SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Rabu, 26 Oktober 2011

Piagam Madinah

Madinah.

Berikan intisari kandungan Piagam Madinah.
F1 Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin di Madinah
F2 baginda adalah hakim yang menyelesaikan masalah antara orang Islam dengan bukan Islam
F3 semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar
F4 undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh
F5 peraturan kekeluargaan dalam sesuatu kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam
F6 kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi kemajuan ekonomi negara
F7 unsur-unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam sistem perniagaan
F8 masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah
F9 masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri
F10 masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama/adat masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam
F11 keselamatan orang bukan Islam dijamin selagi mereka mematuhi Piagam Madinah

Rabu, 19 Oktober 2011

Kesan Pelaksanaan Sistem Birokrasi Barat

Raden Adjeng Kartini nasionalis wanita di Indonesia.

Nyatakan kesan pelaksanaan sistem birokrasi Barat terhadap pemerintahan tradisional negara-negara di Asia Tenggara.
F1 memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat
F2 penyatuan pentadbiran telah menyebabkan kemerosotan sistem pemerintahan tradisional
F3 pengaruh golongan pembesar tradisi merosot
F4 pentadbiran Indonesia terbahagi kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan
F5 berakhirnya Dinasti Konbaung di Burma
F6 jawatan pembesar tradisional peringkat pusat terhapus
F7 pengenalan Akta Kampung Ulu Burma
F8 pengenalan Akta Perkampungan Burma
F9 pengaruh golongan agam merosot
F10 penubuhan Majlis Perundangan dan jabatan di Burma
F11 pengaruh undang-undang Barat
F12 pelaksanaan sistem pembayaran cukai
F13 penubuhan balai polis
F14 pengaruh sistem raja berperlembagaan di Thailand
F15 institusi raja masih kekal tapi peranannya berkurangan
F16 birokrasi Barat mengambil alih peranan raja dan pembesar
F17 tercetus gerakan nasionalisme di Asia Tenggara
F18 pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
F19 pelaksanaan pentadbiran melalui biro
F20 pegawai Barat sebagai Ketua Biro

Proses Pembandaran

Bangunan lama di Pulau Pinang tinggalan kolonial British.

Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya proses pembandaran.
F1 pertambahan fungsi ekonomi
F2 kawasan yang kaya dengan sumber semulajadi
F3 kawasan yang menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah
F4 kawasan yang hampir dengan kawasan perlombongan/tempat pengumpulan hasil lombong bijih timah
F5 contohnya bandar Kuala Lumpur/Taiping/Seremban
F6 pertambahan penduduk
F7 tempat mendapatkan keperluan harian
F8 pusat perniagaan
F9 pusat pentadbiran
F10 pusat perbankan
F11 perkembangan perlombongan petroleum
F12 contohnya bandar Miri
F13 adanya kemudahan sistem pengangkutan dan perhubungan
F14 adanya bekalan air bersih/sekolah/bank/pusat kesihatan
F15 kedudukan strategik/menghubungkan beberapa buah bandar dan kawasan lain
F16 perkembangan pertanian komersila/getah
F17 perkembangan perlombongan bijih timah
F18 kawasan pelabuhan
F19 contohnya pelabuhan Klang/Melaka/Pulau Pinang
F20 pusat pengumpulan/pengeksport hasil seperti lada hitam/gambir
F21 contohnya bandar Kuching

Zaman Gelap

Apakah maksud Zaman Gelap ?
F1 berlaku selepas kejatuhan tamadun Rom di Eropah
F2 peringkat awal zaman pertengahan
F3 masyarakat Eropah berada di zaman kemunduran
F4 mengalami kemerosotan dalam bidang politik/ekonomi/sosial
F5 merosot dalam ilmu pengetahuan/perdagangan/pembandaran

Raja/King adalah teratas dalam kedudukan masyarakat feudal di Eropah.

Senaraikan golongan atasan dalam hierarki masyarakat feudal di Eropah.
F1 raja/king
F2 bangsawan lapisan pertama/baron
F3 bangsawan lapisan kedua/knight
F4 ahli agama/gereja/paderi

Nyatakan ciri-ciri ekonomi pada Zaman Gelap.
F1 kegiatan ekonomi merosot
F2 kegiatan ekonomi terhad
F3 mata wang terhad
F4 perniagaan kecil-kecilan
F5 perniagaan hasil barang secara tukar barang
F6 tumpuan dalam bidang pertanian
F7 kegiatan perdagangan tidak meluas
F8 perdagangan diganggu oleh orang gasar
F9 kawasan Mediterranean dikuasai oleh orang Islam

Isnin, 17 Oktober 2011

Kesultanan Melayu Melaka

Emas telah diperdagangkan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Nyatakan sebab-sebab kerajaan Melayu Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang penting menjelang abad ke-15.
F1 faktor perdagangan mempercepatkan proses penyebaran Islam di Melaka
F2 kedudukan Melaka yang strategik
F3 kehadiran pedagang asing
F4 pentadbiran yang licin
F5 pelbagai kemudahan kepada pedagang menyebabkan perdagangan berjalan lancar
F6 wujudkan jawatan laksamana untuk menjaga urusan di laut
F7 wujudkan jawatan syahbandar sebagai ketua di pelabuhan
F8 Undang-Undang Laut Melaka digubal
F9 peraturan pelayaran/tugas nahkoda/jurumudi
F10 kepesatan perdagangan di Melaka dibuktikan dengan terdapat 84 bahasa dipertuturkan
F11 Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua-franca/bahasa perantaraan
F12 sistem timbang/sukat diperkenalkan
F13 menggunakan sistem tahil/kati
F14 digunakan untuk emas/perak/bahan wangian/batu permata
F15 menggunakan sistem bahara
F16 untuk menimbang rempah ratus
F17 alat timbangan yang digunakan ialah dacing
F18 urusan perdagangan menggunakan sistem pertukaran barang dan berjual beli
F19 urusan perdagangan diletakkan di bawah tanggungjawab syahbandar

Sistem Pendidikan di Acheh

Peta : Acheh.

Berikan peringkat yang wujud dalam sistem pendidikan di Acheh.
F1 peringkat rendah/rangkang
F2 peringkat menengah/muenasah
F3 peringkat pengajian tinggi/universiti/Jamiah Bait al-Rahman

Institusi Pendidikan Formal

Pengajian al-Quran diajar secara meluas di pesantren (Indonesia) atau pondok (Tanah Melayu).

Senaraikan institusi pendidikan formal yang wujud di Asia Tenggara.
F1 surau
F2 istana
F3 madrasah
F4 pondok/dayah/pesantren

Sistem Pentadbiran Selepas Kedatangan Islam

Zakat hanya boleh dibayar melalui mereka yang dilantik.

Nyatakan jawatan yang wujud dalam sistem pentadbiran selepas kedatangan Islam.
F1 sultan
F2 mufti
F3 kadi
F4 khatib
F5 bilal
F6 pemungut zakat
F7 penyelia baitulmal
F8 penjaga harta wakaf

Peperangan Quraisy Makkah dan Orang Islam

Buku tentang Perang Badar.

Antara tahun 622M hingga 630M, terdapat beberapa siri peperangan antara Quraisy Makkah dengan orang Islam. Senaraikan peperangan tersebut.
F1 Perang Badar
F2 Perang Uhud
F3 Perang Khandak/Perang Ahzab
F4 Perang Tabuk

Berikan garis panduan yang mesti dipatuhi oleh tentera Islam dalam peperangan.
F1 dilarang merobohkan rumah ibadat
F2 dilarang memusnahkan tanam-tanaman
F3 tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan
F4 dilarang membunuh orang lemah seperti orang tua/kanak-kanak/wanita/orang yang sakit/orang yang menyerah diri

Nyatakan sebab Islam membenarkan umatnya untuk berperang.
F1 dengan keizinan Allah
F2 apabila diserang oleh musuh
F3 memelihara tempat beribadat
F4 melindungi nyawa/harta benda
F5 menentang kezaliman/mempertahankan diri
F6 bertujuan mempertahankan agama/maruah diri/negara

Apakah tindakan Nabi Muhammad s.a.w. terhadap tawanan perang.
F1 tawanan wanita dan kanak-kanak dibebaskan
F2 tawanan lelaki diberi syarat untuk membebaskan diri
F3 mereka perlu mengajar sepuluh kanak-kanak membaca dan menulis sehingga pandai
F4 Nabi Muhammad s.a.w. mengampunkan tawanan Perang Badar

Khamis, 13 Oktober 2011

Proses Pembandaran


Mengapakah proses pembandaran di pantai barat Tanah Melayu lebih berkembang pesat berbading di pantai timur ?
F1 pantai barat kaya dengan sumber semulajadinya seperti bijih timah
F2 kawasan pantai barat menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah
F3 kawasan perlombongan bijih timah terdapat di pantai barat
F4 kegiatan pertanian komersial juga tertumpu di pantai barat
F5 dasar penjajah memajukan kawasan pantai barat
F6 kawasan pantai barat menjadi tumpuan pusat perniagaan
F7 pantai barat juga pusat pentadbiran penjajah
F8 pantai barat mempunyai pelbagai kemudahan infranstuktur
F9 pantai barat mempunyai pelabuhan
F10 pantai barat menjadi pusat tumpuan sistem perhubungan

Proses Pembandaran

Taiping, Perak.

Nyatakan fungsi bandar-bandar baru di Tanah Melayu.
F1 menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah
F2 sebagai tempat mengumpul hasil lombong
F3 menjadi pusat mendapatkan bahan mentah
F4 menjadi pusat pentadbiran/pusat perniagaan/perbankan
F5 menjadi pusat petempatan
F6 menjadi pusat pengumpulan hasil pertanian komersial
F7 menjadi tempat persimpangan sistem perhubungan
F8 sebagai pelabuhan

Proses Pembandaran

Apakah maksud pembandaran ?
F1 pembandaran bermaksud perubahan daripada pekan kecil/kampung kepada sebuah bandar
F2 perubahan itu berlaku hasil pertambahan fungsi ekonominya

Foto hitam putih bandar Seremban, Negeri Sembilan.

Jelaskan faktor yang membantu proses pembandaran di Tanah Melayu.
F1 kekayaan sumber semulajadi
F2 faktor perlombongan mewujudkan bandar Kuala Lumpur/Taiping/Seremban
F3 kesan pertambahan penduduk
F4 terdapat pusat pentadbiran, perbankan, pusat kegiatan ekonomi
F5 terdapatnya kemudahan infrastruktur
F6 kedudukan yang strategik
F7 kemajuan dalam bidang perhubungan
F8 terdapatnya aktiviti pertanian komersial
F9 terdapatnya industri berasaskan bijih timah dan getah
F10 dasar penjajahan British membangunkan kawasan tertentu

Penjelajahan dan Penerokaan

Terangkan faktor yang mendorong kuasa-kuasa Eropah menjalankan kegiatan penjelajahan dan penerokaan.
F1 kejayaan sains dan teknologi pada Zaman Renaissance

F2 penguasaan Istanbul oleh Turki
H2a orang Eropah menghadapi masalah untuk menggunakan laluan itu
H2b orang Eropah berikhtiar mencari laluan alternatif ke Timur

F3 masyarakat Eropah pada waktu itu berani dan optimistik
H3a mereka mencari penyelesaian yang menyekat perkembangan ekonomi mereka

F4 ingin mendapatkan barangan dari Timur
H4a mereka mahu menguasai perdagangan rempah ratus dan sutera

F5 raja-raja di Eropah memberikan galakan
H5a raja Sepanyol dan raja Portugal
H5b Sepanyol menumpukan penjelajahan ke Amerika Latin
H5c Portugal menumpukan penjelajahan ke Timur

F6 persaingan mendapatkan tanah jajahan
H6a persaingan antara Sepanyol dan Portugal
H6b Paus di Rom bertindak menetapkan kawasan pengaruh masing-masing

F7 Perjanjian Tordisellas
H7a perjanjian ini menetapkan kawasan pengaruh Portugal dan Sepanyol
H7b kawasan ke timur dari Kepulauan Tanjung Verde adalah kawasan Portugal
H7c kawasan ke barat dari Kepulauan Tanjung Verde adalah kawasan Sepanyol

Christoper Columbus.

F8 munculnya pelaut yang berkebolehan
H8a Christoper Columbus dan Ferdinand Magellan

F9 pihak penguasa Gereja Khatolik memberi galakan untuk penyebaran agama Kristian

F10 monarki baru di Eropah menggalakkan penjelajahan dan penerokaan
H10a menggunakan slogan "Gold, Gospal and Glory"

Penjelajahan dan Penerokaan

Apakah maksud penjelajahan dan penerokaan ?
F1 Kegiatan para pelaut Eropah mencari laluan baru di lautan luas bagi membolehkan mereka menuju ke Timur

Sebutkan kuasa Eropah yang mengungguli kegiatan penjelajahan dan penerokaan.
F1 Portugal
F2 Sepanyol
F3 England
F4 Perancis
F5 Belanda

Peta : Kedudukan Goa.

Sebutkan pelabuhan utama di sepanjang laluan kapal dari Timur ke Barat yang dikuasai oleh :
(a) Portugis
(b) Inggeris

(a) Portugis
F1 Goa
F2 Batavia
F3 Macao

(b) Inggeris
F1 Madras
F2 Calcutta
F3 Pulau Pinang
F4 Singapura

Selasa, 11 Oktober 2011

Kerajaan Maritim

Pintu gerbang kerajaan Kedah Tua.

Jelaskan jenis pelabuhan maritim yang terdapat di Asia Tenggara dan fungsi pelabuhan tersebut.
F1 pelabuhan pembekal
H1a mengumpulkan hasil tempatan
H1b membekalkan hasil kepada pedagang tempatan

F2 pelabuhan kerajaan
H2a mengumpulkan hasil tempatan
H2b membekalkan hasil kepada pedagang tempatan
H2c menjadi pusat pentadbiran kerajaan

F3 pelabuhan entrepot
H3a mengumpul hasil daripada pelabuhan sekitar
H3b membekalkan hasil tempatan kepada pedagang antarabangsa
H3c mengedarkan hasil luar kepada pedagang tempatan

Kerajaan Maritim

Peta : Langkasuka (berlorek warna jingga).

Nyatakan ciri-ciri kerajaan maritim.
F1 terbentuk di persisiran pantai/kepulauan
F2 berasaskan ekonomi perdagangan dan aktiviti kelautan
F3 masyarakatnya menjalankan aktiviti menangkap ikan dan memungut hasil laut
F4 terdapat pelabuhan

Senaraikan contoh-contoh kerajaan maritim yang muncul di Asia Tenggara.
F1 Langkasuka
F2 Kedah Tua
F3 Srivijaya

Kerajaan Awal di Asia Tenggara

Peta : Chela, Champa dan Funan.

Sebutkan kerajaan-kerajaan awal yang muncul di Asia Tenggara mengikut kawasan berikut :
(a) Tanah Besar Asia Tenggara
(b) Tanah Melayu
(c) Kepulauan Indonesia

(a) Tanah Besar Asia Tenggara
F1 Funan
F2 Chenla
F3 Angkor
F4 Sukhotai
F5 Ayuthia

(b) Tanah Melayu
F1 Kedah Tua
F2 Gangga Negara
F3 Langkasuka

(c) Kepulauan Indonesia
F1 Srivijaya
F2 Majapahit
F3 Singhasari
F4 Mataram

Jumaat, 7 Oktober 2011

Kemasukan Buruh Dari China dan India

Pembentukan masyarakat majmuk kesan penjajahan British di negara kita.

Nyatakan faktor-faktor yang mendorong kemasukan buruh Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah Melayu sejak awal abad ke-19.
F1 kepesatan sektor pertanian komersila
F2 keperluan tenaga buruh di Tanah Melayu
F3 kesulitan hidup di negara asal
F4 pihak British menggalakkan buruh Cina dan India datang ke Tanah Melayu
F5 penghijrahan buruh Cina dan India tidak ditentang oleh orang Melayu
F6 wujudnya hubungan tradisi antara India dan China dengan Tanah Melayu
F7 peluang pekerjaan yang banyak
F8 kestabilan politik di Tanah Melayu

Khamis, 6 Oktober 2011

Kemasukan Buruh Dari India

Perusahaan getah telah berkembang di Tanah Melayu dengan bantuan buruh dari India.

Terangkan cara-cara kemasukan buruh dari India ke negara kita pada abad ke-19.
F1 sistem buruh bebas
H1a mereka datang sendiri dengan biayaan masing-masing
H1b kedatangan mereka diatur oleh kumpulan tertentu kerana kepentingan ekonomi
H1c mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang dikehendaki

F2 sistem kontrak
H2a tambang mereka ke Tanah Melayu dibiayai oleh majikan
H2b sebagai balasannya mereka perlu bekerja dengan majikan tersebut untuk jangka masa tertentu antara 1 hingga 3 tahun
H2c bayaran yang paling minimum iaitu antara 9 hingga 13 sen sehari
H2d penindasan terhadap buruh sering berlaku dalam sistem ini

F3 sistem kangani
H3a kangani bermaksud ketua
H3b seseorang kangani diberi kepercayaan oleh majikan untuk mendapatkan buruh
H3c mereka diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari buruh
H3d kangani diberi wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh sehingga tiba di Tanah melayu
H3d kangani bertindak seperti pengurus agensi yang membawa masuk pekerja asing
H3e sistem ini diharamkan kerana wujud penyelewengan oleh kangani sendiri

Selasa, 4 Oktober 2011

Kemasukan Buruh Dari China

Buruh Cina di Sarawak dibawa masuk semasa pentadbiran Charles Brooke.

Terangkan cara-cara kemasukan buruh dari China ke negara kita pada abad ke-19.
F1 sistem tiket kredit
H1a bakal imigran dikumpulkan dari kampung-kampung di China
H1b ketua dibayar wang bagi setiap imigran China yang dibawa
H1c bakal imigran dikenali sebagai sin kheh
H1d golongan imigran ini diletakkan di bawah pengawasan nahkoda kapal
H1e sin kheh perlu membuat perjanjian untuk menjelaskan hutang mereka
H1f mereka dibekalkan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang dituju
H1g sin kheh diambil oleh pemborong buruh yang menjadi orang tengah untuk mendapatkan majikan dengan bayaran tertentu

F2 sistem pengambilan kakitangan
H2a majikan yang memerlukan buruh menghantar pegawainya ke China
H2b segala tambang dibiayai oleh majikan
H2c pegawai yang dihantar bertanggungjawab mengiringi buruh-buruh hingga sampai ke tempat majikannya

F3 sistem pengambilan rumah kongsi
H3a pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sebuah rumah kongsi
H3b pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut
H3c buruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi
H3d pembawa buruh akan dibayar dengan kadar tertentu

F4 kemasukan secara berkumpulan
H4a dibawa masuk oleh Charles Brooke melalui syarikatnya
H4b kemasukan imigran China keturunan Foochow dibawa masuk secara berkumpulan
H4c imigran Foochow diperlukan untuk mengusahakan tanah
H4d serta membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam

Ahad, 2 Oktober 2011

Tamadun Mesir Purba

Lambang-lambang yang mewakili tuhan zaman Mesir Purba.

Huraikan peranan golongan atasan dalam sistem pemerintahan Mesir Purba.
F1 raja mengetuai sistem pemerintahan
F2 golongan bangsawan membantu raja menjalankan pentadbiran
F3 golongan bangsawan membantu raja menjaga keamanan
F4 mengurus/mengagihkan penghasilan makanan di dalam negara
F5 gabenor mentadbir wilayah yang ditaluki
F6 para rahib mentadbir hal keagamaan
F7 jurutulis menulis segala rekod kerajaan
F8 firaun merupakan raja berkuasa mutlak dan dianggap suci
F9 firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus
F10 firaun dianggap sebagai Tuhan Matahari/anak Tuhan Matahari
F11 firaun sebagai ketua pendeta
F12 firaun sebagai pemilik tanah
F13 firaun sebagai ketua hakim
F14 firaun sebagai ketua pahlawan
F15 golongan bangsawan sebagai pegawai
F16 golongan bangsawan sebagai penasihat

Tamadun Mesopotamia

Contoh arca yang wujud pada zaman tamadun Mesopotamia.

Jelaskan sumbangan tamadun Mesopotamia kepada peradaban manusia sejagat.
F1 Kod Undang-Undang Hammurabi
F2 hasil kesuasteraan contoh Epik Gilgamesh
F3 perkembangan ilmu astronomi
F4 perkembangan ilmu matematik
F5 perkembangan ilmu perubatan
F6 penciptaan roda
F7 penciptaan kincir air
F8 penciptaan kapal layar
F9 cara membuat batu bata
F10 penciptaan arca
F11 penciptaan tuang batu
F12 perpustakaan diraja
F13 sistem pemberintahan empayar

Sabtu, 1 Oktober 2011

Proses Pembandaran

Struktur bangunan lama di Ipoh yang membangun atas aktiviti perlombongan bijih timah.

Apakah faktor yang membantu proses pembandaran ?
F1 pertambahan fungsi ekonomi
F2 pertambahan penduduk
F3 menjalankan pelbagai fungsi/peranan
F4 adanya kemudahan jalan raya/bekalan air bersih/sekolah/bank/pusat kegiatan ekonomi
F5 kedudukan strategik/menghubungkan beberapa buah bandar
F6 kemajuan dalam sistem perhubungan
F7 perkembangan pertanian komersial/getah
F8 faktor perlombongan/perkembangan perlombongan bijih timah/petroleum
F9 kawasan pelabuhan
F10 pusat pengumpulan dan pengeksport hasil seperti lada hitam/gambir