SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Memaparkan catatan dengan label SPM 2005. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SPM 2005. Papar semua catatan

Ahad, 13 Mac 2011

Undang-Undang Dalam Tamadun Rom

Soalan SPM 2005

Undang-Undang Rom
- Hukum Kanun 12
- Undang-Undang Justinian

Rajah di atas merujuk kepada perundangan tamadun Rom.

(a) Apakah cara memudahkan rakyat merujuk kepada undang-undang di atas ? [2m]
(i) Hukum Kanun 12
F1 ditulis dan diukir di atas papan [1m]

(ii) Undang-Undang Justinian
F1 dibukukan oleh Maharaja Justinian [1m]

(b) Nyatakan satu daripada bahagian Undang-Undang Rom ? [1m]
F1 Undang-Undang sivil [1m]
F2 Undang-Undang Natural [1m]
F3 Undang-Undang rakyat [1m]
[pilih mana-mana 1]

(c) Berikan tiga prinsip dalam Undang-Undang Rom ? [1m]
F1 seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah [1m]
F2 keberatan hukuman tidak boleh dipengaruhi oleh kelas dan status pesalah [1m]
F3 hukuman berdasarkan bukti yang kukuh [1m]
F4 keadilan terhadap setiap individu [1m]
[pilih mana-mana 3]

(d) Berikan pendapat anda tentang kepentingan undang-undang kepada sesebuah negara. [4m]
F1 menjamin keamanan [1m]
F2 menentukan hak kerajaan [1m]
F3 menjamin kestabilan dan keselamatan negara [1m]
F4 kehidupan rakyat harmoni [1m]
F5 membangunkan negara dengan lebih pesat [1m]
[pilih mana-mana 4]




Sabtu, 12 Mac 2011

Faktor Berlaku Imperialisme Barat di Asia Tenggara


Soalan SPM 2005

Mengapakah imperialis Barat menjajah negara-negara di Asia Tenggara antara abad ke-15 hingga awal abad ke-20 ? [10 markah]

F1 kekayaan bahan mentah
H1a Asia Tenggara sememangnya kaya dengan bahan mentah, juga mempunyai tanah yang subur serta sesuai dengan pelbagai tanaman
H1b pihak Barat memerlukan bahan mentah ini dalam Revolusi Perindustrian terutamanya bijih timah dan getah
H1c bijih timah banyak terdapat di Tanah Melayu, manakala getah sangat sesuai ditanam di Tanah Melayu, Filipina dan Indonesia
H1d getah asli sangat diperlukan oleh kilang-kilang tayar untuk kegunaan kereta dan kapal terbang

F2 Revolusi Perindustrian
H2a Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah telah mengubah corak dasar imperialisme kuasa-kuasa Barat di Timur
H2b pada kurun ke-15 dan 16, Portugal, Sepanyol da Belanda bersaing mendapatkan barang dagangan mewah seperti teh dan rempah
H2c sejak kurun ke-17, berlaku kepesatan sektor perindustrian di negara-negara Eropah, kilang-kilang menghasilkan pengeluaran secara besar-besaran dan berterusan

F3 sistem pengangkutan dan perhubungan
H3a penggunaan kapal wap membolehkan banyak muatan dibawa dan mempercepat pejalanan untuk membawa hasil perkilangan dan bahan mentah antara Timur dan Barat
H3b 1896, pembukaan Terusan Suez telah memendekkan jarak antara Timur dan Barat kerana tidak perlu melalui benua Afrika
H3c gabungan penggunaan kapal wap dan Terusan Suez membolehkan kos dijimatkan dan perjalanan lebih selamat
H3d perhubungan Barat dan Timur telah melalui era baru kerana penciptaan telegraf
H3e arahan kepada pegawai-pegawai di tanah jajahan dapat disampaikan dengan lebih cepat dan berkesan
H3f memudahkan hubungan antara ahli-ahli perniagaan dengan wakil-wakil mereka di kawasan Timur
H3g perdagangan antarabangsa dapat berkembang dengan lebih pesat kerana urusan perniagaan berjalan lancar

F4 persaingan kuasa Barat
H4a dasar imperialisme membantu kekuatan strategik dan imej negara yang terlibat
H4b memperoleh banyak tanah jajahan menyebabkan dipandang tinggi dan dihormati
H4c negara-negara Barat berlumba-lumba menjadi kuasa besar
H4d kewujudan sesebuah kuasa besar dikaitkan dengan keluasan tanah jajahan yang dimiliki
H4e British cuba menghalang pengaruh Perancis, Jerman dan Itali ke atas Negeri-Negeri Melayu Utara
H4f British terlibat Dalam Perang Inggeris-Burma kerana menghalang pengaruh Perancis ke atas Burma

F5 Beban Orang Putih
H5a British dan Amerika Syarikat menggunakan slogan "Beban Orang Putih" dalam dasar imperialisme mereka
H5b menjadikan masyarakat di Timur bertamadun seperti mereka
H5c memimpin dan membawa mayarakat di Timur ke arah kehidupan yang sejahtera
H5d Perancis menggunakan slogan "menyebarkan tamadun" ke atas masyarakat di Timur
H5e mubaligh Kristain melaksanakan tugas menyebarkan agama Kristain dalam kalangan masyarakat Timur

[mana-mana 10 x 1m = 10m]

Sistem Peperiksaan Awam Dalam Tamadun China


Soalan SPM 2005 :

Terangkan pelaksanaan peperiksaan awam dalam tamadun China. [10 markah]

F1 peperiksaan terbahagi kepada tiga peringkat
F2 tahap pertama
H2a peperiksaan akan diadakan di peringkat daerah
H2b tahap pertama sama seperti ijazah
F3 tahap kedua
H3a tahap kedua sama seperti sarjana
H3b peperiksaan diadakan di kota
F4 tahap ketiga
H4a tahap ketiga sama seperti doktor falsafah
F5 pelaksanaan peperiksaan sangat ketat
F6 sesiapa yang didapati meniru akan dikenakan hukuman bunuh
F7 orang yang mengambil peperiksaan akan dikurung
F8 makanan disediakan
F9 pemeriksa juga dikurung beberapa hari sebelum peperiksaan
F10 ini untuk mengelakkan penipuan

[mana-mana 10 x 1 m = 10 m]

Sumbangan Tamadun Rom


Soalan SPM 2005 :

Huraikan sumbangan tamadun Rom kepada kehidupan hari ini. [10 markah]

F1 menggunakan sistem pemerintahan berbentuk republik
F2 mengamalkan Undang-undang Justinian
F3 mengubahsuaikan daripada tulisan orang Yunani
F4 membina bangunan Colloseum
F5 membina saliran air bersih iaitu Aquaduct
F6 kalendar hari ini berasaskan kalendar Rom
F7 mewarisi sistem tulisan rumi kini
F8 penyatuan wilayah yang ditakluki oleh Julius Caesar menjadi empayar
F9 Undang-undang Rom turut diguna pakai seperti undang-undang sivil
F10 mengembangkan agama Kristian