SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Sabtu, 27 Ogos 2011

Undang-Undang Laut Melaka

Sebuah buku yang membincangkan tentang Kesultanan Melayu Melaka

Senaraikan isi kandungan Undang-Undang Laut Melaka.
F1 berkaitan dengan tatatcara pelayaran di laut
F2 seperti tanggungjawab pengawal kapal
F3 aturcara pelayaran
F4 bidang perniagaan
F5 bidang kuasa nahkoda kapal
F6 hukuman bagi kesalahan jenayah

Jumaat, 26 Ogos 2011

Hukum Kanun Melaka

Naskah Hukum Kanun Melaka

Senaraikan isi kandungan Hukum Kanun Melaka.
F1 mengandungi 44 fasal
F2 menyentuh bidang kuasa raja
F3 menyentuh bidang kuasa pembesar
F4 pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat
F5 hukuman terhadap kesalahan jenayah awam
F6 undang-undang keluarga

Selasa, 23 Ogos 2011

Politik di Eropah Pada Zaman Gelap

[feudal-system.gif]
Gambaran asas dan susun lapis masyarakat Eropah.

Nyatakan keadaan politik di Eropah pada Zaman Gelap ?
F1 keadaan politik tidak stabil
F2 tiada pentadbiran pusat yang berkesan
F3 berlakunya huru-hara
F4 wujudnya sistem feudal
F5 adanya golongan baron/tuan tanah yang sangat berkuasa
F6 keadaan hidup yang tidak selamat
F7 menyebabkan petani terpaksa mencari perlindungan dari tuan tanah
F8 petani terpaksa membayar cukai kepada tuan tanah
F9 ada petani yang tidak mampu akan menyerahkan tanah kepada tuan tanah
F10 ada petani yang menjadi hamba kepada tuan tanah
F11 tuan tanah pula mendapat perlindungan daripada raja
F12 sebagai balasannya tuan tanah hendaklah memberi khidmat kepada raja/membayar cukai kepada raja

Ahad, 21 Ogos 2011

Thailand Mengekalkan Kemerdekaan

Raja Mongkut.

Bagaimanakah Thailand dapat mengekalkan kemerdekaan ?
F1 pembaharuan oleh Raja Mongkut
F2 baginda melantik 80 penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan
F3 penasihat Barat membantu melatih pegawai-pegawai tempatan
F4 mewujudkan penasihat kewangan/pelabuhan/polis dibawa dari Britain
F5 melantik penasihat kastam dan ketenteraan dari Amerika Syarikat dan Perancis
F6 pembaharuan oleh Raja Chulalongkorn
F7 baginda memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah
F8 juga memperkenalkan Majlis Tertinggi
F9 memperkenalkan Kabinet Menteri
F10 melantik juruaudit dari Britain dalam perbendaharaan negara

Pentadbiran British di Tanah Melayu

Mata wang Negeri-Negeri Selat.

Nyatakan perubahan yang dilakukan oleh British di Tanah Melayu.
F1 Melaka, Singapura, Pulau Pinang digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat/NNS
F2 Gabenor meruapakn pemerintah tertinggi NNS
F3 Residen Kaunselor membantu Ganbenor
F4 pentadbiran di kampung, penghulu dikekalkan
F5 Sistem Residen diperkenalkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu/NNMB iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan
F6 Sistem Penasihat British diperkenalkan di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu/NNMTB iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor
F7 Residen/Penasihat British diletakkan di bawah Gabenor NNS
F8 tugas Residen/Penasihat British ialah menasihati sultan dalam semua perkara
F9 kecuali hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu
F10 memperkenalkan sistem kehakiman Barat
F11 pelaksanaan sistem pengutipan cukai
F12 pembahagian negeri kepada beberapa daerah
F13 penubuhan balai polis

Pentadbiran Perancis di Indochina

Peta Indochina.

Sebutkan ciri-ciri sistem pemerintahan di Indochina sebelum dikuasai oleh Perancis.
F1 ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat berkuasa mutlak
F2 setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin
F3 golongan Mandarin dipengaruhi oleh sitem pentadbiran di China
F4 golongan ini dipilih melalui peperiksaan bidang bahasa dan kesuasteraan China

Sebutkan ciri-ciri sistem pemerintahan di Indochina semasa dikuasai oleh Perancis.
F1 diketuai oleh Gabenor Jeneral
F2 Leftenan Ganbenor bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris
F3 terdapat jawatan Residen Jeneral dan Residen Wilayah
F4 Perancis membentuk sebuah kerajaan pusat
F5 dengan menubuhkan Union Indochinoise
F6 semua rang undang-undang diluluskan oleh Parlimen Perancis
F7 pentadbiran kerajaan tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan Pusat
F8 mereka perlu membayar cukai/menyediakan kerahan tenaga

Selasa, 16 Ogos 2011

Zaman Gelap

Imej seorang baron pada zaman kemunduran di Eropah.

Mengapakah zaman kemunduran dikenali sebagai Zaman Gelap ?
F1 kemerosotan dalam ilmu pengetahuan
F2 kemerosotan dalam perdagangan
F3 merosot dalam kehidupan pembandaran
F4 tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan
F5 muncul golongan baron/tuan tanah
F6 tuan tanah memberi perlindungan kepada petani
F7 petani memberi khidmat kepada tuan tanah
F8 petani terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah
F9 petani yang tidak mampu terpaksa menyerahkan tanah mereka kepada tuan tanah
F10 petani terpaksa menjadi hamba
F11 raja memberi perlindungan kepada tuan tanah
F12 tuan tanah memberi khidmat kepada raja
F13 kegiatan perdagangan tidak meluas
F14 keadaan politik tidak stabil/wujud sistem feudal
F15 kemerosotan dalam bidang ekonomi
F16 perdagangan diganggu oleh orang gasar seperti Viking dan Magyar
F17 tumpuan dalam pertanian
F18 perniagaan hasil barang secara tukar barang
F19 gereja paling berkuasa
F20 gereja mengongkong kehidupan masyarakat
F21 gereja menekankan kepada kegiatan amalan agama dan pembekajaran ilmu akhirat sahaja
F22 gereja memiliki tanah yang banyak

Adat Perpatih

Istana Pagar Ruyung di Padang, Indonesia.

Sebutkan ciri-ciri undang-undang Adat Perpatih yang diamalkan dalam masyarakat Melayu.
F1 diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Pagar Ruyung
F2 diamalkan di Negeri Sembilan dan daerah Naning
F3 mementingkan musyawarah dalam pentadbiran
F4 pemilihan ketua dalam Adat Perpatih dilantik dari peringkat bawah
F5 tidak dibenarkan berkahwin dalam suku yang sama
F6 mengutamakan jurai keturunan sebelah ibu
F7 anak perempuan diutamakan mewarisi harta pusaka
F8 hukuman bersifat pemulihan
F9 perempuan bekahwin menetap di rumah keluarga perempuan

Gerakan Islah

Akhbar Pengasuh.

Apakah maksud Gerakan Islah ?
F1 gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu
F2 membetulkan pandangan mereka terhadap Islam
F3 dikenali sebagai Kaum Muda

Berikan dua akhbar dan majalah yang menjadi saluran Gerakan Islah.
F1 al-Imam
F2 Neracha
F3 Idaran Zaman
F4 Pengasuh

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

Lambang OIC.

Nyatakan matlamat Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
F1 mengeratkan hubungan sesama negara Islam
F2 bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam
F3 mengekal perdamaian antara negara Islam
F4 mengelakkan persengketaan antara Islam
F5 memastikan tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari

Isnin, 15 Ogos 2011

Kerajaan Angkor

Tasik Tonle Sap.

Huraikan faktor-faktor yang menyumbang kemajuan pertanian kerajaan Angkor ?
F1 pembinaan sistem pengairan yang baik
F2 raja terlibat membina sistem pengairan
F3 kerajaan bertanggungjawab menguruskan sistem pengairan
F4 kedudukan berhampiran tasik Tonle Sap
F5 iklim yang sesuai, panas dan lembab
F6 tanah yang subur, di sekitar Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap
F7 mendapat sumber ikan air tawar dari Tasik Tonle Sap

Jelaskan kepentingan Tasik Tonle Sap kepada kerajaan Angkor.
F1 membekalkan sumber air minuman
F2 membekalkan sumber protein seperti ikan
F3 air dialirkan ke sawah melalui sistem pengairan
F4 tanah subur hasil mendapan lumpur
F5 membentuk kawasan pertanian yang luas
F6 sumber air dapat menampung keperluan penanaman padi

Ghazi dan Janissari

Lakaran tentang tentera elit Janissari.

Apakah yang anda faham dengan semangat Ghazi ?
F1 semangat menjadi pahlawan yang sanggup berkorban untuk menyebarkan agama Islam

Apakah yang anda faham dengan Janissari ?
F1 kumpulan tentera infantri elit yang terlatih dalam ketenteraan
F2 diberi latihan ketenteraan sejak zaman kanak-kanak
F3 diajar selok-belok, taktik dan teknik peperangan

Khulafa al-Rasyidin

Sebuah buku berkaitan Khalid al-Walid, panglima perang zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.

Cara Saidina Abu Bakar al=Siddiq dilantik menjadi khalifah :
  • dilantik hasil cadangan Saidina Umar al-Khattab dalam pertemuan antara golongan Ansar dan Muhajirin
  • sebelum itu, tidak dipersetujui oleh golongan Ansar kerana mereka bercadang melantik Saad bin Ubadah
  • dalam pertemuan tersebut kedua-dua belah pihak bersetuju memilih dan melantik Saidina Abu Bakar menjadi khalifah kerajaan Islam Madinah
Sumbangan Saidina Abu Bakar al-Siddiq :
  • menyatupadukan umat Islam yang berpecah belah selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. dan membentuk masyarakat Islam yang kuat
  • mengatasi masalah orang Islam yang murtad dengan mengembalikan mereka kepada Islam dan menghukum mereka yang ingkar
  • menangani masalah penyelewengan dan penyalahtafsiran al-Quran
  • mempertahankan Madinah daripada ancaman luar iaitu Parsi di sebelah Timur dan Rom Timur/Byzantine di sebelah Barat
  • menghantar panglima perang Khalid al-Walid menentang tentera Parsi di Iraq dan Usamah bin Zaid ke Ghassan, mereka berjaya mengalahkan musuh Islam
  • berusaha melicinkan pentadbiran dengan membahagikan Semenanjung Tanah Arab kepada 10 wilayah iaitu Makkah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadramaut dan Nijran dengan melantik seorang ketua/amir untuk mentadbir wilayah tersebut
  • memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui hasil rampasan perang
  • memperkenalkan undang-undang tanah
  • mengumpulkan tulisan al-Quran dengan menyalin semula tulisan-tulisan tersebut daripada tulisan pada batu, kulit binatang dan kulit kayu

Jumaat, 12 Ogos 2011

Khulafa al-Rasyidin

Sebuah novel Islam yang memaparkan kisah Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.

Tugas-tugas khalifah :
  • sebagai ketua negara
  • mentadbir negara Islam mengikut hukum syariah yang berpandukan al-Quran dan sunnah
  • menitikberatkan sistem politik, sosial dan ekonomi untuk keseimbangan rohani dan jasmani
  • bertanggungjawab memastikan kelicinan pentadbiran negara
  • mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
  • bertanggungjawab melantik pegawai kerajaan
  • bertanggungjawab melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara jika perlu
  • beratnggungjawab menjaga kebajikan rakyat untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat
  • beratnggungjawab menjaga dan meneruskan ajaran Islam
  • mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyawarah/syura
  • memantapkan sistem perundangan Islam
  • menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara
  • mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat

Khulafa al-Rasyidin

Juga sebuah buku yang membincangkan era Khulafa al-Rasyidin.

Cara Pelantikan Khalifah :
  • musyawarah/syura - Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
  • cadangan satu nama oleh khalifah terdahulu - Khalifah Umar al-Khattab
  • pemilihan daripada beberapa calon - Khalifah Uthman bin Affan
  • percalonan oleh sekelompok masyarakat - Khalifah Ali bin Abu Talib

Khulafa al-Rasyidin

Sebuah buku yang membincangkan tentang zaman Khulafa al-Rasyidin.

Konsep Khalifah :
  • dalam bahasa Arab khalifah bermaksud pengganti
  • pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran yang telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
  • khalifah dari sudut agama bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
  • juga tanggungjawab mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam
Syarat Untuk Menjadi Khalifah :
  • lelaki merdeka
  • beragama Islam
  • mempunyai pengetahuan tentang Islam
  • mematuhi perintah Allah
  • bersifat adil
  • akhlak yang bail
  • tubuh sihat dan sempurna
  • berfikiran cerdas
  • warak
  • pandai mentadbir kerajaan

Kerajaan Bani Umaiyah

Peta kedudukan Cordova.

Pembentukan kerajaan Bani Umaiyah :
  • diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan
  • bermula pada tahun 661 Masihi hingga 750 Masihi
  • terbentuk selepas Hassan bin Ali menyerahkan kuasa pemerintahan
  • pemerintahan kerajaan tahap pertama berpusat di Damsyik
  • para pemimpin kerajaan tahap pertama menggunakan gelaran Khalifah
  • pemerintahan kerajaan tahap kedua diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil (Abdul Rahman I) di Sepanyol
  • pemerintahan tahap kedua berlangsung antara 756 Masihi hingga 1031 Masihi
  • pusat pemerintahannya terletak di Cordova dan Andalusia sebagai ibu kota
  • pemerintah tahap kedua menggunakan gelaran Amir

Kerajaan Bani Umaiyah

Sebahagian bandar Toledo.

Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah pada tahap kedua.

Bidang Ilmu Pengetahuan :
  • Abdul Rahman II mengasaskan pusat pengajian di Cardova
  • al-Hakam II membina perpustakaan, terdapat 17 buah pusat pengajian, 70 buah perpustakaan di Andalusia
  • pembinaan pusat penterjemahan untuk menterjemahkan karya tokoh Yunani ke dalam bahasa Arab di Toledo
  • Cordova menjadi jambatan perkembangan ilmu pengetahuan antara dunia Islam dengan Eropah
Bidang Kesenian/Seni Bina :
  • pembinaan Masjid di Cardova
  • masjid ini mempunyai menara setinggi 36 meter
  • kubahnya beralaskan kayu berukir
  • mempunyai 1293 tiang marmar
  • pada waktu malam menggunakan 4700 buah lampu

Kerajaan Bani Umaiyah

Kajian yang dipelopori oleh Ibn al-Nafis (pakar bedah di Damsyik).

Sumbangan di bawah adalah meliputi kerajaan Bani Umaiyah pada tahap pertama.

Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang ekonomi :
  • penubuhan baitulmal bagi mewujudkan sistem kewangan dan mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan negara
  • pendapatan kerajaan ialah kharaj, jizyah, zakat, usyur dan ghanimah
Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang ilmu pengetahuan :
  • kota Basrah sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu pengetahuan
  • lahirnya ilmuwan seperti Khalil ibn Ahmad (pakar dalam bahasa dan filologi Arab)
  • Sibawayhi (ahli nahu Arab)
  • al-Farazdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabia'h dan Jamil al-Uzri (sasterawan)
  • bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi negara
  • tanda bunyi dan baris diperkenalkan pada tulisan al-Quran
Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang agama:
  • lahir tokoh dalam bidang berbeza seperti Urwah bin al-Zubayr dan Ibn Zihat al-Zuhri (hadis)
  • Ibn Jarih (tafsir al-Quran)
  • Hasan al-Basri dan Wasil ibn Ata (usuluddin)
Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang sains dan perubatan :
  • pembinaan hospital di Damsyik oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik
  • pembinaan hospital penyakit kusta oleh Khalifah Umar ibn Abdul Aziz
  • penterjemahan pelbagai buku rujukan dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan
  • Ibn al-Nafis pakar bedah Damsyik menghasilkan buku al-Shamil fis Sina'ah al-Tabibiyah (Kajian Umum Profesion Kedoktoran)
  • perkembangan dalam bidang kimia dan astronomi
Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang perundangan :
  • hakim menjatuhkan hukuman berdasarkan ijtihad dengan berpandukan al-Quran, sunnah dan ijmak

Khamis, 11 Ogos 2011

Kerajaan Bani Umaiyah

Sebahagian kawasan perkuburan pemimpin Bani Umaiyah.

Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran (pada tahap pertama) :
  • sistem kahlifah - pelantikan khalifah sebagai ketua pemerintah
  • sistem wazarah - pelantikan wazir untuk mengetuai pentadbiran negara di bahagian kerajaan pusat
  • pelantikan gabenor - ketua pentadbiran peringkat daerah
  • sistem urusetia - beberapa orang pegawai dilantik bagi mengumpulkan rekod dan mengurus surat menyurat/urusan pentadbiran dibahagikan kepada bahagian surat menyurat, bahagian cukai, bahagian ketenteraan, bahagian polis dan bahagian kehakiman
  • sistem hijabah - seorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang mahu menemui kahlifah, mengawal keselamatan khalifah dan sebagai pemegang amanah
  • menubuhkan jabatan - Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am, Jabatan Cap Mohor Kerajaan dan Jabatan Ketenteraan (Diwanul Jundi)

Kerajaan Bani Abbasiyah

Buku yang mengandungi maklumat tentang Khalifah Umar Abdul Aziz, tokoh yang menentang kerajaan Bani Umaiyah secara terbuka.

Pembentukan kerajaan Bani Abbasiyah :
  • diasaskan pada tahun 750 Masihi, selepas gerakan Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah
  • gerakan tersebut ditaja oleh Ali bin Abdullah, bergerak secara sulit
  • gerakan secara terbuka berlaku pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz
  • kempen penentangan ke atas kerajaan Bani Umaiyah dibuat atas nama Ahlul Bait/Keluarga Nabi Muhammad s.a.w. untuk mendapatkan sokongan
  • Khurasan, Kufah dan Humaimah dijadikan pusat operasi menentang kerajaan Bani Umaiyah
  • gerakan diperkukuhkan dengan penglibatan Abu Salamah al-Khallal yang mengetuai gerakan di Kufah
  • juga penglibatan Abu Muslim al-Khurasani yang mengetuai gerakan di Khurasan

Kerajaan Bani Abbasiyah

Bandar Baghdad.

Sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah dalam perkembangan ilmu pengetahuan :
  • menjadikan kota Baghdad sebagai pusat intelektual dan penyebaran ilmu pengetahuan semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan Khalifah al-Makmun
  • menubuhkan Baitulhikmah sebagai sebuah institusi keilmuan oleh Khalifah Harun al-Rasyid
  • menterjemah karya falsafah dan sains daripada bahasa Yunani ke dalam bahasa Arab
  • kegiatan penulisan dilakukan melalui tiga tahap - tahap pertama mencatat idea, tahap kedua mengumpul idea yang serupa ke dalam buku dan tahap ketiga mengarang ke dalam bahagian dan bab
  • golongan ulama terlibat dalam penulisan seperti mengumpul hadis dan menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, tafsir dan sejarah
  • melahirkan ulama terkenal iaitu Imam Malik, Ibn Ishaq, Imam Abu Hanifah, Imam Syafi'i dan Imam Ahmad bin Hambal
  • membuat pemisahan antara ilmu tafsir, ilmu sirah dan ilmu hadis

Kerajaan Turki Uthmaniyah

File:Osman Gazi.jpg
Lakaran potret Uthman Ertughrul bin Sulaiman Shah.

Pembentukan kerajaan Turki Uthmaniyah :
  • diasaskan oleh Uthman Ertughrul bin Sulaiman Shah yang berasal daripada suku Qayi
  • beliau merupakan seorang amir/gabenor Saljuk di sebelah Barat Anatolia
  • beliau berjaya menumpaskan tentera Byzantine
  • ramai ghazi/pahlawan tentera dan pemimpin masyarakat bersatu di bawah Uthman Ertughrul dalam usaha memperluaskan kawasan penalukan
  • mula menaluki kawasan sekitar Anatolia dan menjadikan Bursa sebagai ibu negeri

Selasa, 9 Ogos 2011

Nasionalisme di Malaysia

Sebuah buku yang menerangkan tentang penjajahan Jepun.

Jelaskan faktor pendudukan Jepun menjadi pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu.
F1 konsep Kawasan Kesemakmuran Asia menekankan kebebasan negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan dan meningkatkan persaudaraan di kalangan negara
F2 kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan dan ubatan serta kekejaman pentadbiran Jepun
F3 penjajah tetap zalim dan menekan kehidupan orang tempatan
F4 penduduk membenci penjajahan sama ada kuasa Barat atau Timur

Pentadbiran British di Burma

Dinasti beraja Burma sebelum ditamatkan selepas penjajahan British.

Nyatakan sistem pemerintahan di Burma sebelum penjajahan British.
F1 sistem pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung
F2 Raja sebagai ketua pemerintah
F3 terdapat Hluttaw/Majlis Diraja
F4 di pusat terdapat Wun/Pegawai Tinggi Kerajaan
F5 di peringkat bandar terdapat Myothugyi/Ketua Bandar
F6 terdapat Ahmudan/Pegawai Diraja
F7 pembesar tradisional dikenali sebagai Athi
F8 Raja menjadi penaung kepada sami Buddha

Apakah kesan daripada penguasaan British di Burma selepas Perang Inggeris - Burma III.
F1 Dinasti Konbaung berakhir
F2 institusi raja tersingkir
F3 jawatan tradisional peringkat pusat terhapus
F4 Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi
F5 pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887
F6 Akta Perkampungan Burma 1889
F7 pentadbiran daerah diambil alih oleh Myo-ok/Pegawai Bandaran
F8 sistem Undang-Undang Barat diperkenalkan
F9 pengaruh golongan agama merosot
F10 fungsi raja sebagai penaung agama Buddha diambil alih oleh Undang-Undang Barat
F11 Majlis Perundangan diperkenalkan
F12 beberapa jabatan ditubuhkan
F13 seperti Jabatan Pelajaran/Jabatan/Perhutanan/Jabatan Kesihatan

Nasionalisme di Malaysia

Kuala Lumpur merupakan contoh bandar baru yang lahir ketika perusahaan perlombongan bijih timah zaman penjajahan British.

Jelaskan faktor dasar British mentadbir Tanah Melayu menjadi pemangkin nasionalisme.
F1 British menggalakkan sesiapa sahaja datang untuk berdagang/bekerja/menetap di Tanah Melayu
F2 ramai orang asing datang dan menetap di Tanah Melayu
F3 jumlah imigran meningkat
F4 wujud persaingan dengan penduduk tempatan
F5 imigran menguasai ekonomi Tanah Melayu dalam bidang perlombongan, perladangan dan perniagaan
F6 orang Melayu kekal dengan penanaman padi
F7 bandar baru dibuka sebagai pusat pentadbiran British
F8 orang Melayu kekal tinggal di kampung dengan segala kekurangan
F9 kemajuan ekonomi meningkatkan taraf hidup di bandar
F10 wujud jurang taraf hidup bandar dan luar bandar yang ketara

Isnin, 8 Ogos 2011

Pentadbiran Belanda di Indonesia

Karya penulis terkenal Indonesia, Pramoedya Ananta Toer yang merakamkan kekejaman penjajahan Belanda di Pulau Jawa.

Jelaskan ciri-ciri sistem pemerintahan di Indonesia sebelum dikuasai oleh Belanda.
F1 terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan
F2 kerajaan tersebut dikuasai oleh Raja
F3 Raja dibantu oleh pembesar
F4 pentadbiran peringkat tempatan diketuai oleh pembesar daerah (Bupati)

Nyatakan perubahan politik yang diperkenalkan oleh Belanda dalam sistem pemerintahan tradisional tempatan di Indonesia.
F1 pentadbiran terbahagi kepada dua
F2 pentadbiran pusat
F3 pentadbiran tempatan
F4 pentadbiran pusat diketuai Gabenor Jeneral
F5 pentadbiran tempatan dikendalikan pembesar tempatan
F6 penubuhan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian
F7 penubuhan Dewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda
F8 penubuhan Volksraad sebagai Majlis Rakyat
F9 dianggap sebagai langkah ke arah kemerdekaan
F10 penubuhannya hasil desakan Sarekat Islam

Nasionalisme di Malaysia

J.W.W. Birch ialah Residen British di Perak.

Jelaskan peranan faktor pengenalan sistem politik Barat menjadi pemangkin nasionalisme.
F1 memusnahkan sistem politik tradisional
F2 Residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan
F3 para pembesar diberi pencen
F4 pembesar diganti oleh pegawai British
F5 ini mencabar sistem/amalan tradisi tempatan
F6 menjatuhkan maruah
F7 membangkitkan kebencian terhadap British

Jelaskan faktor perkembangan sistem pendidikan menjadi pemangkin nasionalisme.
F1 melahirkan golongan intelektual Melayu
F2 mereka menyedari perlunya sumbangan untuk menyedarkan bangsa Melayu
F3 menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British

Pentadbiran Sepanyol di Filipina

Sebuah karya yang menceritakan sejarah Barangay di Filipina.

Nyatakan ciri-ciri pemerintahan di Filipina sebelum dikuasai oleh Sepanyol.
F1 terdiri dari daerah-daerah kecil dikenali sebagai Barangay
F2 diperintah oleh Datu
F3 di Selatan Filipina wujud kerajaan Islam

Sebutkan ciri-ciri sistem pemerintahan di Filipina semasa dikuasai oleh Sepanyol.
F1 memperkenalkan sistem pemerintahan berpusat
F2 Gabenor Jeneral pemerintah tertinggi
F3 Ketua Datuk Bandar sebagai pentadbir wilayah
F4 Gabenor kecil sebagai pentadbir bandar
F5 peringat tempatan dilaksanakan di bawah Sistem Encomienda
F6 Sistem Encomienda diketuai oleh Encomiendero
F7 penyatuan Barangay menyebabkan kemerosotan pemerintahan tradisional

Nyatakan tentang sistem Encomienda yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina.
F1 pemerintah dikenali sebagai Encomiendero
F2 berperanan menjaga keamanan
F3 mengutip cukai yang tinggi
F4 mengkristiankan penduduk
F5 mengenakan kerahan tenaga kepada penduduk
F6 dibenci penduduk Filipina kerana mengenakan cukai tinggi

Nasionalisme di Malaysia

Shamsiah Fakeh, antara tokoh utama dalam kepimpinan Parti Komunis Malaya.

Senaraikan faktor pemakin nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua.
F1 pengenalan sistem politik barat
F2 perkembangan sistem pendidikan
F3 dasar British
F4 penguasaan Parti Komunis Malaya
F5 kemunculan mesin cetak
F6 Gerakan Pan-Islamisme
F7 kesedaran politik serantau

Sistem Birokrasi Barat

Sir Andrew Clarke, salah seorang pegawai British yang pernah terlibat dalam pentadbiran di Tanah Melayu.

Nyatakan ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di negara-negara Asia Tenggara.
F1 penubuhan kerajaan pusat hasil penyatuan wilayah
F2 pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
F3 pelaksanaan pentadbiran melalui biro
F4 pegawai Barat menjadi Ketua Biro
F5 pemerintah tempatan dipaksa menerima penasihat dari Barat
F6 pengenalan uandang-undang Barat
F7 penubuhan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelajaran

Tanah Melayu Selepas Kedatangan Islam


Nyatakan perubahan dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu selepas kedatangan Islam.
F1 golongan raja menitikberatkan konsep Islam
F2 sultan menggunakan istilah Zillulah fil-alam/Zillullah fil-ardh
F3 bermaksud bayangan Allah di muka bumi
F4 sultan juga menggunakangelaran Khalifatul Mukminin
F5 bermaksud pemimpin orang mukmin
F6 susur galur raja dikaitkan dengan tokoh Islam
F7 dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain
F8 institusi kesultanan dikekalkan berdasarkan perwarisan
F9 sultan sebagai kuasa tertinggi dalam pemerintahan
F10 sultan dibantu oleh pembesar
F11 seperti Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari dan Laksamana
F12 golongan pemerintah mempunyai hubungan yang erat dengan golongan ulama
F13 institusi kesultanan diperkukuhkan dengan konsep daulat
F14 menjadi pengikat antara pemerintah dengan rakyat
F15 konsep daulat mengangkat kedudukan sultan ke tahap paling tinggi
F16 menimbulkan penghormatan rakyat terhadap sultan
F17 pelbagai jenis adat istiadat diwujudkan untuk mengukuhkan daulat raja
F18 seperti cara berpakaian dan bahasa/pengucapan/tingkah laku

Kerajaan Bani Abbasiyah

Sebuah buku yang membincangkan tentang ulama yang menyusun hadis.

Jelaskan kegiatan baitulhikmah dalam kerajaan Bani Abbasiyah.
F1 menterjemahkan karya falsafah dan sains terutamanya daripada Bahasa Yunani
F2 penterjemahan juga dilakukan ke atas Bahasa Sanskrit dan Bahasa Suriani
F3 merupakan pusat pengajian tumpuan para ilmuan
F4 penterjemahan dijalankan secara sistematik
F5 penterjemahan diawasi oleh seorang penyelaras
F6 selain menterjemah, penambahbaikan terhadap karya asal juga dilakukan
F7 membuat ulasan dan keterangan ke atas karya yang diterjemahkan menggunakan Bahasa Arab
F8 orang Islam waktu ini dapat memelihara warisan ilmu daripada lenyap, walau pun ketika ini Eropah sedang mengalami Zaman Gelap
F9 kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap
F10 mencatat segala idea/percakapan
F11 mengumpul idea yang serupa/hadis Nabi Muhammad s.a.w. ke dalam sebuah buku
F12 mengarang dengan mengatur segala yang dicatat ke dalam bahagian/bab tertentu
F13 golongan ulama terlibat dalam penulisan
F14 ramai ulama menyusun hadis
F15 ulama turut menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, taksir dan sejarah

Ahad, 7 Ogos 2011

Kerajaan Turki Uthmaniyah

Masjid Biru, Istanbul.

Sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah

1- Sistem Organisasi dan Perundangan Islam
  • Kanun Suleiman - perundangan yang mempertahankan dan membela nyawa, harta dan kehormatan individu tanpa mengenal bangsa dan agama
  • mewujudkan jawatan Kadi dan Mufti
  • memperkenalkan jawatan Sheikh-ul-Islam/Ketua Ulama bagi mengeluarkan fatwa
2- Ekonomi
  • Istanbul - pusat pertemuan dalam jalinan perdagangan antara Timur dan Barat dan antara Dunia Islam dengan Dunia Bukan Islam
3- Sosial
  • memperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu
  • pembahagian masyarakat bergantung kepada hasil usaha setiap individu
4- Ilmu Pengetahuan
  • perkembangan sistem pendidikan islam melalui sistem madrasah
  • penubuhan institusi pendidikan - sekolah pengetahuan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan
  • penulisan ensiklopedia sains Islam yang dijadikan rujukan bagi keperluan praktikal
  • pembinaan Masjid Sultan Ahmad (Masjid Biru) di Istanbul

Teori Kedatangan Islam

Karya Syed Muhammad Naquib al-Attas yang membincangkan tentang Islam di Alam Melayu.

Teori Kedatangan Islam Dari Semenanjung Tanah Arab.

Pendapat John Crowford
  • catatan China mengatakan bahawa orang Arab dan Parsi mempunyai pusat perniagaan dan petempatan di Canton/Amoy
  • catatan China menyatakan wujudnya perkampungan Islam bernama Ta Shih di Sumatera Utara pada 650M
  • pedagang Arab yang berdagang ke China singgah di pelabuhan di Selat Melaka
  • pedagang Arab menetap dan membina perkampungan di situ
  • pedagang Arab di perkampungan tersebut berkahwin dengan penduduk tempatan
  • pedagang Arab berinteraksi dengan penduduk tempatan tentang agama Islam
  • pedagang Arab memperlihatkan nilai murni Islam yang menarik minat penduduk tempatan memeluk Islam
  • pedagang Arab mengamalkan sifat mahmudah yang juga menarik minat penduduk tempatan memeluk Islam

Pendapat Syed Muhammad Naquib al-Attas
  • wujud persamaan bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan Semenanjung Tanah Arab
  • perkataan Arab yang terdapat pada tulisan Jawi diambil daripada bahasa Arab
  • adat resam dan kebudayaan orang Melayu dipengaruhi oleh budaya Arab - menghormati tetamu, muzik Melayu - dabus/tarian zapin
  • karya tempatan meceritakan pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Semenajung Tanah Arab

Khamis, 4 Ogos 2011

Raja Dalam Kerajaan Awal


Huraikan cara raja kerajaan awal memainkan peranan dalam pemerintahan dan pentadbiran mereka.
F1 raja berada di puncak pemerintahan
H1a raja dibantu oleh golongan Brahmin dan pembesar-pembesar
F2 raja berkuasa mutlak
H2a dalam semua bentuk pemerintahan
F3 raja berperanan menggubal undang-undang
H3a melanggar undang-undang dianggap derhaka
H3b tidak diampunkan
F4 raja perlu bersikap adil
H4a terhadap rakyat/golongan yang diperintah
F5 raja sebagai deva raja
H5a raja adalah bayangan tuhan di muka bumi
F6 raja dikatakan memiliki kesaktian
H6a lahir unsur mitos dan legenda tentang asal usul raja
F7 mengamalkan pelbagai adat istiadat
H7a istiadat pertabalan raja dibantu oleh golongan Brahmin
F8 mendirikan kompleks kota
H8a melambangkan konsep alam semesta/order kosmos

Rabu, 3 Ogos 2011

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu

Nyatakan fasal yang terkandung dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu.
F1 pelantikan raja
F2 syarat menjadi raja
F3 waris raja
F4 tertib raja
F5 zuriat sultan
F6 raja yang belum cukup umur
F7 tegahan kepada raja
F8 sara hidup kerabat diraja
F9 menteri (bilangan menteri, kesetiaan menteri dan pelantikan menteri)
F10 Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
F11 tanggungjawab pembesar
F12 kedudukan agama Islam
F13 ketaatan kepada pemerintah
F14 kesalahan khianat kepada negeri
F15 pemilihan Menteri Besar dan Naib Menteri Besar
F16 kepentingan dan agenda mesyuarat kerajaan
F17 mengadakan perjanjian
F18 hubungan kerajaan dengan kerajaan lain

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu


Senaraikan syarat untuk menjadi Sultan Terengganu seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu.
F1 beragama Islam
F2 berbangsa Melayu
F3 lelaki
F4 waris sultan yang menerintah

Cara Penyebaran Islam di Alam Melayu

Nyatakan cara-cara kerajaan di Asia Tenggara menyebarkan Islam di Alam Melayu.
F1 Melaka menyebarkan Islam melalui perluasan kuasa
F2 para ulama dihantar ke kawasan taklukan
F3 kerajaan Johor berusaha menawan Melaka bagi mengelakkan menjadi pusat agama Kristian
F4 Acheh menaungi negeri kecil di Sumatera Utara mengelakkan naungan Portugis yang menyebarkan agama Kristian
F5 Sultan Pattani menyebarkan Islam di seluruh wilayahnya

Selasa, 2 Ogos 2011

Kerajaan Bani Umaiyah

Nyatakan sebab-sebab kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah kepada kerajaan Bani Abbasiyah.
F1 orang Islam bukan keturunan Arab (golongan Mawali) menganggap mereka didiskriminasikan
F2 mereka tidak mendapat jawatan yang selayaknya
F3 mereka dikenakan cukai yang lebih tinggi
F4 mereka menyokong gerakan Abbasiyah
F5 pada peringkat akhir Bani Umaiyah terdapat khalifah mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat
F6 terdapat khalifah yang mengabaikan ajaran Islam
F7 pemilihan khalifah secara warisan ditentang oleh golongan Syiah dan Khawarij
F8 Ali bin Abdullah berkempen atas nama Ahlul Bait untuk mendapatkan sokongan rakyat menentang kerajaan Umaiyah

Kerajaan Bani Umaiyah

Sebuah buku yang mencatatkan tentang Kerajaan Bani Umaiyah.

Senaraikan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah tahap kedua dalam bidang ekonomi.
F1 menubuhkan baitulmal
F2 pendapatannya diperolehi daripada kharaj, jizyah, zakat, usyur dan ghanimah
F3 Cardova menjadi pusat kegiatan ekonomi dan perdagangan antarabangsa
F4 berkembangnya perusahaan tembikar
F5 berkembangnya perusahaan perhiasan daripada perak dan emas
F6 berkemabngnya kegiatan memproses kulit
F7 berkembangnya kegiatan membuat senjata
F8 kemajuan dalam sektor pertanian
F9 sistem saliran dibina untuk menyuburkan dan memajukan tanah pertanian
F10 penyelidikan untuk mendapatkan benih berkualiti dilakukan
F11 hasil pertanian dapat dipertingkatkan

Kesan Selepas Kedatangan Islam


Penerimaan Islam oleh masyarakat Asia Tenggara telah mengubah kehidupan mereka.
Huraikan tiga perubahan tersebut dari segi politik dan ekonomi.

Politik
F1 konsep Islam mula dititikberatkan oleh golongan raja setelah kemunculan Islam
F2 nasab keturunan sultan mula berubah ketika kedatangan Islam dan dikaitkan dengan tokoh Islam seperti Iskandar Zulkarnain
F3 di Melaka, golongan pemerintah mendapatkan nasihat daripada ulama seperti Maulana Abu Bakar

Ekonomi
F1 pengaruh Islam di Melaka melarang para pedagang mengamalkan riba
F2 Hukum Kanun Melaka/Hukum Kanun Pahang memuatkan larangan amalan riba
F3 Baitulmal berfungsi menyelenggarakan harta kerajaan untuk kemakmuran negara

Pedagang Islam dan Penyebaran Islam

Apakah sifat terpuji dalam kalangan pedagang Islam yang mempercepat penyebaran Islam ke Asia Tenggara ?
F1 mengamalkan kehidupan dan nilai Islam
F2 tingkah laku dan sikap yang murni
F3 semangat dakwah Islamiah yang tinggi
F4 lemah lembut semasa menyampaikan ajaran Islam
F5 kejujuran pedagang Islam menjalankan perniagaan
F6 sifat amanah
F7 sopan satun
F8 ikhlas

Bukti Kedatangan Islam Melalui Perdagangan

Batu nisan Malik al-Saleh di Pasai.

Terangkan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari segi perdagangan.
F1 Islam berkembang menerusi aktiviti pedagang Arab dan Parsi di China
F2 mereka mempunyai pusat perniagaan di Canton dan Amoy
F3 pedagang Arab yang ke China singgah di pelabuhan Asia Tenggara
F4 pelabuhan utama di Selat Melaka
F5 pelabuhannya menjadi tempat menunggu perubahan angin monsun untuk ke China
F6 pedagang Arab membina perkampungan di pelabuhan Asia Tenggara
F7 perkampungan penting sebagai tapak untuk berdagang
F8 pedagang Arab berkahwin dengan perempuan tempatan
F9 peniaga China beragama Islam menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara
F10 peniaga China memeluk Islam hasil jalinan perdagangan dengan peniaga Arab di Canton
F11 perpindahan beramai-ramai pedagang Islam dari Canton/Amoy ke Asia Tenggara
F12 bukti penemuan Batu Bersurat Terengganu di Sungai Tersat, Kuala Berang yang bertulis Jawi
F13 pedagang India Islam dari Gujerat menyebarkan Islam ke rantau Asia Tenggara
F14 wujud hubungan perdagangan yang begitu lama antara India dengan Asia Tenggara
F15 bukti pada batu nisan Malik al-Saleh di Pasai

Kerajaan Bani Umaiyah

Senaraikan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah tahap kedua dalam bidang seni bina.
F1 pembinaan Masjid Cardova
F2 mempunyai menara setinggi 36 meter
F3 kubahnya beralaskan kayu berukir
F4 mempunyai 1293 tiang marmar
F5 menggunakan 4700 buah lampu pada waktu malam

Kerajaan Bani Umaiyah

Senaraikan sumber pendapatan Kerajaan Bani Umaiyah.
F1 kharaj/cukai tanah
F2 jizyah/cukai perlindungan
F3 zakat
F4 usyur/cukai sebanyak 1/10 hasil pertanian
F5 ghanimah/harta yang dirampas dalam peperangan

Kerajaan Bani Umaiyah

Jelaskan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah tahap kedua dalam bidang pendidikan.
F1 pusat pengajian tinggi telah dibina di Cardova
F2 diasaskan oleh Abdul Rahman III
F3 Cordova menjadi pusat kegemilangan ilmu
F4 wujud 17 buah pusat pengajian
F5 berkembang menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah
F6 pusat keilmuan telah berkembang di Seville, Toledo dan Granada
F7 pembinaan perpustakaan telah diasaskan oleh al-Hakam II
F8 terdapat 70 buah perpustakaan di Andalusia
F9 pembinaan pusat penterjemahan
F10 menterjemahkan karya tokoh Yunani ke Bahasa Arab
F11 Cordova menjadi jambatan pengetahuan antara dunia Islam dan Eropah
F12 orang Islam dapat menimba ilmu daripada karya Eropah melalui terjemahan

Kerajaan Bani Umaiyah

Kajian yang dihasilkan oleh pakar bedah Damsyik, Ibn al-Nafis.

Jelaskan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah pada tahap pertama dalam bidang sosial/ilmu pengetahuan.
F1 kota Basrah menjadi pusat pengajaran dan penyebaran ilmu
F2 lahir ramai tokoh ilmuan dalam pelbagai bidang
F3 termasuklah Khalil ibn Ahmad (bidang bahasa) dan Jarir (bidang sastera)
F4 Bahasa Arab menjadi bahasa rasmi negara
F5 tanda bunyi/baris pada tulisan al-Quran diperkenalkan
F6 hospital pertama telah dibina di Damsyik
F7 hospital penyakit kusta juga dibina
F8 buku rujukan dalam pelbagai bidang ilmu telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab
F9 terhasil buku berjudul "Kajian Umum Profesion Kedoktoran"
F10 lahir pakar bedah termasyhur iaitu Ibn al-Nafis
F11 bidang ilmu berkaitan kimia dan astronomi telah berkembang
F12 sistem perundangan telah menggunakan hukuman berdasarkan ijtihad berpadukan al-Quran dan sunnah/ijmak

Isnin, 1 Ogos 2011

Kerajaan Bani Umaiyah

Huraikan pembaharuan dalam pentadbiran semasa pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah.
F1 memperkenalkan sistem khalifah
F2 pelantikan khalifah melalui warisan
F3 memperkenalkan sistem wazarah
F4 wazir mengetuai pentadbiran pusat
F5 gabenor mengetuai pentadbiran wilayah
F6 memperkenalkan sistem urus setia
F7 pegawai dilantik menguruskan beberapa bahagian seperti surat menyurat dan rekod
F8 memperkenalkan sistem hijabah
F9 pegawai ditugaskan mengawal keselamatan khalifah
F10 menubuhkan empat jabatan kerajaan
F11 Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am dan Jabatan Urusan Cop Mohor Pemerintah
F12 memperkemas sistem ketenteraan
F13 menubuhkan Diwanul Jundi/Jabatan Ketenteraan
F14 menubuhkan angkatan tentera darat dan tentera laut

Kerajaan Bani Umaiyah


Nyatakan latar belakang kerajaan Bani Umaiyah.
F1 diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan
F2 mengambil nama sempena keturunan Bani Umaiyah
F3 Muawiyah menerima penyerahan kuasa daripada Hassan bin Ali
F4 tahap pertama bermula di Damsyik
F5 memakai gelaran Khalifah
F6 tahap kedua diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil/Abdul Rahman I
F7 berpusat di Cardova, Sepanyol
F8 pemimpinnya memakai gelaran Amir

Tamadun India

Sebuah buku yang membincangkan tentang Tamadun India.

Pemerintahan dan Pentadbiran.

Ciri-ciri sistem pemerintahan tamadun India :
  • dua bentuk kerajaan - kerajaan kecil/Janapada dan kerajaan besar/Mahajanapada
  • raja berkuasa mutlak
  • kedudukan raja diperkukuh dengan amalan keagamaan
  • raja dianggap suci dan harus dihormati
  • golongan Brahmin sebagai penasihat raja
  • golongan Kysatria menjadi pemerintah tentera
  • selepas Chandragupta membentuk empayar Maurya, status raja bertukar menjadi maharaja

Tamadun Rom

Pemerintahan dan Pentadbiran.

Sistem pemerintahan republik :
  • negara yang ditadbir oleh wakil yang dipilih rakyat melalui pilihan raya dan diketuai oleh presiden

Ciri-ciri sistem republik di Rom :
  • kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul dilantik oleh Dewan Senat
  • Konsul dibantu oleh golongan bangsawan
  • Dewan Senat membincangkan hal-hal pentadbiran negara dan merangka perundangan
  • di bawah Dewan Senat terdapat Dewan Perhimpunan
  • Dewan Perhimpunan diwakili oleh semua rakyat Rom
  • segala keputusan Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan

Tamadun Yunani

Pemerintahan dan Pentadbiran.

Bentuk pemerintahan Yunani :

  • monarki/beraja - raja dibantu oleh konsul, raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama
  • oligarki - sistem pemerintahan oleh beberapa konsul
  • aristokrasi - pemerintahan oleh golongan bangsawan yang kaya
  • diktator - pemerintahan oleh golongan kaya dari tentera, pemerintah berkuasa mutlak
  • demokrasi - pemerintahan yang ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya

Ciri-ciri sistem demokrasi di Athens :
  • terdapat Dewan Perhimpunan
  • semua lelaki berpeluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun
  • Dewan Perhimpunan bersidang tiga kali sebulan
  • setiap ahli dewan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan
  • Majlis mengendalikan segala keputusan Dewan Perhimpunan
  • ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan Perhimpunan

Sistem pemerintahan yang diamalkan di Sparta :
  • sistem pemerintahan ketenteraan
  • anak lelaki dilatih menjadi askar
  • melahirkan tentera yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan handal