SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Sabtu, 30 April 2011

Sukan Olimpik

Patung yang dibina untuk menghormati Tuhan Zeus mengikut pegangan agama zaman Yunani.

Apakah perbezaan sukan Olimpik di Yunani dengan sukan Olimpik sekarang ?
F1 di Yunani diadakandi Olympia manakala sekarang diadakan dibeberapa negara
F2 di Yunani bertujuan menyembah tuhan Zeus manakala sekaran untuk perpaduan, semangat setiakawan dan kebanggaan negara
F3 perbezaan dari aspek bilangan peserta
F4 perbezaan bilangan acara dipertandingkan
F5 perbezaan aspek jumlah negara yang bertanding

Pengaruh Hindu dan Buddha di Asia Tenggara

Salah satu watak dalam Epik Ramayana.

Huraikan pengaruh Hindu-Buddha dalam bidang kesuasteraan pada zaman awal kerajaan di Asia Tenggara.
F1 Bahasa Sanskrit berkembang sebagai bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan aal
F2 Epik Ramayana dan Mahabhrata menyumbang kepada unsur mitos dalam kesusasteraan
F3 lahirnya puisi dan prosa Jawa seperti Sutasoma dan Arjunwiwaha
F4 daripada Mahabharata lahirnya Hikayat Pendawa Lima
F5 daripada Ramayana lahirnya Hikayat Seri Rama

Pengaruh Hindu dan Buddha di Asia Tenggara

Ilustrasi seorang Brahmin.

Jelaskan pengaruh Hindu-Buddha dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan awal di Asia Tenggara.
F1 penggunaan gelaran raja
F2 raja dianggap bayangan tuhan (Dewaraja)
F3 raja berkuasa mutlak
F4 perintah raja adalah undang-undang
F5 raja dipercayai memiliki kesaktian
F6 raja dikehendaki adil kepada rakyat
F7 raja mewujudkan pelbagai adat istiadat seperti pertabalan
F8 upacara pertabalan diketuai oleh golongan Brahmin
F9 Brahmin menjadi penasihat raja dalam soal agama
F10 mendirikan kompleks kota melambangkan konsep alam semesta /orde kosmos
F11 raja dibantu oleh golongan pembesar

Bahasa Sanskrit

Bahasa Sanskrit

Huraikan kepentingan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara.
F1 meningkatkan pencapaian intelek
F2 sebagai bahasa ilmu
F3 menjadi bahasa komunikasi kerajaan awal
F4 merekodkan maklumat tentang agama/raja/pemerintahan dan undang-undang
F5 menjelaskan tentang keturunan raja
F6 memperkaya Bahasa Melayu contohnya dosa, pahala
F7 mengandungi arahan raja kepada rakyat
F8 merupakan bahasa keagamaan
F9 digunakan untuk menulis epik Hindu/kitab sastera/puisi/prosa

Jumaat, 22 April 2011

Candi Angkor Wat

Sebahagian struktur binaan Candi Angkor Wat.

Nyatakan ciri-ciri binaan Candi Angkor Wat.
F1 dibina untuk agama Hindu di Kemboja
F2 dibina oleh Raja Suryavarman II
F3 mempunyai tempat pemujaan pada bahagian tenah dengan teres bertingkat empat
F4 setiap sudut mempunyai menara
F5 terdapat ukiran epik Ramayana dan Mahabhrata
F6 melambangkan orde kosmos/konsep alam semesta
F7 berbentuk empat segi

Candi Borobudur

Sebahagian arca yang terukir di dinding Candi Borobudur.

Jelaskan ciri-ciri binaan Candi Borobudur.
F1 dibina untuk agama Buddha
F2 dibina dalam masa 75 tahun
F3 terdiri daripada tiga tingkat
F4 melambangkan tiga tahap kehidupan iaitu Sila, Samadhi dan Panna
F5 tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha
F6 setiap tingkat mempunyai patung Buddha/Stupa
F7 bahagian paling atas melambangkan tahap nirwana iaitu tahap manusia membebaskan diri daripada nafsu

Rabu, 20 April 2011

Candi Lembah Bujang

Sebahagian binaan candi Lembah Bujang.

Jelaskan ciri-ciri binaan candi Lembah Bujang.
F1 candi bersaiz kecil
F2 mewakili agama Hindu dan Buddha
F3 candi agama Hindu terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu vimana dan mandapa
F4 vimana ialah tempat suci
F5 vimana adalah tempat arca keagamaan diletakkan
F6 mandapa ialah bahagian luar candi
F7 candi beransur Buddha pula memiliki pelan cruciform
F8 dinamai berdasarkan penomboran
F9 dinamakan berdasarkan tempat candi ditemui

Selasa, 19 April 2011

Kerajaan Kedah Tua

Seni bina yang terdapat di Lembah Bujang.

Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kerajaan Kedah Tua sebagai pusat perdagangan di Asia Tenggara.
F1 terletak di Lembah Bujang
F2 berperanan sebagai pelabuhan entreport
F3 dikunjungi pedagang China dan Timur Tengah
F4 Gunung Jerai menjadi panduan kapal dagang ke pelabuhan
F5 kedudukannya srategik di Selat Melaka/terlindung daripada tiupan angin monsu
F6 kemudahan menyimpan barang dan membaiki kapal
F7 memperoleh barangan dagangan daripada luar - sutea/tembikar/manik
F8 kaya hasil hutan contohnya damar/rotan/timah

Kerajaan Srivijaya

Peta menunjukkan kekuasaan pengaruh Kerajaan Srivijaya (kawasan berwarna kelabu).


1- Huraikan faktor-faktor kerajaan Srivijaya menjadi kuasa maritim yang kuat pada abad ke-7 hingga abad ke-13.
F1 memiliki tentera laut yang besar
F2 mengawal perdagangan di Selat Melaka/mengawal keselamatan kerajaan
F3 mempunyai pelabuhan yang baik
F4 kedudukan yang strategik
F5 mempunyai kemudahan di pelabuhan
F6 menjadi tempat persinggahan kapal berdagang di antara China dan India
F7 mampu menghasilkan kapal yang besar

2- Huraikan sistem pentadbiran kerajaan Srivijaya.
F1 mengamalkan sistem beraja mengikut agama Buddha Mahayana
F2 terdapat pentadbiran pusat dan daerah
F3 di peringkat pusat raja dibantu oleh empat kumpulan anak raja
F4 hanya putera sulung menjadi penganti raja
F5 di bawah anak raja terdapat Senapati
F6 Senapati dibantu oleh pegawai lain seperti hakim dan Temenggung
F7 daerah pula ditadbir oleh Datu
F8 wujud amalan taat setia
F9 Datu yang dilantik hendaklah mengikut upacara angkat sumpah
F10 dilaksanakan d sebuah tempat suci bernama Telaga Batu di Palembang
F11 Datu akan meminum air yang disiram pada batu
F12 upacara diketuai oleh Brahmin

Isnin, 18 April 2011

Sumbangan Tamadun Mesir Purba

Pokok papyrus yang banyak tumbuh di sekitar Sungai Nil yang digunakan untuk membuat kertas semasa tamadun Mesir Purba.

Berikut sumbangan yang wujud dalam tamadun Mesir :
  • membina piramid
  • menggunakan batu-bata dalam pembinaan bangunan
  • mewujudkan sistem pendidikan kanak-kanak
  • tulisan hieroglif digunakan untuk merekodkan aktiviti pertanian, pentadbiran, keagamaan dan percukaian
  • menghasilkan kertas daripada pokok papyrus
  • memumiakan/mengawet mayat
  • membina sistem pengairan
  • mencipta kalendar
  • ilmu matematik
  • ilmu geometri

Peranan Firaun

Patung firaun Amenhotep III berusia 3000 tahun dengan ketinggian 130 sm dan lebar 95 sm.

1- Pemerintahan
  • ketua pentadbir
  • penjaga keamanan
  • mengagihkan makanan
  • memajukan ekonomi

2- Agama
  • dianggap anak Tuhan Matahari (Amon-Re)
  • ketua upacara keagamaan

Ciri-Ciri Tamadun Mesir

1- Kehidupan di bandar
  • tempat kediaman firaun
  • pusat pemeintahan
  • pusat pentadbiran
  • pusat keagamaan
  • pusat kegiatan ekonomi
  • pelabuhan penting
  • pusat tumpuan penduduk

Rajah struktur sosial dalam masyarakat Mesir

2- Organisasi sosial
  • tiada mobiliti sosial
  • golongan pendeta - menjalankan upacara keagamaan
  • golongan bangsawan - gabenor daerah, pegawai istana, penasihat, jurutulis dan pemungut cukai
  • rakyat bebas - peniaga, petani, tabib dan artisan
  • hamba - tawanan perang

3- Sistem pemerintahan
  • diketuai firaun
  • dianggap sebagai anak tuhan matahari (Amon-Re)
  • dianggap suci dan berkuasa mutlak
  • menjalankan tugas pentadbiran, keagamaan, pengurusan dan pengagihan makanan
  • firaun dibantu oleh golongan bangsawan yang dilantik sebagai gabenor wilayah

4- Pengkhususan kerja
  • petani
  • pedagang
  • artisan
  • tentera

5- Sistem tulisan
  • hieroglif
  • kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi
  • merekodkan upacara keagamaan dan harta di kuil
  • merekodkan aktiviti pertanian
  • merekodkan penguipan cukai

6- Agama dan kepercayaan
  • politeisme
  • Tuhan Horus
  • Amon-Re (Tuhan Matahari)
  • Ra-Atum (Tuhan Langit)
  • Amun (Tuhan Angin)
  • percaya kehidupan selepas mati
  • memuja semangat tanaman dan binatang misalnya kucing (Tuhan Bast)
  • menyimpan mayat/mumia dalam piramid
  • mayat disimpan bersama harta kekayaan

Ahad, 17 April 2011

Tamadun Mesir

Proses Pembentukan Tamadun Mesir


  • wujud petempatan pada zaman Neolitik antara tahun 10,000 SM - 50,000 SM di sekitar Lembah Sungai Nil
  • mereka membina petempatan kekal dan membina sistem pengairan untuk mengawal Sungai Nil
  • petempatan tersebut bergabung membentuk perkampungan
  • perkampungan tersebut bergabung membentuk bandar
  • bandar tersebut membentuk nome/daerah
  • Raja Menes menyatukan kesemua nome tersebut membentuk sebuah kerajaan

Arca Raja Menes


Bandar yang menjadi pusat pemerintahan tamadun Mesir
  • Thinis
  • Memphis
  • Thebes

Sumbangan Tamadun Mesopotamia

Sumbangan tamadun Mesopotamia
  • kod Undang-Undang Hammurabi
  • tulisan cuneiform
  • Epik Gilgamesh
  • ilmu astronomi
  • ilmu matematik - sistem mengira, perpuluhan, tambah, tolak, bahagi, punca ganda dua dan ilmu geometri
  • katalog 500 jenis ubatan dan herba
  • catatan cara mengubat penyakit untuk rujukan pengamal perubatan
  • mencipta roda
  • mencipta kapal layar
  • membina sistem pengairan
  • mencipta kincir air
  • mencipta kalendar
  • membuat batu-bata daripada lumpur
  • membina tiang arca/patung Raja Gudea
  • membina perpustakaan
  • membina empayar

Kegunaan Tulisan Cuneiform Dalam Tamadun Mesopotamia

Kegunaan tulisan cuneiform
  • perkembangan pendidikan
  • merekod urusan pentadbiran
  • merekod urusan perniagaan
  • menghasilkan kesusasteraan - Epik Gilgamesh

Ciri-Ciri Undang-Undang Hammurabi

Ciri-ciri Undang-Undang Hammurabi
  • dipahat pada tiang besar untuk tatapan rakyat
  • prinsip hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
  • berperikemanusiaan
  • hak indivindu diutamakan
  • mengandungi 282 undang-undang meliputi semua aspek
  • hukuman dan denda berbeza mengikut lapisan masyarakat

Peranan Raja Mesopotamia

Peranan raja Mesopotamia
  • ketua agama
  • berkuasa melantik kerabatnya memegang jawatan di zigurat
  • pemilik negara kota
  • ketua pentadbir
  • ketua tentera
  • ketua pendeta

Agama Tamadun Mesopotamia

Agama
  • politeisme
  • Tuhan Dumumi
  • An (Langit)
  • Enki (Air dan Laut)
  • Enlil (Angin dan Atmosfera)
  • Zigurat sebagai pusat ibadat

Ciri-Ciri Tamadun Mesopotamia

1- Negara kota
  • pusat kota, luar kota dan tembok kota
  • kubu pertahanan dilengkapi pintu gerbang
  • unit politik dan agama tersendiri
  • istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar
  • jalan raya lurus dan lebar
  • sungai memudahkan perhubungan air
  • tanah pamah membolehkan pengangkutan pedati dan kaldai

2- Organisasi sosial
  • golongan pemerintah - raja, pendeta, pemimpin tentera dan bangsawan
  • rakyat bebas - petani, pedagang dan artisan
  • hamba - tawanan perang

3- Sistem pemerintahan
  • sistem pemerintahan beraja
  • sistem teokrasi - raja dianggap tuhan/wakil tuhan
  • gelaran Raja Empat Penjuru Alam

4- Pengkhususan pekerjaan
  • petani
  • peniaga
  • artisan
  • pembuat tekstil dan barangan tembikar
  • tukang rumah
  • anggota tentera
Contoh tulisan cuneiform

5- Sistem tulisan
  • cuneiform
  • hasilkan sastera
  • Epik Gilgamesh


Sabtu, 16 April 2011

Perkembangan Pendidikan Zaman Yunani

Lakaran wajah tokoh Socrates.

Latihan Soalan Struktur

1- Apakah kesan daripada perkembangan pendidikan zaman peningkatan tamadun Yunani ?
F1 banyak sekolah falsafah dibina
F2 Athens menjai pusat cendikiawan Yunani
F3 lahirnya sejarawan
F4 contohnya Thucydides dan Herodotus
F5 lahirnya pemikir dalam bindang sains dan teknologi
F6 contohnya Thales, Anaximander, Heraclitus dan Anaxagoras

Aktiviti Perdagangan di Yunani

Mata wang zaman Yunani.

Latihan Soalan Struktur
1- Mengapakah negara-negara kota di Yunani menumpukan kepada aktiviti perdagangan ?
F1 bentuk muka bumi bergunung-ganang
F2 tidak sesuai untuk pertanian
F3 kekurangan tanah untuk pertanian
F4 peningkatan dalam perdagangan dengan kawasan luar
F5 terutamanya melalui jalan laut
F6 menghadapi masalah kekurangan makanan
F7 terpaksa mendapatkan bahan makanan dari luar
F8 Athens mendapatkan bekalan makanan dari kawasan selatannya dan Laut Hitam
F9 di kelilingi oleh Laut Mediterranean dan Laut Aegean

Sumbangan Alexander The Great

Kuil Artemis - salah satu seni bina dalam tamadun Yunani.

Latihan Soalan Struktur

1- Apakah sumbangan Alexander The Great terhadap perluasan empayar Yunani ?
F1 meneruskan usaha penyatuan kerajaan Macedonia dan Yunani
F2 meluaskan lagi jajahan takluk Yunani
F3 menaluki empayar Parsi
F4 menguasai seluruh kawasan Lautan Mediterranean
F5 menyebarkan kebudayaan Hellenistik

Julius Caesar dan Sistem Pemerintahan Rom


Latihan Soalan Struktur

1- Nyatakan perubahan-perubahan yang dilakukan oleh Julius Caesar terhadap sistem pemerintahan Rom.
F1 meluaskan kuasa ke Mecedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Brittania (Britian) dan beberapa kawasan di Jerman
F2 menjalankan pemerintahan bercorak empayar
F3 membentuk pemerintahan berpusat
F4 menyatukan wilayah kecil yang ditalukinya
F5 menamatkan pemerintahan republik
F6 menguasai angkatan tentera dan senat
F7 mengisytiharkan dirinya dikator
F8 menggunakan gelaran Maharaja

Jumaat, 15 April 2011

Ciri-Ciri Kerajaan Maritim


Latihan Soalan Struktur

1- Terangkan ciri-ciri kerajaan maritim di Asia Tenggara.
F1 kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan/kelautan
F2 lokasi di persisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan
F3 terdapat pelabuhan pembekal yang berkembang menjadi pelabuhan kerajaan
F4 menjadi pelabuhan entrepot apabila menjalin hubungan dagangan luar/dengan negara China
F5 penduduk terdiri daripada orang tempatan, pedagang luar dan orang laut
F6 menggunakan lebih satu bahasa/Bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca
F7 mampu membuat perahu dan kapal layar
F8 mahir berlayar berpandukan bintang di langit
F9 semangat masyarakat untuk berdagang dengan masyarakat luar

Empayar Maurya Dalam Tamadun India


Latihan Soalan Struktur

1- Jelaskan perkembangan pembentukan Empayar Maurya dalam tamadun India.
F1 pengasas Empayar Maurya ialah Chandragupta Maurya
F2 cara membentuk empayar ialah menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India
F3 Chandragupta Maurya mengubah status raja kepada maharja
F4 kawasan Empayar Maurya meliputi kawasan Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush
F5 ibu negara terletak di Pataliputra
F6 zaman kegemilangan Empayar Maurya ialah pada zaman Maharaja Asoka
F7 sebab kegemilangan kerana Asoka berjaya menamatkan Perang Saudara selepas kematian ayahnya, Bindusara
F8 Asoka berjaya menaluki negeri Kalinga
F9 kesan Perang Kalinga, Asoka menekankan keamanan dan kemajuan sosial
F10 dasar penaklukan melalui penyebaran agama Buddha
F11 pembaharuan Asoka mewujudkan birokrasi pentadbiran dalam pemerintahan

2- Nyatakan peranan Chandragupta Maurya dalam pembentukan Empayar Maurya.
F1 menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India
F2 mengubah status raja kepada Maharaja
F3 meluaskan empayar meliputi Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Kush
F4 menajdikan Pataliputra sebagai ibu kota

3- Nyatakan usaha-usaha yang dilakukan oleh Asoka dalam mengukuhkan Empayar Maurya.
F1 menamatkan perang saudara selepas kematian ayahnya
F2 menaluki negeri Kalinga
F3 menekankan kedamaian dan kemajuan sosial
F4 menjalankan penalukan melalui penyebaran agama Buddha
F5 membentuk pentadbiran bercorak birokrasi untuk menjalankan pemerintahan

Kesultanan Melayu Melaka

Buku Sejarah Melayu.

Latihan Soalan Struktur

1- Namakan dokumen utama yang mencatatkan peradaban peraturan kenegaraan.
F1 Sejarah Melayu/Sulalatus Salatin

2- Berikan tiga ciri negara dan bangsa Kesultanan Melayu Melaka.
F1 wilayah pengaruh
F2 keunggulan undang-undang
F3 mempunyai kedaulatan
F4 mempunyai lambang-lambang
F5 mempunyai kerajaan

3- Jelaskan mengenai kedaulatan bagi sesebuah negara.
F1 merupakan kekuasaan tertinggi rakyat
F2 kekuasaan tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak
F3 kedaulatan juga merujuk pada kekuasaan yang dimiliki oleh sebuah negara/pemerintah
F4 pemerintah boleh menggunakan segala kuasa yang dimiliki untuk menggubal/menguatkuasakan undang-undang
F5 negara mempunyai hak mutlak terhadap rakyat
F6 kedaulatan memastikan negara bebas daripada campur tangan penjajah asing
F7 dalam kerajaan Melayu Melaka kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang memerintah
F8 raja yang memerintah mewakili negeri/kawasan pemerintahan

Khamis, 14 April 2011

Nasionalisme Sebelum Perang Dunia Kedua


Latihan Soalan Struktur

1- Senaraikan faktor pemangkin nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua.
F1 pengenalan sistem politik baru
F2 perkembangan sistem pendidikan
F3 dasar British
F4 pendudukan Jepun
F5 penguasaan Parti Komunis Malaya
F6 kemunculan mesin cetak
F7 gerakan Pan-Islamisme
F8 kesedaran politik serantau

2- Jelaskan peranan faktor pengenalan sistem politik Barat menjadi pemangkin nasionalisme.
F1 memusnahkan sistem politik tradisional
F2 residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan
F3 para pembesar diberi pencen
F4 pembesar diganti oleh pegawai British
F5 ini mencabar sistem atau amalan tradisi tempatan
F6 menjatuhkan maruah
F7 membangkitkan kebencian terhadap British

3- Jelaskan faktor perkembangan sistem pendidikan menjadi pemangkin nasionalisme.
F1 melahirkan golongan intelektual Melayu
F2 mereka menyedari perlunya sumbangan untuk menyedarkan bangsa Melayu
F3 menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British

Kerajaan Angkor


Latihan Soalan Struktur

1- Huraikan faktor-faktor yang menyumbang kemajuan pertanian kerajaan Angkor.
F1 pembinaan sistem pengairan yang baik
F2 raja terlibat membina sistem pengairan
F3 kerajaan bertanggungjawab menguruskan sistem pengairan
F4 kedudukan berhampiran tasik Tonle Sap
F5 iklim yang sesuai - panas serta lembab
F6 tanah yang subu - di sekitar Sungai Mekong dan tasik Tonle Sap
F7 mendapat sumber ikan air tawar dari tasik Tonle Sap

2- Jelaskan kepentingan tasik Tonle Sap kepada kerajaan Angkor.
F1 membekalkan sumber air minuman
F2 membekalkan sumber protein seperti ikan
F3 tanah subur hasil mendapan lumpur
F4 membentuk kawasan pertanian yang luas
F5 sumber air dapat menampung keperluan penanaman padi

Kerajaan Awal Di Asia Tenggara


Latihan Soalan Struktur.

1- Apakah bukti yang menunjukkan kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara ?
F1 sumber dari China
F2 kewujudan Funan pada pertengahan abad ketiga masihi
F3 data arkeologi tentang kewujudan Funan
F4 kewujudan hubungan diplomatik dengan China dan kebudayaan dengan India
F5 hubungan perdagangan dengan Rom

2- Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan agraria ?
F1 kerajaan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai

3- Jelaskan ciri-ciri kerajaan agraria.
F1 kerajaan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai
F2 tanaman utama padi sawah
F3 lokasi di lembah sungai dan kawasan pedalaman
F4 maju dalam sistem pengairan
F5 lebihan hasil dibekalkan kepada kerajaan maritim
F6 mahir membina sistem pengairan

Khamis, 7 April 2011

Tamadun Hwang Ho

Latihan Soalan Struktur

1- Di manakah lokasi tamadun Hwang Ho. [1m]
F1 di lembah Hwang Ho (Sungai Kuning) yang subur



2- Senaraikan dua dinasti yang wujud dalam tamadun Hwang Ho. [2m]
F1 Dinasti Hsia
F2 Dinasti Shang
F3 Dinasti Chou
F4 Dinasti Ching
F5 Dinasti Chin
[mana-mana 2]

3- Senaraikan susun lapis masyarakat Dinasti Shang. [3m]
F1 golongan raja
F2 golongan pembesar
F3 golongan petani/artisan
F4 golongan hamba
[mana-mana 3]

4- Apakah kegunaan gangsa dalam Dinasti Shang ? [3m]
F1 menghasilkan senjata
F2 menghasilkan perisai
F3 hiasan pada kereta kuda

5- Apakah tugas golongan hamba dalam tamadun Hwang Ho ? [3m]
F1 tentera paksaan
F2 menjalankan tugas buruh
F3 untuk tujuan korban dalam upcara penyembahan


Tamadun Mesir Purba

Latihan Soalan Struktur

1- Nyatakan dua faktor lembah Sungai Nil menjadi lokasi petempatan awal manusia. [2m]
F1 kesuburan tanah untuk pertanian
F2 kemudahan mendapat bekalan air dan makanan
F3 kemudahan pengangkutan/perhubungan
[mana-mana 2]

2- Mengapakah sistem pendidikan Mesir turut menekankan penguasaan ilmu geometri, matematik dan sains ? [2m]
F1 mengurus hal ehwal pertanian
F2 mengawal air Sungai Nil
F3 membina bangunan/piramid
[mana-mana 2]


3- Jelaskan dua sumbangan Imhotep kepada tamadun Mesir Purba. [2m]
F1 saintis/ahli fizik/arkitek
F2 penasihat firaun
F3 perkenalkan teknik pembinaan dari batu bata
F4 pengamal perubatan
F5 pengarang sastera
F6 pembina piramid
[mana-mana 2]

4- Apakah bukti yang menunjukkan masyarakat Mesir Purba percaya kepada kehidupan selepas mati. [1m]
F1 mayat disimpan
F2 dijaga dengan teliti
F3 makam mayat dipenuhi peralatan/keperluan hidup selepas mati
F4 mayat diiring barang/kelengkapan harian ditanam bersamanya
[mana-mana 1]


5- Pada pendapat anda, mengapakah piramid dianggap sebagai warisan penting tamadun Mesir ? [3m]
F1 kehebatan seni bina
F2 tujuh benda ajaib dunia
F3 ketinggian budaya/tamadun
F4 penguasaan ilmu matematik/fizik/geometri/sains
F5 gambaran pencapaian agung raja/firaun/bangsa
[mana-mana 3]

Tamadun Awal - Ciri, Amalan Pengkhususan Kerja dan Kepentingan Tulisan

Latihan Soalan Struktur

1- Nyatakan dua ciri utama petempatan kekal dalam tamadun awal. [2m]
F1 membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik
F2 membolehkan wujud inovasi
F3 kemajuan bidang pertanian dari segi penanaman dan penyimpanan makanan
F4 menjalankan penternakan binatang
F5 memastikan kelangsungan bekalan makanan secara berterusan
F6 penciptaan alatan baru seperti cangkul
F7 penggunaan teknologi seperti pengairan yang baik
F8 mewujudkan lebihan pengeluaran
F9 mampu menampung keperluan makanan penduduk
F10 penduduk bertambah
[mana-mana 2]

2- Apakah kesan amalan pengkhususan pekerjaan dalam tamadun awal. [3m]
F1 meningkatkan produktiviti manusia
F2 menghasilkan kemakmuran dan kestabilan politik
F3 peningkatan dan perkembangan ekonomi
F4 barangan atau produk tertentu dihasilkan melalui kepakaran dalam kumpulan tertentu
F5 menghasilkan sistem pertukaran barangan/barter
F6 sistem barter adalah titik permulaan bagi aktiviti perdagangan
F7 berlakunya pertukaran ilmu pengetahuan
F8 berlakunya pertukaran teknologi
F9 berlakunya pertukaran budaya
F10 berlakunya kedinamikan aktiviti ekonomi
F11 berlakunya hubungan dengan tamadun luar
[mana-mana 3]


3- Pada pendapat anda, apakah kepentingan tulisan dalam masyarakat pada hari ini. [3m]
F1 menyimpan rekod
F2 menulis undang-undang
F3 menulis hal-hal agama
F4 menyebarkan ilmu
F5 memudahkan perhubungan/komunikasi
F6 mencatat idea/pemikiran bangsa
[mana-mana 3]

Isnin, 4 April 2011

Binaan Dalam Tamadun Athens

Latihan Soalan Struktur



1- Acropolis merupakan pusat pentadbiran atau ibu negeri di Athens.
Apakah binaan yang terdapat di dalam acropolis ? [2m]
F1 rumah berhala
F2 teater
F3 parthenon
[mana-mana 2]

2- Pantheon merupakan binaan berbentuk kubah yang terbesar di dunia.
Apakah fungsi binaan ini ? [2m]
F1 memuja patung dewa
F2 menyimpan patung dewa

Jumaat, 1 April 2011

Tamadun Indus

Latihan Soalan Struktur


1- Apakah yang menyebabkan tamadun Indus mengalami kehancuran ? [2m]
F1 serangan orang Aryan
F2 bencana alam

2- Mengapakah petempatan kekal wujud di sepanjang Sungai Indus ? [2m]
F1 menyediakan sumber air
F2 tanah yang subur

3- Bagaimanakah hubungan dagang antara tamadun Indus dan tamadun Mespotamia dapat dibuktikan ? [1m]
F1 penemuan cap mohor buatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia

4- Nyatakan empat hasil perdagangan yang penting dalam tamadun Indus ? [4m]
F1 emas
F2 manik
F3 gading gajah
F4 hasil pertanian

5- Apakah tujuan Tuhan Ibu disembah oleh masyarakat Lembah Indus ? [1m]
F1 melambangkan kesuburan

Tamadun Mesir

Latihan Soalan Struktur

1- Apakah pembaharuan yang dibuat oleh Firaun Hatshepsut ? [2m]
F1 pembukaan terusan
F2 penukaran padang pasir kepada tanah pertanian yang subur


2- Siapakah yang telah memberi ilham dalam pembinaan piramid ? [1m]
F1 Imhotep

Makna Tamadun

Latihan Soalan Struktur

1- Apakah maksud perkataan madana ? [2m]
F1 tinggi budi bahasa
F2 pembukaan bandar

2- Nyatakan empat ciri-ciri tamadun. [4m]
F1 bahasa dan sistem tulisan
F2 petempatan kekal
F3 kehidupan berorganisasi
F4 sistem pemerintahan
F5 pengkhususan pekerjaan
F6 agama dan kepercayaan
[mana-mana 4]


3- Apakah peranan penting dalam penghasilan bahasa dan tulisan ? [4m]
F1 urusan pentadbiran
F2 penyebaran ilmu pengetahuan
F3 perhubungan dalam sebuah masyarakat
F4 mencatat dan menyampaikan idea/pemikiran manusia

Zaman Pra Sejarah

Latihan Soalan Struktur

1- Nyatakan dua tempat tingal manusia pada zaman Paleolitik. [2m]
F1 tepi tasik
F2 tepi sungai
F3 di dalam gua
[mana-mana 2]

2- Bagaimanakah masyarakat Zaman Mesolitik menyara hidup mereka ? [3m]
F1 memungut hasil hutan
F2 memburu binatang
F3 menangkap ikan


3- Berikan tiga lokasi petempatan awal Zaman Paleolitik di Malaysia. [3m]
F1 Lenggong
F2 Kota Tampan
F3 Tingkayu
F4 Gua Niah
[mana-mana 3]

4- Apakah sebab sistem barter diperkenalkan ? [2m]
F1 kehidupan menetap
F2 keupayaan menghasilkan bahan makanan melebihi keperluan