SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Memaparkan catatan dengan label Khulafa al-Rasyidin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khulafa al-Rasyidin. Papar semua catatan

Ahad, 24 Julai 2011

Khulafa al-Rasyidin

Tulisan al-Quran tanpa baris.

Soalan SPM 2007.

Berikan dua kaedah pemilihan khalifah dalam Islam. [2m]
F1 musyawarah/syura
F2 pemilihan daripada beberapa orang calon
F3 cadangan satu nama dari khalifah terdahulu
F4 pencalonan oleh sekelompok masyarakat
[mana-mana 1 jawapan di atas]

Jelaskan tanggungjawab seorang khalifah dari aspek berikut : [3m]
Politik -
F1 khalifah bertanggungjawab memastikan kelicinan pentadbiran negara termasuk mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh, bertanggungjawab melantik dan jika perlu melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara
F2 khalifah berperanan memelihara kedudukan agama Islam serta mentadbir negara mengikut hukum syariah yang berlandaskan al-Quran dan sunnah
F3 khalifah wajib menitikberatkan sistem politik, sosial dan ekonomi supaya berlaku keseimbangan antara keperluan rohani dan jasmani
[mana-mana 1 jawapan di atas]

Sosial -
F1 khalifah bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat supaya dapat menikmati kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat
F2 khalifah bertanggungjawab menjaga dan meneruskan ajaran Allah, mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyawarah atau syura dan memantapkan sistem perundangan
[mana-mana 1 jawapan di atas]

Ekonomi -
F1 khalifah bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara juga baitulmal serta mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat

Berikan dua kejayaan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq. [2m]
F1 berjaya mengatasi masalah perpecahan yang melanda masyarakat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. yang berpunca daripada kewujudan orang Islam yang murtad dan gerakan golongan al-Riddah
F2 keupayaan beliau mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar iaitu kerajaan Parsi dan Rom Timur
F3 melicinkan pentadbiran kerajaan dengan membahagikan Tanah Arab kepada 10 wilayah iaitu Makkah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut dan Nijran serta melantik seorang ketua atau amir untuk mentadbir wilayah tersebut
F4 memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui hasil harta rampasan perang, undang-undang tanah dan hak rakyat terutama golongan mawali
F5 usaha mengumpulkan tulisan al-Quran yang mana beliau memerintahkan Zaid bin Thabit menghimpunkan ayat al-Quran pada batu, kulit binatang, kayu dan tulang
[mana-mana 2 jawapan di atas]

Sekiranya anda dilantik menjadi pemimpin Malaysia, bagaimanakah anda mengamalkan ciri-ciri kepimpinan Islam dalam pentadbiran anda ? [3m]
F1 memerintah dengan adil
F2 melindungi negara daripada serangan musuh
F3 mengembangkan ekonomi negara dan rakyat
F4 memajukan pendidikan
F5 mempratikkan undang-undang Islam
[mana-mana 3 jawapan di atas]

Jumaat, 15 Julai 2011

Khulafa al-Rasyidin


Senaraikan lima kriteria yang perlu dipenuhi oleh seseorang calon kahlifah pada zaman Khulafa al=Rasyidin. [5m]
F1 lelaki yang merdeka
F2 beragama Islam
F3 memiliki pengetahuan tentang Islam
F4 mematuhi perintah Allah
F5 sanggup melaksanakan hukum Allah
F6 bersifat adil
F7 mempunyai akhlak yang baik
F8 mempunyai tubuh badan yang sihat dan sempurna
F9 berfikiran cerdas
F10 warak
F11 pandai mentadbir negara

Berdasarkan contoh yang sesuai, terangkan tiga kaedah pemilihan khalifah pada zaman Khulafa al-Rasyidin. [6m]
F1 melalui musyawarah atau syura
H1a semasa pelantikan Saidina Abu Bakar
F2 melalui cadangan satu nama sahaja daripada khalifah yang terdahulu
H2a seperti pelantikan Saidina Umar yang diusulkan oleh Saidina Abu Bakar sebelum beliau wafat
F3 melalui pemilihan daripada beberapa calon
H3a semasa pelantikan Saidina Uthman bin Affan sejumlah enam nama telah diusulkan
F4 melalui pencalonan oleh sekelompok masyarakat
H4a seperti pencalonan Saidina Ali bin Abi Talib

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan tanggungjawab seorang khalifah dalam pemerintahan kerajaan Islam. [9m]
F1 memelihara kedudukan agama Islam
F2 mentadbir negara mengikut hukum syariah yang berpandukan al-Quran dan sunnah
F3 menitikberatkan sistem politik, sosial dan ekonomi supaya berlaku keseimbangan antara keperluan rohani dan jasmani
F4 bertanggungjawab memastikan kelicinan pentadbiran negara
F5 mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
F6 bertanggungjawab melantik dan melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara jika perlu
F7 bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat supaya dapat menikmati kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat
F8 bertanggungjawab menjaga dan meneruskan ajaran Allah yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
F9 mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyawarah atau syura
F10 memantapkan sistem perundangan Islam
F11 bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara dan baitulmal
F12 mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat