
H2d setiap tembok mempunyai pintu gerbang
H2e pintu gerbang yang dikelilingi oleh oarit besar dan menara
H2f semua ciptaan seni bina tersebut unuk tujuan keselamatan dan menghalang ancaman pihak musuh

F3 kediaman Maharaja
H3a kawasan dalam tembok menempatkan istana Maharaja
H3b sebuah istana yang masih kekal ialah Kota Larangan
H3c Kota Larangan mempunyai banyak dewan dan taman
H3d dewan berfungsi sebagai balai penghadapan dan tempat hukuman, keraian dan perjumpaan


F4 kuil dan pagoda
H4a kuil yang besar terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu dan pusat pemujaan
H4b pagoda berbentuk meninggi hingga 15 tingkat
H4c biasanya pagoda mempunyai bentuk oktagon atau segi empat sama
H4d bentuknya tidak tetap bagi semua binaan dan tempat
[mana-mana 8 x 1m = 8m]

Tamadun China

Latihan Soalan Struktur

1- Nyatakan fungsi alatan berikut yang diperkenalkan dalam Tamadun China. [2m]
(a) tenggala
(b) kolar kuda

(a)
F1 membuat batas tanaman

(b)
F1 menarik tenggala kayu
F2 menarik kereta kuda
F3 menarik kereta sorong beroda
F4 menarik kenderaan
F5 menarik beban
[mana-mana 1]


2- Apakah yang dimaksudkan dengan Jalan Sutera Darat ? [2m]
F1 hubungan perdagangan antara China dengan India
F2 jalan bermula di Barat iaitu di Rom
F3 jalan merentasi kawasan Asia ke India
F4 jalan dihubungkan terus ke China
[mana-mana 2 x 1m = 2m]

Tamadun India

Latihan Soalan Struktur



1- Apakah yang dihasilkan oleh pusat perdagangan Anga, Kalinga dan Karusu ? [2m]
F1 senjata
F2 emas
F3 berlian
F4 gading gajah
F5 mutiara
[mana-mana 2 x 1m = 2m]

2- Mengapakah wujud persatuan perdagangan dan perusahaan yang dikenal sebagai sresthin di setiap bandar ? [2m]
F1 mengawal harga
F2 mengawal gaji pekerja
F3 mengawal kualiti barangan
[mana-mana 2 x 1m = 2m]

3- Di manakah pusat perusahaan membuat sutera ? [2m]
F1 Bengal
F2 Benares

Selasa, 29 Mac 2011

Sumbangan Tamadun Mesopotamia

Latihan Soalan Struktur



1- Nyatakan sumbangan Tamadun Mesopotamia. [3m]
F1 kod undang-undang Hammurabi
F2 sistem tulisan
F3 penciptaan roda
F4 penciptaan batu bata
F5 penciptaan kalendar
F6 perkembangan ilmu astronomi
F7 lahir tradisi kesusasteraan
F8 perkembangan ilmu matematik
F9 perkembangan ilmu perubatan
F10 alat pengangkutan
[mana-mana 3 x 1m = 3m]

2- Apakah kesan penggubalan Kod Undang-Undang Hammurabi ? [3m]
F1 berjaya menggelakkan wujudnya permasalahan
F2 mewujudkan perpaduan
F3 mengukuhkan sistem organisasi
F4 membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk janga masa yang panjang
[mana-mana 3 x 1m = 3m]

3- Mengapakah jurutulis dilahirkan dalam masyarakat Mesopotamia. [2m]
F1 membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat
F2 segala urusan dapat direkodkan
F3 urusan jual beli disertakan dengan resit, nota dan surat kredit
[mana-mana 2 x 1m = 2m]

4- Apakah hasil kesuasteraan yang terkenal dalam Tamadun Mesopotamia. [1m]
F1 Epik Gilgamesh

Bagaimanakah penciptaan roda dapat memperbaiki sesebuah tamadun ? [2m]
F1 menghasilkan kereta kuda
F2 tujuan peperangan
F3 penciptaan kincir angin
F4 mengalirkan air ke kawasan tandus
F5 meningkatkan hasil pertanian
F6 mengawal banjir
[mana-mana 2 x 1m = 2m]

Masyarakat Zaman Paleolitik, Neolitik dan Logam

Soalan Latihan Struktur



1- Senaraikan tiga cara masyarakat Zaman Paleolitik menyara kehidupan mereka. [3m]
F1 memungut hasil hutan
F2 berburu binatang
F3 menangkap ikan

2- Nyatakan empat kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Zaman Neolitik. [4m]
F1 tinggal menetap dalam kelompok yang besar
F2 mula bercucuk tanam dan menternak binatang
F3 alatan batu lebih licin dan mempunyai pelbagai fungsi
F4 tahu membuat tembikar
F5 wujud pengkhususan kerja
F6 mampu menghasilkan lebihan makanan dan melahirkan sistem barter
[mana-mana 4 x 1m = 4m]

3- Berikan tiga ciri masyarakat Zaman Logam. [3m]
F1 mampu menghasilkan bahan daripada logam
F2 mampu mencipta perahu dan rumah
F3 dengan perahu, mampu meneroka lautan
F4 meningkatkan kegiatan perdagangan maritim
F5 muncul petempatan besar dan kota pertahanan
[mana-mana 3 x 1m = 3m]

Pendidikan di Athens, Sparta, Rom dan China

Soalan Latihan Struktur

1- Mengapakah masyarakat Athens memberi tumpuan kepada bidang pendidikan ? [2m]
F1 melahirkan manusia yang seimbang dari aspek rohani dan jasmani
F2 melahirkan manusia cemerlang yang dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikal
F3 menganggap hanya manusia cemerlang dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan kehidupan manusia
[mana-mana 2 x 1m = 2m]

2- Nyatakan bentuk pendidikan yang terdapat di negara kota Sparta. [2m]
F1 melahirkan tentera yang gagah dan setia kepada negara kota
F2 mementingkan latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata

3- Apakah ciri-ciri pendidikan dalam tamadun Rom ? [3m]
F1 tumpuan kepada aplikasi ilmu yang praktikal untuk membina kemudahan awam yang bermanfaat kepada rakyatnya
F2 pendidikan turut mementingkan semangat setia kepada Rom
F3 pada peringkat awal, banyak menyerap unsur dari tamadun Yunani
F4 melahirkan jurutera, ahli falsafah dan sejarawan
[mana-mana 3 x 1m = 3m]

4- Nyatakan tiga tahap peperiksaan awam dalam tamadun China. [3m]
F1 tahap pertama atau Hsiu Tai (Ijazah Pertama)
F2 tahap kedua atau Chun-Jen (Ijazah Sarjana)
F3 tahap ketiga atau Chin Shih (Doktor Falsafah)


Pendidikan Dalam Tamadun China

Latihan Soalan Struktur



1- Apakah matlamat utama pendidikan di China ? [1m]
F1 lulus peperiksaan awam kerajaan

2- Apakah pekerjaan yang dapat dilakukan oleh mereka yang lulus dalam peperiksaan awam China bagi tahap [2m]
(i) ijazah pertama
(ii) ijazah ketiga
F1 pegawai kerajaan
F2 pendidik

3- Berapa lamakah seseorang calon itu akan dikurung ? [1m]
F1 tiga hari

4- Apakah hukuman yang dikenakan kepada calon yang meniru ? [1m]
F1 hukuman mati

5- Mengapakah pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari peperiksaan ? [1m]
F1 mengelakkan berlakunya penipuan

Ahad, 27 Mac 2011

Nama Candi di Asia Tenggara

Soalan Ujian TOV 2011, Terengganu



Namakan dua buah candi yang terdapat di Asia Tenggara ? [2m]

F1 Candi Angkor Wat
F2 Candi Borobudur
F3 Candi Dieng
F4 Candi Lembah Bujang
F5 Candi Prambanan
[mana-mana 2 x 1m = 2m]



Sebab Candi Dibina

Soalan Ujian TOV 2011, Terengganu


Mengapakah kerajaan=kerajaan awal di Asia Tenggara membina candi ? [3m]

F1 monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha
F2 Candi Angkor Wat dibina untuk agama Hindu/Candi Borobudur dibina untuk agama Buddha
F3 berperanan sebagai rumah ibadat
F4 berfungsi sebagai tempat menyimpan abu jenazah raja/keluarga
F5 tempat menyimpan patung dewa utama
F6 menjadi lambang keagungan seseorang pemerintah
F7 lambang kehebatan seni bina
F8 melambangkan order kosmos/konsep alam semester
F9 melambangkan kehebatan ahli seni agama dalam melahirkan monumen keagamaan
F10 Candi Angkor Wat terdapat ukiran epik Ramayana/Mahabharata
F11 sebagai tempat pemakaman/kubur
[mana-mana 3 x 1m = 3m]

Maksud Monumen

Soalan Ujian TOV 2011, Terengganu


Apakah yang dimaksudkan dengan monumen ? [1m]

F1 binaan/bangunan yang dibuat daripada batu bata
F2 dengan tujuan memperingati orang ternama/peristiwa penting
F3 terdiri daripada candi/kuil/wat/stupa/arca/patung
[mana-mana 1 x 1m = 1m]

Faktor Membantu Perkembangan Sesebuah Tamadun

Soalan Ujian TOV 2011, Terengganu



Pada pendapat anda, apakah faktor yang membantu perkembangan sesebuah negara ? [5m]

F1 kestabilan politik
F2 sistem pemerintahan yang kuat dan adil
F3 pemimpin berwibawa dan dinamis
F4 bersifat kreatif dan inovatif
F5 sentiasa berusaha membaiki dan meningkatkan kehidupan
F6 hubungan dengan tamadun lain seperti hubungan perdagangan dan diplomatik
F7 perkembangan pemikiran dan kemahiran
F8 saling bekerjasama membangunkan ekonomi
F9 perkembangan ilmu pengetahuan
F10 penjajahan atau penalukan wilayah
[mana-mana 5 x 1m = 5m]

Sistem Perundangan Dalam Tamadun India

Soalan Ujian TOV 2011, Terengganu



Jelaskan sistem perundangan dalam tamadun India. [7m]

F1 perundangan menjadi aspek penting untuk melihat keberkesanan pentadbiran
F2 Kitab Dharma Sastra menjadi kitab undang-undang Hindu yang tertua
F3 dihasilkan dalam abad keenam hingga abad kedua S.M.
F4 raja dipertanggungjawabkan memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang
F5 segala kesalahan dikenakan tindakan denda
F6 denda bergantung kepada keseriusan kesalahan
F7 Brahmin menjadi golongan yang dominan dalam bidang undang-undang
F8 Brahmin mahir tentang hukum-hakam keagamaan
F9 undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah perintah raja
F10 segala titah perintah raja diukir pada tiang batu
F11 tiang didirikan di tepi jalan supaya undang-undang dapat dibaca oleh rakyat
F12 tiang ini dikenali sebagai Tiang Asoka
F13 tiang ini didirikan pada zaman pemerintahan Raja Asoka
F14 Asoka berpegang kepada konsep kesejahteraan rakyat
F15 menjadikan pemerintahannya adil
[mana-mana 7 x 1m = 7m]

Sabtu, 26 Mac 2011

Proses Pembentukan Tamadun Mesopotamia


Proses pembentukan tamadun Mesopotamia :
  • berkembang di wilayah selatan, iaitu Sumer
  • perpindahan orang Sumeria ke wilayah teraebut dengan membina petempatan kekal
  • menjalankan aktiviti pertanian dengan cara menebus guna tanah
  • membina sistem pengairan/perparitan
  • hasil lebihan makanan, penduduk semakin bertambah
  • wujud perkampungan kecil dan akhirnya membentuk negara kota

Tamadun Mesopotamia



Negara kota tamadun Mesopotamia :
  • Ur
  • Urech
  • Kish
  • Lagash
  • Mari

Faktor Pembentukan Tamadun Awal di Lembah Sungai


Faktornya ialah :
  • membekalkan makanan
  • sumber protein
  • jalan perhubungan
  • kemudahan pengangkutan
  • membekalkan air
  • bagi kegunaan harian
  • sesuai untuk petempatan kekal
  • tanah subur untuk pertanian
  • aktiviti perdagangan

Proses Pembentukan Tamadun


Proses Pembentukan Tamadun
  • petempatan kekal
  • menjalankan aktiviti pertanian
  • sistem pengairan
  • lebihan hasil/makanan
  • perkampungan
  • bandar
  • negara kota

Bentuk Tulisan dan Fungsinya


Bentuk tulisan
  • cuneiform
  • hieroglif
  • ideogram
  • piktograf
Fungsi tulisan
  • perniagaan
  • penulisan
  • ilmu pengetahuan
  • perundangan
  • pentadbiran
  • pertanian
  • keagamaan
  • kesuasteraan
  • rekod

Jumaat, 25 Mac 2011

Ciri-Ciri Tamadun


Ciri-ciri tamadun :
  • petempatan kekal
  • organisasi sosial
  • sistem pemerintahan
  • pengkhususan pekerjaan
  • agama dan kepercayaan
  • bahasa dan tulisan

Makna Tamadun


Bahasa Arab
  • mudun/madain
  • madana - tinggi budi bahasa/pembukaan bandar
Pandangan Islam
  • mementingkan aspek rohani dan lahiriah
  • asas pembinaan tamadun ialah akhlak, akidah, ilmu, keadilan, toleransi dari kebebasan beragama
Tokoh
  • Syed Naquib al-Attas - pencapaian tatasusila dan kebudayaan yang tinggi dan luhur oleh masyarakat
  • disokong oleh Richard Sulliyan (sarjana Barat) - menegaskan pentingnya unsur rohaniah dalam menjelaskan konsep tamadun
Bahasa Inggeris
  • civilizations
  • civitas - bandar atau kota
Pandangan Barat
  • pembangunan lahiriah
  • aspek kebendaan, kebudayaan, pembangunan fizikal
  • penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran
Tokoh
  • Darcy Riberio dan R.A. Buchanam
  • menekankan aspek lahiriah yang mengukur pencapaian dan peradaban manusia
Pandangan Ibn Khaldun dalam Muqaddimah
  • umran - tanah yang didiami secara tetap
  • hadarah - kehidupan di bandar, bertatasusila, kesopanan dan moral yang tinggi

Khamis, 24 Mac 2011

Zaman Pra Sejarah

Gambar di atas ialah berkaitan pengebumian menggunakan tempayan yang wujud pada zaman Neolitik di Kepulauan Melayu.


Perbezaan antara masyarakat Paleolitik dan Neoitik

Cara Hidup
  • Paleolitik - berpindah-randah
  • Neolitik - menetap
Penempatan
  • Paleolitik - dalam gua/tepi tasik/sungai/pedalaman
  • Neolitik - dalam rumah
Kegiatan
  • Paleolitik - memburu binatang/tangkap ikan/kumpul hasil hutan
  • Neolitik - bercucuk tanam/menternak binatang/perdagangan sistem barter
Peralatan
  • Paleolitik - diperbuat daripada batu kasar/mementingkan fungsi
  • Neolitik - diperbuat daripada batu yang licin/mementingkan estetika dan fungsi/membuat tembikar/peralatan logam

Zaman Pra Sejarah

Zaman Neolitik dan Logam

  • hidup secara menetap
  • pandai membina rumah
  • tinggal dalam rumah
  • hidup dalam kelompok besar/masyarakat
  • bercucuk tanam
  • menternak binatang
  • peralatan diperbuat daripada batu yang dilicinkan
  • membuat tembikar
  • perdagangan maritim
  • melebur logam
  • peralatan diperbuat daripada logam
  • mencipta perahu/logam

Zaman Pra Sejarah

Ciri-Ciri Zaman Paleolitik dan Mesolitik

  • berpindah-randah/nomad
  • tinggal dalam gua, tepi sungai/tasik
  • hidup dalam kelompok kecil/keluarga
  • memburu binatang
  • menangkap ikan
  • kumpul hasil hutan
  • peralatan diperbuat daripada batu/tulang

Sabtu, 19 Mac 2011

Pakatan Murni

Soalan Percubaan SPM 2009, SBP dan Kluster

Pakatan Murni merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu untuk mewujudkan perpaduan melalui rundingan dan tolak ansur politik.

(a) Terangkan langkah-langkah yang dilaksanakan ke arah mewujudkan Pakatan Murni di Tanah Melayu sebelum merdeka. [10m]

(b) Jelaskan kejayaan Parti Perikatan dalam melaksanakan pakatan murni. [6m]

(c) Pada pandangan anda, apakah tanggungjawab warganegara dalam memelihara kemerdekaan negara ?[4m]

Sila bandingkan Soalan Percubaan SPM 2009, SBP dan Kluster di atas dengan Soalan sebenar SPM 2009 di bawah :

Soalan SPM 2009

(a) Apakah maksud pakatan murni ? [2m]

(b) Terangkan usaha penduduk pelbagai kaum mengadakan pakatan murni sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. [10m]

(c) Semangat kerjasama dan toleransi dalam pakatan murni perlu dihayati dan diamalkan oleh rakyat Malaysia.

(i) Pada pendapat anda, mengapakah semangat tersebut perlu dihayati dan diamalkan? [4m]

(ii) Cadangkan empat cara untuk mengekalkan penghayatan dan pengamalan semangat tersebut oleh warga Malaysia. [4m]



Nasionalisme di Asia Tenggara

Soalan Percubaan SPM 2009, Terengganu


Nasionalisme ialah perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air.

(a) Terangkan faktor-faktor yang mendorong kemunculan nasioalisme di Asia Tenggara. [8m]

(b) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan tentang gerakan nasionalisme di Filipina. [7m]

(c) Pada pendapat anda, mengapakah semangat nasionalisme perlu dipupuk sejak daripada bangku sekolah lagi ? [5m]

Jumaat, 18 Mac 2011

Dasar Luar Negara

Soalan Percubaan SPM 2009, Kelantan

Faktor Penggubalan Dasar Luar Malaysia
-Sejarah
-Ekonomi
-Politik
-Geografi
-Demografi

Senarai di atas menjelaskan tentang faktor-faktor penggubalan dasar luar Malaysia.

(a) Terangkan faktor penggubalan dasar luar Malaysia. [10m]

(b) Mengapakah dasar luar Malaysia pada tahap pertama memperlihatkan dasar pro Barat ?[6m]

(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah dasar luar negara sentiasa berubah ? [4m]

Kuasa Pemerintahan

Gambar di atas ialah Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong Malaysia.


Soalan Percubaan SPM 2009, Kelantan

Yang di-Pertuan Agong
Badan Perundangan
Badan Pelaksana
Badan Kehakiman

(a) Jelaskan tugas-tugas Yang diPertuan Agong seperti yang tercatat dalam Perlembagaan Malaysia . [10m]

(b) Terangkan peranan Badan Pelaksana di negara kita. [5m]

(c) Jelaskan bidang kuasa Badan Kehakiman dalam sistem pentadbiran negara. [5m]

Soalan Percubaan SPM 2009, Kelantan

Nasionalisme merujuk kepada perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air.

(a) Terangkan faktor-faktor nasionalisme di negara-negara Asia Tenggara pada awal abad ke-20. [8m]

(b) Jelaskan gerakan nasionalisme di Thailand sehingga Perang Dunia Kedua. [6m]

(c) Nyatakan perkembangan nasionalisme yang berlaku di Indonesia. [6m]

Perang Dunia Pertama

Soalan Percubaan SPM 2009, Melaka

Perang Dunia Pertama merupakan konflik antarabangsa yang besar pada awal abad ke-20.

(a) Terangkan faktor-faktor yang telah mencetuskan Perang Dunia Pertama. [8m]

(b) Nyatakan kesan-kesan Perang Dunia Pertama ke atas tamadun manusia. [7m]

(c) Andaikan anda menjadi pemimpin negara pada hari ini, berikan lima cadangan untuk mengelakkan berlakunya Perang Dunia Ketiga. [5m]

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

Soalan Percubaan SPM 2009, Melaka

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948 telah memulakan babak baharu dalam sejarah negara Malaysia.

(a) Terangkan faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948. [9m]

(b) Mengapakah sebahagian besar daripada orang-orang Melayu menyokong pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ? [6m]

(c) Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi ke atas Tanah Melayu sekiranya Persekutuan Tanah Melayu 1948 tidak dibentuk ? [5m]

Sila bandingkan Soalan Percubaan SPM 2009, Melaka di atas dengan soalan sebenar SPM 2009 yang terdapat di bawah :

Soalan SPM 2009.

Jadual berikut berkaitan dengan perkembangan politik di negara kita sebelum merdeka.

Tarikh
1 Februari 1948

Peristiwa
British membentuk Persekutuan Tanah Melayu

(a) Terangkan faktor British menagambil tindakan di atas. [10m]

(b) Jelaskan tuntutan orang Melayu semasa proses pembentukan persekutuan tersebut. [4m]

(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apak kepentingan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam pembentukan negara dan bangsa Malaysia ? [6m]

Parlimen Malaysia

Soalan SPM 2009, Melaka

Elemen yang membentuk Parlimen Malaysia :
Yang di-Pertuan Agong
Dewan Negara
Dewan Rakyat

(a) Jelaskan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong. [8m]

(b) Nyatakan ciri-ciri Dewan Negara dan Dewan Rakyat. [8m]

(c) Berikan empat cadangan kepada generasi muda hari ini supaya mereka menjadi warganegara Malaysia yang berupaya mendaulatkan institusi Parlimen Malaysia. [4m]

Rabu, 16 Mac 2011

Nasionalisme di Asia Tenggara

Soalan Topikal, Bab 1 Tingkatan 5

(a) Huraikan dengan ringkas faktor-faktor kemunculan nasionalisme berikut di Asia Tenggara.
(i) Pengaruh media massa [4m]
F1 menyemarakkan semangat nasionalisme
H1a akhbar
H2a majalah

F2 berupaya menyebarkan idea-idea nasionalisme
F3 menanam perasaan anti penjajah kepada rakyat jelata

F4 akhbar yang utama
C4a Al-Ikhwan
C4b Saudara
C4c Warta Malaya
C4d Majlis

F5 pihak penjajah menganggap perkembangan ini sebagai ancaman terhadap kepentingan politik mereka di tanah jajahan
H5a bertentangan dengan kebebasan akhbar yang diamalkan oleh mereka di negara mereka sendiri
[mana-mana 4 x 1m = 4m]

(ii) Karya kesuasteraan [6m]
F1 berperanan dalam memangkitkan nasionalisme di Asia Tenggara

F2 merupakan media untuk menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah
H2a membangkitkan kesedaran bangsa dan kecintaan terhadap tanah air

F3 di Filipina, novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal menctuskan gerakan nasionalisme
H3a menjadi inspirasi terhadap gerakan nasionalisme di rantau Asia Tenggara

F4 di Indonesia, cerpen karya Chairil Anuar begitu terpengaruh
H4a cerpen Kerikil-Kerikil Tajam
H4b Ke Makam Bonda

F5 di Tanah Melayu, karya Pak Sako adalah antara pluhan novel yang terkenal
H5a Putera Gunung Tahan
[mana-mana 6 x 1m = 6m]

(b) Jelaskan perkembangan nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara. [3m]
F1 merupakan gerakan nasionalisme yang lebih radikal dan berorganisasi

F2 perubahan adalah disebabkan gerakan nasionalisme tahap pertama
H2a lebih sederhana
H2b tahap pertama gagal

F3 dipimpin oleh golongan yang berpendidikan serta berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat
H3a mereka mudah menyedari perubahan yang diperkenalkan oleh penjajah serta kesannya terhadap bangsa dan negara mereka

F4 matlamat perjuangan mereka lebih jelas
H4a menuntut kemerdekaan dan seterusnya membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat
[mana-mana 3 x 1m = 3m]

(c) Dari pengetahuan sejarah anda, huraikan perkembangan nasionalisme yang berlaku di Indonesia. [7m]
F1 tahap pertama memberikan sepenuh tumpuan terhadap isu-isu pendidikan.

F2 hanya pendidikan yang akan mengubah nasib rakyat Indonesia
H2a Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita

F3 karya Raden Adjeng Kartini telah mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia
H3a penindasan oleh penjajah Belanda
H3b karyanya Habis Gelap Terbitlah Terang
H3c juga karya Penulisan Seorang Puteri Jawa

F4 Muhammadiyah merupakan pertubuhan yang terpenting bagi tahap pertama
H4a matlamatnya adalah untuk menyebarkan Islam yang sebenar dan menghindari ancaman sekularisme Barat
H4b serta agama Kristain
H4c banyak membina sekolah, klinik dan masjid

F5 tahap kedua gerakan nasinonalisme lebih radikal
H5a Sarekat Islam (SI)
H5b Parti Komunis Indonesia (PKI)
H5c Parti Nasinal Indonesia (PNI)

F6 parti-parti politik lantang menuntut kemerdekaan Indonesia sekalipun dengan cara kekerasan

F7 PNI di bawah pimpinan Soekarno begitu popular
H7a perjuangannya dapat mempengaruhi rakyat Indonesia
H7b Belanda yang semakin terdesak telah bertindak balas dengan menangkap pemimpin yang radikal termasuklah Soekarno dan mengharamkan PNI
[mana-mana 7 x 1m = 7m]

Selasa, 15 Mac 2011

Sistem Birokrasi Barat di Asia Tenggara

Soalan Topikal Bab 1, Tingkatan 5

Sistem birokrasi Barat telah diperkenalkan untuk menggantikan sistem pemerintahan beraja apabila kuasa-kuasa Barat menguasai Asia Tenggara.

(a) Terangkan ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat tersebut. [4m]
F1 penubuhan kerajaan pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan
F2 pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan
F3 pelaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan)
F4 pelantikan pegawai Barat sebagai ketua Biro
F5 pengenalan undang-undang Barat
[mana-mana 4 x 1m = 4m]

(b) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah perubahan yang diperkenalkan oleh British dalam sistem pemerintahan Burma ? [6m]
F1 Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi di Burma
F2 pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887
F3 pengenalan Akta Perkampungan Burma 1889
F4 pentadbiran daerah diambil alih oleh Myo-ok (pegawai bandaran)

F5 sistem undang-undang Barat diperkenalkan
H5a fungsi raja sebagai penaung sami Buddha telah diambil alih

F6 Majlis Perundangan telah diperkenalkan

F7 beberapa jabatan telah ditubuhkan
H7a Jabatan Perhutanan
H7b Jabatan Kesihatan
H7c Jabatan Pelajaran
[mana-mana 6 x 1m = 6m]

(c) Huraikan perubahan sistem politik di Tanah Melayu setelah dikuasai oleh kuasa-kuasa Barat. [10m]
F1 Melaka, Pulau Pinang dan Singapura digabungkan menjadi NNS
H1a Gabenor merupakan pemerintah tertinggi NNS
H1b Gabenor dibantu oleh Residen Kaunselor
H1c pentadbiran peringkat kampung oleh penghulu dikekalkan

F2 di NNMB, British memperkenalkan Sistem Residen
F3 di NNMTB, British memperkenalkan Sistem Penasihat

F4 Residen dan Penasihat British diletakkan di bawah Gabenor NNS
H4a tugas utama Residen dan Penasihat British adalah menasihati sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu

F5 British telah memperkenalkan pelbagai perubahan
H5a sistem kehakiman Barat
H5b pelaksanaan sistem pengutipan cukai
H5c pembahagian negeri kepada beberapa daerah
H5d penubuhan balai polis
[mana-mana 10 x 1m = 10m]

Imperialisme di Asia Tenggara

Soalan Topikal Bab 1, Tingkatan 5

Antara kuasa Barat yang terlibat dengan imperialisme di Asia Tenggara ialah Portugal, Sepanyol, Belanda, Britain, Perancis dan Amerika Syarikat.

(a) Huraikan faktor-faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara yang berikut :
i- kekayaan bahan mentah [4m]
F1 memerlukan bahan mentah secara konsisten
H1a kepesatan sektor perindustrian di Eropah
H1b mengeluarkan pelbagai hasi perkilangan secara besar-besaran
H1c Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah

F2 memerlukan kawasan pasaran baru
H2a menjamin pasaran yang luas

F3 tanah yang subur
F4 kedudukan yang strategik
H4a terletak di antara China dan India
[mana-mana 4 x 1m =4m]

ii- Beban Orang Putih dan Tugas Menyebarkan Tamadun [4m]
F1 slogan Beban Orang Putih digunakan oleh British dan Belanda
H1a mereka lebih maju
H1b mereka lebih bertamadun
H1c mereka bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera

F2 Perancis berpegang kepada slogan Tugas Menyebarkan Tamadun
H2a mereka bertanggungjawab mentamadunkan orang Timur
H2b mubaligh Kristain bertanggungjawab menyebarkan agama Kristain kepada penduduk di tanah jajahan
[mana-mana 4 x 1m = 4m]

(b) Bagaimanakah perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan mendorong perluasan imperialisme Barat ? [8m]
F1 penggunaan kapal berkuasa wap
H1a membolehkan muatan yang lebih banyak
H1b mempercepat perjalanan antara Barat dan Timur

F2 pembukaan Terusan Suez
H2a memendekkan jarak perjalanan antara Barat dan Timur

F3 penggunaan kapal berkuasa wap dan pembukaan Terusan Suez menjadikan perjalanan lebih selamat dan menjimatkan kos

F4 penciptaan telegraf
H4a arahan diberikan lebih cepat dan berkesan

F5 ahli-ahli perniagaan di Barat
H5a berhubung dengan wakil mereka di Timur
H5b urusan perniagaan menjadi lebih mudah
H5c perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat
[mana-mana 8 x 1m =8m]

(c) Pada pendapat anda, apakah keburukan imperialisme ? [4m]
F1 berlakunya peperangan antara dua negara
F2 penduduk tempatan hilang keistimewan
F3 raja tidak lagi berkuasa mutlak
F4 negara dijajah oleh kuasa-kuasa Barat
[4 x 1m = 4m]

Maksud, Ciri dan Nama Sungai Dalam Tamadun Awal

Soalan Percubaan SPM 2008, Pahang

Kreatif dan inovasi manusia dalam kehidupan seharian merupakan proses pembentukan tamadun.

(a) Apakah maksud tamadun ? [2m]
F1 berasal daripada perkataan Arab iaitu mudun dan madain
F2 madana iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar
F3 perkataan Inggeris iaitu civilization
F4 berasal daripada bahasa Greek iaitu civitas yang bermaksud bandar
F5 peradaban manusia
[mana-mana 2 x 1m = 2m]

(b) Berikan tiga ciri masyarakat yang bertamadun. [3m]
F1 petempatan kekal
F2 kehidupan berorganisasi
F3 sistem pemerintahan
F4 pengkhususan pekerjaan
F5 agama dan kepercayaan
F6 bahasa dan tulisan
[mana-mana 3 x 1m = 3m]

(c) Namakan dua sungai yang penting dalam pembentukan tamadun awal manusia. [2m]
F1 Sungai Euphrates
F2 Sungai Nil
F3 Sungai Indus
F4 Sungai Hwang Ho
[mana-mana 2 x 1m =2m]

(d) Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat awal memilih sungai untuk membina petempatan awal ? [3m]
F1 kesuburan tanah untuk pertanian
F2 kemudahan bekalan air
F3 kemudahan bekalan makanan
F4 kemudahan pengangkutan dan perhubungan
[mana-mana 3 x 1m =3m]

Isnin, 14 Mac 2011

Tamadun Indus

Soalan Percubaan 2010, Johor

Tamadun Indus ialah tamadun terawal di India yang banyak menyumbang kepada pembentukan ketamadunan manusia.

(a) Berikan dua kegiatan ekonomi masyarakat Indus. [2m]
F1 perdagangan
F2 pertanian/bercucuk tanam
F3 pertukangan
F4 pembuatan
F5 menghasilkan barang logam
F6 menghasilkan barang tembikar
F7 artisan
F8 buruh
[mana-mana 2 x 1m = 2m]

(b) Nyatakan dua ciri bandar terancang dalam tamadun Indus. [2m]
F1 terbahagi kepada dua bahagian/bahagian utama dan bahagian kedua
F2 bandarnya dikelilingi tembok
F3 bahagian utama merupakan pusat pentadbiran
F4 bahagian utama merupakan pusat keagamaan
F5 menempatkan bangunan pentadbiran
F6 menempatkan tempat mandi awam
F7 yang digunakan dalam upacara ritual
F8 upacara pembersihan
F9 menempatkan tempat penyimpanan hasil pertanian
F10 bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan
F11 mempunyai susun atur yang sistematik
F12 bandar disusun berasaskan blok berbentuk segi empat
F13 setiap blok dipisahkan oleh jalan raya yang lurus
F14 terdapat sistem kumbahan yang terancang
F15 bandar juga dihubungkan dengan sungai/jalan perhubungan
[mana-mana 2 x 1m = 2m]

(c) Senaraikan dua golongan masyarakat dalam organisasi sosial di Lembah Indus. [2m]
F1 golongan atasan
F2 pendeta
F3 pedagang
F4 golongan bawahan
F5 petani
F6 buruh
F7 hamba
[mana-mana 2 x 1m = 2m]

(d) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan sumbangan tamadun Indus kepada perkembangan tamadun manusia. [2m]
F1 mengeksplotasi kelebihan yang dimiliki
F2 mengeksplotasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan mereka
F3 perancangan bandar/Mohenjo-Daro/Harappa
F4 sumbangan ilmu geometri/kesenian/matematik/pembinaan
F5 perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat
F6 yang mempunyai rangkaian jalan raya yang lurus
F7 teknologi pembakaran batu bata
F8 sikap keterbukaan
F9 hubungan dengan tamadun lain/Mesopotamia/Mesir Purba
F10 agama Hindu
F11 tulisan piktograf
F12 cap mohor
F13 ilmu pengetahuan
F14 arca
[mana-mana 2 x 1m = 2m]

(e) Pada pandangan anda, apakah peranan generasi muda dalam mengekalkan kemajuan tamadun negara kita ? [2m]
F1 bersikap cekal
F2 bertindak secara inovatif
F3 menguasai ilmu pengetahuan
F4 patuh kepada ajaran agama
F5 bersikap patriotik/mencintai negara
F6 mengukuhkan perpaduan
F7 hidup secara aman/harmoni
F8 saling bekerjasama
F9 saling bertolak ansur
F10 meneroka bidang baru
F11 meningkatkan kemahiran
[mana-mana 2 x 1m = 2m]

Sistem Demokrasi di Athens

Soalan SPM 2008

Sistem demokrasi yang diamalkan di Athens lebih kurang 3000 tahun dahulu telah diwarisi oleh hampir semua negara di dunia pada hari ini.

(a) Apakah maksud demokrasi ? [1m]
F1 pemerintahan daripada rakyat melalui wakil yang dipilih melalui pilihan raya [1m]
F2 kerajaan rakyat oleh rakyat untuk rakyat [1m]
[pilih mana-mana 1]

(b) Nyatakan tiga ciri sistem pemerintahan demokrasi yang diamalkan di Athens. [3m]
F1 Dewan Perhimpunan [1m]
F2 warganegara lelaki berpeluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan [1m]
F3 Dewan Perhimpunan berkuasa penuh terhadap ahli Majlis, Majistret dan Juri [1m]
F4 Dewan Perhimpunan mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan [1m]
F5 warganegara lelaki sahaja dibenarkan mengundi [1m]
[pilih mana-mana 3]

(c) Senaraikan dua buah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi pada hari ini. [2m]
F1 Malaysia [1m]
F2 Singapura [1m]
F3 Amerika Syarikat [1m]
F4 Indonesia [1m]
[pilih mana-mana 2]

(d) Sekiranya anda dilantik sebagai pemimpin di sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi, apakah ciri-ciri kepimpinan yang akan anda amalkan ? [2m]
F1 adil [1m]
F2 tidak menggunakan rasuah [1m]
F3 mampu memajukan ekonomi negara [1m]
F4 menjalinkan hubungan baik dengan rakyat [1m]
[pilih mana-mana 2]

(e) Pada pandangan anda, apakah kebaikan sistem pemerintahan demokrasi kepada sesebuah negara ? [2m]
F1 kesejahteraan hidup rakyat pelbagai kaum [1m]
F2 menjamin kestabilan politik/pentadbiran negara [1m]
F3 memajukan ekonomi negara [1m]
F4 rakyat bebas menganut dan mengamalkan agama/kepercayaan masing-masing [1m]
[pilih mana-mana 2]

Ahad, 13 Mac 2011

Undang-Undang Dalam Tamadun Rom

Soalan SPM 2005

Undang-Undang Rom
- Hukum Kanun 12
- Undang-Undang Justinian

Rajah di atas merujuk kepada perundangan tamadun Rom.

(a) Apakah cara memudahkan rakyat merujuk kepada undang-undang di atas ? [2m]
(i) Hukum Kanun 12
F1 ditulis dan diukir di atas papan [1m]

(ii) Undang-Undang Justinian
F1 dibukukan oleh Maharaja Justinian [1m]

(b) Nyatakan satu daripada bahagian Undang-Undang Rom ? [1m]
F1 Undang-Undang sivil [1m]
F2 Undang-Undang Natural [1m]
F3 Undang-Undang rakyat [1m]
[pilih mana-mana 1]

(c) Berikan tiga prinsip dalam Undang-Undang Rom ? [1m]
F1 seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah [1m]
F2 keberatan hukuman tidak boleh dipengaruhi oleh kelas dan status pesalah [1m]
F3 hukuman berdasarkan bukti yang kukuh [1m]
F4 keadilan terhadap setiap individu [1m]
[pilih mana-mana 3]

(d) Berikan pendapat anda tentang kepentingan undang-undang kepada sesebuah negara. [4m]
F1 menjamin keamanan [1m]
F2 menentukan hak kerajaan [1m]
F3 menjamin kestabilan dan keselamatan negara [1m]
F4 kehidupan rakyat harmoni [1m]
F5 membangunkan negara dengan lebih pesat [1m]
[pilih mana-mana 4]




KBKK - Amalan Jahiliah Yang Masih Berlaku

Soalan Percubaan SPM 2008, SBP

Pada pendapat anda, apakah amalan Jahiliah yang terdapat pada masyarakat kita hari ini ? [4 markah]

F1 amalan berjudi
F2 minum arak
F3 berzina
F4 membuang bayi/membunuh anak yang dilahirkan
F5 ajaran sesat
F6 pergaduhan/pembunuhan
F7 pengambilan untung secara berlebihan
F8 mengamalkan riba
F9 penipuan

[mana-mana 4 x 1m = 4m]

Ciri-Ciri Masyarakat Arab Jahiliah

Soalan Percubaan SPM 2008, SBP

Huraikan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah di Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam. [12 markah]

F1 mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral
H1a seperti berjudi, berzina dan minum arak

F2 seseorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk
H2a menunjukkan mereka tidak sempurna sebagai lelaki

F3 kedudukan wanita dalam masyarakat adalah rendah
H3a wanita tidak dapat mewarisi harta pusaka

F4 menanam bayi perempuan hidup-hidup sejurus dilahirkan
H4a anak perempuan dianggap menjatuhkan maruah

F5 dalam persoalan perkahwinan
H5a tiada peraturan khusus
H5b lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekaligus atau dengan sesiapa yang disukainya

F6 aktiviti perniagaan berasaskan riba dan penindasan
H6a mementingkan keuntungan dan kekayaan

F7 kegiatan merompak/merampas barangan daripada kabilah di padang pasir
H7a merompak merupakan kewajipan
H7b yang harus dilakukan oleh individu dalam setiap kabilah

F8 eksplotasi golongan kaya terhadap golongan miskin
H8a merupakan amalan biasa dilakukan oleh golongan berada

F9 terdapat empat bentuk kepercayaan agama
H9a agama Watani/menyembah berhala, animisme/memuja alam seperti pokok
H9b agama Samawi/Kristain dan Yahudi
H9c kepercayaan menilik nasib dan mempercayai oh orang mati menjadi burung

F10 sebilangannya menganut agama Hanif, tetapi telah melupakan ajaran ini secara beransur-ansur
H10a mencampuradukkan ajaran agama Hanif dengan amalan tradisi masyarakat

F11 mengamalkan Sistem Kabilah
H11a cara hidup berpuak-puak dan berkelompok
H11b ahlinya daripada suku tertentu
H11c mereka tinggal dalam sebuah kawasan

F12 setiap kabilah mempunyai identiti
H12a mempunyai peraturannya sendiri
H12b ahli kabilah amat taksub/fanatik terhadap kabilah

F13 sesuatu kabilah diketuai seorang syeikh
H13a menjadi lambang perpaduan kaum
H13b pelantikan syeikh berdasarkan syarat-syarat tertentu
H13c bakal syeikh mestilah disukai ramai
H13d dilantik atas persetujuan ramai
H13e berfikran matang/berani/matang/gagah/pandai berpidato

F14 kemunculan semangat assabiah/semangat kesukuan
H14a sanggup menuntut bela demi mempertahankan diri dan kabilah mereka
H14b peperangan antara kabilah sering berlaku atas sebab-sebab yang kecil
H14c peperangan al-Basus antara Bani Taghlib dan Bani Bakar
H14d memakan masa selama 40 tahun

[mana-mana 12 x 1m = 12m]


Masyarakat Arab Jahiliah

Soalan Percubaan SPM 2008, SBP

Mengapakah masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. digelar sebagai masyarakat Arab Jahiliah ? [4 markah]

F1 tidak menerima kebenaran
F2 tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul sebelumnya
F3 seperti Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman, Nabi Ismail, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lain
F4 tidak menyembah Allah Yang Maha Esa
F5 menyembah berhala
F6 mempercayai animisme
F7 kehidupan kucar-kacir
F8 tiada nabi dan rasul yang boleh dijadikan petunjuk dalam kehidupan
F9 tiada kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalam hidup
F10 akhlak mereka adalah rendah
F11 mereka bersifat kejam/angkuh/degil

[mana-mana 4 x 1m = 4m]

Sabtu, 12 Mac 2011

Soalan KBKK - Pertanian

Soalan Percubaan SPM 2010, Kedah

Sebagai rakyat Malaysia, apakah cadangan anda untuk memajukan sektor pertanian ? [5 markah]

F1 membuka rancangan tanah/FELDA
F2 memajukan tanah terbiar
F3 pertanian sebagai perniagaan
F4 galakan melanjutkan pelajaran dalam bidang pertanian
F5 biasiswa untuk graduan pertanian
F6 subsidi kepada para petani
F7 guna teknologi moden
F8 memperkasa peranan agensi pertanian/MARDI/RISDA

[mana-mana 5 x 1m - 5m]

Bidang Pertanian Dalam Tamadun Hwang Ho

Soalan Percubaan SPM 2010, Kedah

Terangkan sumbangan Tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian. [9 markah]

F1 pembinaan terusan untuk mengairi tanaman
F2 teknologi pembajakan
F3 penciptaan cangkul
F4 penciptaan sabit
F5 penggunaan batas untuk penanaman
F6 alatan pertanian dibuat daripada besi
F7 kalendar untuk menentukan musim menanam
F8 penciptaan tenggala untuk membuat batas
F9 terusan dibina untuk mengelakkan banjir
F10 kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu/kereta kuda/kereta sorong beroda
F11 penyisir tanah
F12 sistem penanaman secara bergilir untuk menjaga kesuburan tanah
F13 kawasan bukit diteres untuk pertanian

[mana-mana 9 x 1m = 9m]

Pemilihan Lembah Sungai Dalam Tamadun Awal Manusia


Soalan Percubaan SPM 2010, Kedah

Mengapakah masyarakat tamadun awal memilih lembah sungai untuk membina petempatan ? [6 markah]

F1 kesuburan tanah
F2 tujuan pertanian/penanaman
F3 kemudahan bekalan air minuman
F4 air untuk kegunaan harian/membasuh/memasak
F5 air untuk menyiram tanaman
F6 sumber makanan/hasil protein/menangkap ikan
F7 kemudahan pengangkutan
F8 kemudahan perhubungan
F9 tujuan keselamatan
F10 tanah sungai/selut digunakan untuk membina rumah
F11 keagamaan
F12 pertahanan
F13 perdagangan

[mana-mana 6 x 1m = 6m]

Faktor Berlaku Imperialisme Barat di Asia Tenggara


Soalan SPM 2005

Mengapakah imperialis Barat menjajah negara-negara di Asia Tenggara antara abad ke-15 hingga awal abad ke-20 ? [10 markah]

F1 kekayaan bahan mentah
H1a Asia Tenggara sememangnya kaya dengan bahan mentah, juga mempunyai tanah yang subur serta sesuai dengan pelbagai tanaman
H1b pihak Barat memerlukan bahan mentah ini dalam Revolusi Perindustrian terutamanya bijih timah dan getah
H1c bijih timah banyak terdapat di Tanah Melayu, manakala getah sangat sesuai ditanam di Tanah Melayu, Filipina dan Indonesia
H1d getah asli sangat diperlukan oleh kilang-kilang tayar untuk kegunaan kereta dan kapal terbang

F2 Revolusi Perindustrian
H2a Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah telah mengubah corak dasar imperialisme kuasa-kuasa Barat di Timur
H2b pada kurun ke-15 dan 16, Portugal, Sepanyol da Belanda bersaing mendapatkan barang dagangan mewah seperti teh dan rempah
H2c sejak kurun ke-17, berlaku kepesatan sektor perindustrian di negara-negara Eropah, kilang-kilang menghasilkan pengeluaran secara besar-besaran dan berterusan

F3 sistem pengangkutan dan perhubungan
H3a penggunaan kapal wap membolehkan banyak muatan dibawa dan mempercepat pejalanan untuk membawa hasil perkilangan dan bahan mentah antara Timur dan Barat
H3b 1896, pembukaan Terusan Suez telah memendekkan jarak antara Timur dan Barat kerana tidak perlu melalui benua Afrika
H3c gabungan penggunaan kapal wap dan Terusan Suez membolehkan kos dijimatkan dan perjalanan lebih selamat
H3d perhubungan Barat dan Timur telah melalui era baru kerana penciptaan telegraf
H3e arahan kepada pegawai-pegawai di tanah jajahan dapat disampaikan dengan lebih cepat dan berkesan
H3f memudahkan hubungan antara ahli-ahli perniagaan dengan wakil-wakil mereka di kawasan Timur
H3g perdagangan antarabangsa dapat berkembang dengan lebih pesat kerana urusan perniagaan berjalan lancar

F4 persaingan kuasa Barat
H4a dasar imperialisme membantu kekuatan strategik dan imej negara yang terlibat
H4b memperoleh banyak tanah jajahan menyebabkan dipandang tinggi dan dihormati
H4c negara-negara Barat berlumba-lumba menjadi kuasa besar
H4d kewujudan sesebuah kuasa besar dikaitkan dengan keluasan tanah jajahan yang dimiliki
H4e British cuba menghalang pengaruh Perancis, Jerman dan Itali ke atas Negeri-Negeri Melayu Utara
H4f British terlibat Dalam Perang Inggeris-Burma kerana menghalang pengaruh Perancis ke atas Burma

F5 Beban Orang Putih
H5a British dan Amerika Syarikat menggunakan slogan "Beban Orang Putih" dalam dasar imperialisme mereka
H5b menjadikan masyarakat di Timur bertamadun seperti mereka
H5c memimpin dan membawa mayarakat di Timur ke arah kehidupan yang sejahtera
H5d Perancis menggunakan slogan "menyebarkan tamadun" ke atas masyarakat di Timur
H5e mubaligh Kristain melaksanakan tugas menyebarkan agama Kristain dalam kalangan masyarakat Timur

[mana-mana 10 x 1m = 10m]

Bidang Ilmu dan Ciptaan Dalam Tamadun Mesopotamia


Soalan SPM 2006

Tamadun Mesopotamia memberi sumbangan kepada perkembangan tamadun awal manusia.
Terangkan pernyataan di atas berdasarkan bidang ilmu dan ciptaan. [8 markah]

Bidang Ilmu
F1 perkembangan sistem pendidikan
F2 perkembangan ilmu matematik
F3 perkembangan ilmu perubatan
F4 perkembangan ilmu astronomi
F5 menubuhkan perpustakaan diraja

Bidang Ciptaan
F6 kewujudan sistem tulisan/cuneiform
F7 penciptaan alat pengangkutan terawal
F8 penciptaan roda
F9 memperkenalkan Kod Undang-undang Hammurai
F10 dalam bidang seni, mereka telah mencipta arca, contohnya patung Raja Gudea

[mana 8 x 1m = 8m]

Ciri Tamadun


Soalan SPM 2006

Terangkan empat ciri yang membawa kepada proses kehidupan yang lebih bertamadun. [8 markah]

F1 kehidupan menetap
H1a penempatan kekal
H1b kemajuan dalam bidang pertanian dari segi penanaman dan penyimpanan makanan

F2 agama dan kepercayaan
H2a menentukan pembahagian sosial masyarakat
H2b percaya kepada kuasa ghaib menguasai alam sekeliling/mengamalkan kepercayaan/animisme

F3 pengkhususan kerja
H3a kesan daripada peningkatan produktiviti
H3b ekonomi meningkat dan berkembang
H3c hubungan luar bermula

F4 penciptaan bahasa dan tulisan
H4a antara bahasa tertua - Yunani dan Sanskrit
H4b penting untuk penyebaran ilmu
H4c menyampai, memperkembang, dan mencacat idea

F5 sistem pemerintahan
H5a untuk mengendalikan masyarakat yang lebih besar
H5b melahirkan sistem perundangan/panduan
H5c menjaga keamanan dan kemakmuran

F6 kehidupan berorganisasi
H6a mewujudkan sistem pemerintahan untuk menjalankan pentadbiran
H6b raja menerajui pentadbiran

[mana-mana 8 x 1m = 8m]

Sumbangan Tamadun Mesir Purba


Soalan SPM 2008 :

Terangkan sumbangan Tamadun Mesir Purba kepada masyarakat dunia yang kekal hingga hari ini. [6 markah]

F1 seni bina
H1a pembinaan piramid ilham Imhotep

F2 pendidikan
H2a bermula pada peringkat umur rendah
H2b bertujuan melahirkan jurutulis terlatih

F3 sistem tulisan
H3a tulisan hieroglif
H3b berfungsi merekod aktiviti pertanian

F4 membuat kertas
H4a daripada pokok papyrus
H4b memudahkan penyimpanan maklumat khazanah bangsa

F5 kalendar
H5a 365 hari setahun
H5b 12 bulan setahun

F6 sistem pengairan
H6a menukar padang pasir menjadi kawasan pertanian
H6b tembok pengairan dibina untuk menebus guna tanah

F7 perubatan
H7a kemajuan dalam proses memumiakan mayat

[mana-mana 6 x 1m = 6m]

Keistimewaan Masyarakat Mesir Purba


Soalan SPM 2008 :

Pada pandangan anda, apakah keistimewaan masyarakat Mesir Purba yang menyumbang kepada kemunculan Mesir sebagai pusat tamadun awal dunia ?
[8 markah]

F1 menjalani kehidupan di bandar yang menjadi pusat pentadbiran/pemerintahan/pelabuhan/keagamaan dan tumpuan penduduk

F2 kemampuan mewujudkan bandar-bandar seperti
C2a Thinis
C2b Memphis
C2c Abydos

F3 penciptaan tulisan hieroglif/hieratik/demotik
F4 rekod kerajaan ditulis
F5 kemahiran menukar padang pasir menjadi tanah pertanian yang subur
F6 mampu membina tembok pengairan sepanjang 123 km
F7 mempunyai sistem kalendar berasaskan 365 hari setahun/12 bulan setahun
F8 pengkhususan kerja
F9 mahir dalam penenunan
F10 mampu mengeksport kertas dan tekstil
F11 kanak-kanak diberikan pendidikan sejak umur rendah
F12 kebolehan memumiakan mayat

[mana-mana 8 x 1m = 8m]


Maksud Tamadun




Soalan SPM 2006 :

Jelaskan konsep tamadun daripada pandangan :

(a) Islam [2 markah]
(b) Barat [2 markah]

(a) Islam
F1 berasal daripada perkataan Arab/mudun/madani dan madana
F2 mesti merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah/moral
F3 pembukaan bandar/kehidupan di bandar
F4 menurut Syed Naquib al-Attas, pencapaian tahap tata susila yang tinggi

[mana-mana 2 x 1m = 2m]

(b)
F1 perkataan Inggeris Civilizations/peradaban
F2 pembangunan lahiriah/jasmani
F3 penulisan undang-undang/kesenian/perbandaran
F4 menurut Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat

[mana-mana 2 x 1m =2m]

Sistem Peperiksaan Awam Dalam Tamadun China


Soalan SPM 2005 :

Terangkan pelaksanaan peperiksaan awam dalam tamadun China. [10 markah]

F1 peperiksaan terbahagi kepada tiga peringkat
F2 tahap pertama
H2a peperiksaan akan diadakan di peringkat daerah
H2b tahap pertama sama seperti ijazah
F3 tahap kedua
H3a tahap kedua sama seperti sarjana
H3b peperiksaan diadakan di kota
F4 tahap ketiga
H4a tahap ketiga sama seperti doktor falsafah
F5 pelaksanaan peperiksaan sangat ketat
F6 sesiapa yang didapati meniru akan dikenakan hukuman bunuh
F7 orang yang mengambil peperiksaan akan dikurung
F8 makanan disediakan
F9 pemeriksa juga dikurung beberapa hari sebelum peperiksaan
F10 ini untuk mengelakkan penipuan

[mana-mana 10 x 1 m = 10 m]

Sumbangan Tamadun Rom


Soalan SPM 2005 :

Huraikan sumbangan tamadun Rom kepada kehidupan hari ini. [10 markah]

F1 menggunakan sistem pemerintahan berbentuk republik
F2 mengamalkan Undang-undang Justinian
F3 mengubahsuaikan daripada tulisan orang Yunani
F4 membina bangunan Colloseum
F5 membina saliran air bersih iaitu Aquaduct
F6 kalendar hari ini berasaskan kalendar Rom
F7 mewarisi sistem tulisan rumi kini
F8 penyatuan wilayah yang ditakluki oleh Julius Caesar menjadi empayar
F9 Undang-undang Rom turut diguna pakai seperti undang-undang sivil
F10 mengembangkan agama Kristian