SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Memaparkan catatan dengan label Melaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Melaka. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Mac 2011

Perang Dunia Pertama

Soalan Percubaan SPM 2009, Melaka

Perang Dunia Pertama merupakan konflik antarabangsa yang besar pada awal abad ke-20.

(a) Terangkan faktor-faktor yang telah mencetuskan Perang Dunia Pertama. [8m]

(b) Nyatakan kesan-kesan Perang Dunia Pertama ke atas tamadun manusia. [7m]

(c) Andaikan anda menjadi pemimpin negara pada hari ini, berikan lima cadangan untuk mengelakkan berlakunya Perang Dunia Ketiga. [5m]

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

Soalan Percubaan SPM 2009, Melaka

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948 telah memulakan babak baharu dalam sejarah negara Malaysia.

(a) Terangkan faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948. [9m]

(b) Mengapakah sebahagian besar daripada orang-orang Melayu menyokong pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ? [6m]

(c) Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi ke atas Tanah Melayu sekiranya Persekutuan Tanah Melayu 1948 tidak dibentuk ? [5m]

Sila bandingkan Soalan Percubaan SPM 2009, Melaka di atas dengan soalan sebenar SPM 2009 yang terdapat di bawah :

Soalan SPM 2009.

Jadual berikut berkaitan dengan perkembangan politik di negara kita sebelum merdeka.

Tarikh
1 Februari 1948

Peristiwa
British membentuk Persekutuan Tanah Melayu

(a) Terangkan faktor British menagambil tindakan di atas. [10m]

(b) Jelaskan tuntutan orang Melayu semasa proses pembentukan persekutuan tersebut. [4m]

(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apak kepentingan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam pembentukan negara dan bangsa Malaysia ? [6m]

Parlimen Malaysia

Soalan SPM 2009, Melaka

Elemen yang membentuk Parlimen Malaysia :
Yang di-Pertuan Agong
Dewan Negara
Dewan Rakyat

(a) Jelaskan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong. [8m]

(b) Nyatakan ciri-ciri Dewan Negara dan Dewan Rakyat. [8m]

(c) Berikan empat cadangan kepada generasi muda hari ini supaya mereka menjadi warganegara Malaysia yang berupaya mendaulatkan institusi Parlimen Malaysia. [4m]