SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Jumaat, 16 September 2011

Negara-Negara Selatan

Negara-Negara Selatan juga dikenali sebagai Negara-Negara Dunia Ketiga.

Nyatakan matlamat penubuhan Negara-Negara Selatan.
F1 mengatasi harga eksport bahan mentah
F2 meningkatkan kerjasama ekonomi
F3 meningkatkan kerjasama teknikal
F4 tidak mahu bergantung kepada negara-negara maju

Jelaskan ciri-ciri persamaan yang terdapat dalam kalangan Negara-Negara Selatan.
F1 persamaan dari segi latar belakang ekonomi
F2 pernah dijajah oleh kuasa Barat
F3 bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah
F4 tidak mempunyai kepakaran
F5 tiada modal untuk memproses bahan mentah menjadi barang siap
F6 pergantungan membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil
F7 kawalan terhadap harga bahan mentah oleh negara maju
F8 penggenaan kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan

Pengaruh Hindu dan Buddha di Asia Tenggara

Angkor Wat melambangkan orde kosmos pemerintahan Raja Suryavarman II.

Nyatakan pengaruh Hindu Buddha dalam pemerintahan dan pentadbiran di Asia Tenggara.
F1 pemerintah menggunakan gelaran raja
H1a dipengaruhi sistem beraja di India

F2 raja beraja di puncak pemerintahan
H2a di bawahnya terdapat kerabat diraja/diikuti pembesar/ahli agama iaitu Brahmin
H2b kemudiannya terdapat rakyat daripada pelbagai golongan
H2c kedudukan paling bawah ialah hamba

F3 raja berkuasa mutlak
H3a dalam semua aspek pemerintahan/hubungan luar/ketenteraan/khazanah negara

F4 perintah raja menjadi undang-undang
H4a perintah wajib dilaksanakan
H4b sesiapa yang melanggar perintah raja dianggap menderhaka
H4c tidak akan diampun
H4d raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
H4e rakyat takut untuk menderhaka kepada raja walaupun raja tidak berlaku adil

F5 raja dianggap bayangan tuhan
H5a lahirlah konsep dewa-raja

F6 raja tuhan atau dewa raja dipercayai memiliki kesaktian
H6a lahirlah mitos dan lagenda
C6a contohnya tentang asal-usul raja bagi memperkuatkan kedudukan dan status raja

F7 bagi mengukuhkan kedudukan, diwujudkan pelbagai adat istiadat
C7a contohnya adat pertabalan raja
H7a upacara ini diketuai oleh Brahmin

F8 setiap raja ingin menjadi raja terulung/raja yang berkuasa terhadap seluruh alam semesta
H8a raja membina kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta/orde kosmos
C8a contohnya Raja Suryavarman II yang membina Angkor Wat

Tamadun Indus

Karikatur berkaitan kepercayaan Hindu.

Jelaskan organisasi sosial yang terdapat dalam masyarakat Indus.
F1 terbahagi kepada dua golongan
F2 golongan atasan dan bawahan
F3 golongan atasan terdiri daripada pendeta/pedagang
F4 kelas atasan utama terdiri daripada pendeta
F5 pemerintahan diterajui oleh pendeta
F6 pendeta berkuasa untuk mengawal aktiviti masyarakat/kegiatan keagamaan
F7 golongan bawahan memberi taat setia kepada golongan pendeta
F8 golongan bawahan terdiri daripada petani/buruh
F9 petani menjalankan aktiviti pertanian
F10 sebahagian hasil pertanian diserahkan kepada pihak berkuasa
F11 golongan buruh menjalankan kerja-kerja buruh
F12 menjaga kebersihan bandar/membina tembok/benteng/terusan
F13 golongan paling bawah ialah golongan hamba

Khamis, 15 September 2011

Tamadun Indus

Contoh bandar terancang dalam tamadun Indus.

Nyatakan ciri-ciri bandar terancang dalam tamadun Indus.
F1 bandar dikelilingi oleh tembok
F2 bandar ini terbahagi kepada dua bahagian
F3 bahagian utama ialah pusat pentadbiran/keagamaan
F4 menempatkan bangunan pentadbiran/tempat mandi awam/pembersihan/tempat menyimpan hasil pertanian
F5 bahagian kedua ialah kawasan perumahan
F6 bandar dirancang dengan rapi/susun atur yang sistematik
F7 perancangan bandar dibantu dengan kemajuan ilmu geometri/pembinaan
F8 perancangan bandar adalah sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba
F9 bandar disusun berasaskan blok berbentuk empat segi
F10 setiap blok dipisahkan oleh jalan raya yang lurus
F11 jalan raya bersambung antara satu sama lain
F12 mempunya sistem kumbahan yang terancang
F13 setiap rumah mempunyai bilik mandi/tandas
F14 air kumbahan disalir keluar ke longkang yang mengalir keluar di bawah jalan
F15 longkang tidak ditutup terus untuk kerja pembersihan
F16 bahan buangan dihantar ke pusat pembuangan di luar bandar
F17 bandar dihubungkan oleh sungai sebagai jalan perhubungan

Tamadun Hwang Ho

Shang-ti (Tuhan Syurga).

Berikan ciri keagamaan dan kepercayaan tamadun Hwang Ho.
F1 kepercayaan animisme
F2 kepercayaan politeisme/banyak tuhan
F3 penyembahan roh nenek moyang
F4 menyembah Tuhan Syurga (Shang-ti)/Tuhan Bumi (tu)
F5 penyembahan terhadap sungai/bukit/gunung
F6 upacara penyembahan melibatkan permainan muzik/tarian/upacara korban
F7 upacara penyembahan diketuai oleh golongan bomoh
F8 fungsi tulang oracle untuk meramalkan sesuatu keadaan
F9 golongan bomoh terlibat dalam upacara penilikan ini dengan meletakkan tulang ini atas unggun api
F10 rekahan pada tulang ditafsirkan dengan sesuatu kejadian
F11 percaya kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan
F12 percaya kepada dewa Shang-ti
F13 mempercayai satu kuasa agung yang dikenali sebagai Tien
F14 mempercayai konsep Yin dan Yang
F15 mempercayai konsep Feng Shui

Nyatakan sumbangan tamadun Hwang Ho dalam aspek ekonomi.
F1 pembinaan sistem pengairan
F2 terusan dibina untuk mengairi kawasan pertanian/untuk menggelakkan banjir
F3 kemajuan teknologi pembajakan
F4 mengawal aliran Hwang Ho agar tidak memudaratkan pertanian
F5 penciptaan cangkul
F6 penciptaan sabit
F7 penggunaan batas untuk tujuan tanaman
F8 perubahan secara evolusi penggunaan alat pertanian daripada kayu kepada besi

Rabu, 14 September 2011

Memartabatkan Bahasa Melayu

Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nyatakan langkah-langkah yang telah dilaksanakan bagi memartabatkan Bahasa Melayu.
F1 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
F2 termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
F3 Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan
F4 pelancaran "Minggu Bahasa" bagi menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu
F5 pelancaran "Bulan Bahasa" bagi menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu
F6 pelancaran slogan "Bahasa Jiwa Bangsa"
F7 penubuhan sekolah menenagh yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
F8 Sekolah Alam Shah/Sekolah Sri Putri/Sekolah Sultan Abdul Halim
F9 meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan
F10 bahasa pengantar di sekolah rendah iaitu Bahasa Inggeris ditukar kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat
F11 penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia
F12 Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
F13 membuktikan Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu
F14 tahun 1982, Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan Bahasa Inggeris
F15 penggunaan Bahasa Melayu di mahkamah pada tahun 1990

Pendidikan Tidak Formal Dalam Masyarakat Tradisional

Cerita "Anjing Dengan Bayang-Bayang" antara cerita bintang yang lazim digunakan untuk mendidik anak-anak supaya tidak bersikap tamak.

Jelaskan ciri-ciri pendidikan tidak formal dalam masyarakat Melayu Tradisional.
F1 pendidikan awal/asuhan yang berlaku dalam institusi keluarga
F2 penekanan terhadap pengajaran nilai-nilai murni
F3 pembelajaran melalui pendenagarn/penglihatan/pemerhatian
F4 kakak-kanak memperoleh kemahiran daripada ibu bapa menerusi pemerhatian/latihan
F5 dalam bidang pertanian/perikanan/kraf tangan/pertukangan
F6 ibu bapa mengajar mengenai agama/kelakuan/adat resam/sikap bersopan-santun/cara berkawan/menjaga maruah
F7 nilai murni diserapkan melalui cerita lisan
F8 kaedah bercerita paling berkesan/digemari kanak-kanak
F9 cerita berbentuk teladan/pengajaran selalunya diberi penekanan
F10 melalui cerita binatang/cerita jenaka
F11 "Cerita Anjing Dengan Bayang-Bayang" memberi pengajaran supaya jangan tamak
F12 "Cerita-Cerita Sang Kancil" menekankan kebijaksanaan dapat menyelesaikan masalah
F13 kanak-kanak mempelajari pantang-larang/adat istiadat melalui pergaulan sosial
F14 kanak-kanak dinasihatkan tunduk/menghulurkan tangan apabila lalu di hadapan orang
F15 pendidikan melalui peribahasa
F16 pepatah "siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri"
F17 mengajar anak-anak berkelakuan baik/jangan berbohong
F18 pendidikan melalui teka-teki
F19 pendidikan melalui pantun

Cadangan-Cadangan Ke Arah Pembentukan Malaysia

David Marshall (lelaki British dengan batang paip) dan Tunku Abdul Rahman (bersongkok).

Jelaskan cadangan-cadangan ke arah pembentukan Malaysia.
F1 Lord Brassey/Pengarah Syarikat Borneo Utara
F2 mencadangkan Sabah, Sarawak, Negeri-Negeri Melayu dan Neger-Negeri Selat digabungkan
F3 Sir Malcolm MacDonald/Gabenor Jeneral Asia Tenggara
F4 mencadangkan Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan
F5 Dato' Onn (1956)
F6 mencadangkan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamakan Malaysia
F7 mencadangkan Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan
F8 cadangan daripada pemimpin-pemimpin Singapura seperti Lim Kuan Yew, David Marshall dan Lim Yew Hock
F9 mendesak British berunding dengan Tunku Abdul Rahman
F10 menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja
F11 tidak dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman
F12 bimbang berlaku ketidakseimbangan penduduk
F13 akhirnya, Tunku Abdul Rahman bersetuju dengan gagasan Malaysia
F14 mengumumkan cadangan gagasan Malaysia di Singapura/Hotel Adelphi
F15 menjamin kedudukan politik yang lebih kukuh

Undang-Undang Tanah Semasa Pentadbiran British

Antara bangunan pentadbiran yang digunakan oleh British di Selangor.

Jelaskan undang-undang tanah yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu.
F1 mempunyai rekod bertulis/bukti pemilikan terhadapnya
F2 untuk menjamin/mengesahkan pemilikan tanah
F3 memudahkan urusan pentadbiran
F4 urusan cukai/pajakan/sewa beli/penjualan/pembelian/cagaran
F5 memperkenalkan undang-undang tanah mengikut sistem Barat
F6 memudahkan kerja pentadbiran tanah/pembangunan ekonomi
F7 Peraturan Tanah Perak 1879/Kanun Tanah Selangor 1891/Peraturan Tanah Sungai Ujong 1887
F8 membahagikan tanah mengikut kegunaan/nilai komersial
F9 tanah ladang
F10 tanah peribumi
F11 tanah perlombongan
F12 kadar cukai bergantung kepada jenis tanah yang dimiliki/diusahakan
F13 individu/syarikat yang berminat untuk mengusahakan sesuatu kawasan mestilah membuat permohonan di Pejabat Tanah
F14 kebenaran daripada Pejabat Tanah diperlukan untuk mengutip sumber hutan
F15 seperti nipah/damar/rotan
F16 Residen negeri berkuasa menentukan jumlah kawasan konsesi tanah untuk diberikan kepada pemodal
F17 memperkenalkan Akta Tanah Simpanan Melayu
F18 diluluskan oleh Majlis Persekutuan
F19 untuk menjamin kelangsungan masa depan ekonomi/sosial/politik orang Melayu
F20 bertujuan mengelakkan tanah milik Melayu berpindah kepada orang asing
F21 Residen berkuasa mengisytiharkan tanah milik orang Melayu sebagai Tanah Simpanan Melayu
F22 menyelamatkan tanah tersebut daripada dijual/dipajak gadai/ditukar milik kepada orang bukan Melayu
F23 Tanah Simpanan Melayu sebenarnya melindungi kepentingan ekonomi pihak British
F24 orang Melayu tidak dibenarkan menanam tanaman komersial di kawasan Tanah Simpanan Melayu
F25 kebanyakan Tanah Simpanan Melayu tidak subur
F26 tidak sesuai digunakan untuk kegiatan ekonomi perladangan
F27 kawasan yang subur keluasannya terlalu kecil

Selasa, 13 September 2011

Sukan Untuk Perpaduan

Di Malaysia, sukan yang pelbagai disertai oleh kaum yang berlainan.

Jelaskan tentang sukan untuk perpaduan.
F1 berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi
F2 menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat
F3 penyertaan aktiviti sukan tidak terhad kepada kaum tertentu
F4 membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat
F5 di peringkat, sukan adalah aktiviti kokurikulum
F6 penubuhan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia/MSSM
F7 MSSM ditubuhkan di peringkat daerah/negeri/kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan
F8 mengadakan temasyan Sukan Malaysia/SUKMA setiap dua tahun sekali pada peringkat awal
F9 kemudian, SUKMA mula diadakan setiap tahun
F10 SUKMA jelas memainkan peranan mengeratkan perpaduan antara kaum
F11 juga hubungan antara negeri
F12 aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain/penonton/penggiat sukan

Saidina Ali bin Abu Talib

Karya novel Islam berkaitan tokoh Saidina Ali bin Abu Talib.

Nyatakan latar belakang Saidina Ali bin Abu Talib.
F1 keturunan Bani Hasyim
F2 sepupu Nabi Muhammad s.a.w.
F3 memeluk Islam ketika berusia 10 tahun/kanak-kanak
F4 berani
F6 bersifat kepahlawanan
F7 berwatak tegas
F8 berpengetahuan luas dalam perundangan Islam
F9 mempunyai kepakaran dalam selok belok hukum
F10 cintakan kedamaian/keharmonian

Nyatakan bukti Khalifah Ali bin Abu Talib sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan dan kehormanian negara.
F1 sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan negara
F2 berusaha mengekalkan keharmonian negara
F3 sanggup menghentikan Perang Siffin walaupun hampir mencapai kemenangan
F4 sanggup berunding dengan pihak lawan yang ingin berdamai
F5 tidak mengabaikan pertahanan negara
F6 membina markas tentera di Parsi
F7 membina markas tentera di sempadan Syria
F8 meneruskan kutipan jizyah

Isnin, 12 September 2011

Batu Bersurat

Contoh batu bersurat.

Nyatakan maklumat pada batu bersurat yang terdapat di tapak-tapak sejarah awal di Asia Tenggara.
F1 maklumat tentang agama
F2 maklumat pemerintahan
F3 arahan/pemberitahuan/titah perintah raja
F4 undang-undang
F5 amaran raja kepada rakyat dan pembesar agar tidak menderhaka
F6 menjelaskan tentang keturuanan raja

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Islam sebahagian unsur di dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Jelaskan tentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
F1 lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan
F2 dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
F3 digubal untuk menjadi panduan dalam membentuk/mengekalkan identiti negara Malaysia
F4 bertujuan memperkukuhkan perpaduan melalui kebudayaan
F5 memupuk/memelihara keperibadian kebangsaan
F6 memperkaya/meningkatkan kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan dan kerohanian
F7 seimbang dengan pembangunan sosioekonomi
F8 terdapat tiga prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan
F9 kebudayaan rakyat asal/rantau Melayu sebagai tunjang
F10 unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
F11 Islam sebagai unsur yang terpenting

Khalifah Uthman bin Affan

Peta Cyprus.

Nyatakan sifat keperibadian yang dimiliki oleh Khalifah Uthman bin Affan.
F1 hartawan yang dermawan
F2 bersifat lemah lembut
F3 bertolak ansur
F4 mempunyai sikap simpati yang tinggi terhadap golongan yang memerlukannya

Senaraikan sumbangan Khalifah Uthman bin Affan kepada kemajuan kerajaan Islam.
F1 meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan/Samarkand/Cyprus/Tripoli
F2 mengukuhkan pertahanan
F3 membina angkatan tentera laut pertama dalam sejarah Khulafa al-Rasyidin
F4 agama Islam tersebar luas
F5 menyelaraskan bacaan al-Quran/Mushaf Uthmani
F6 membina jalan raya
F7 membina jambatan
F8 membina rumah rehat bagi kemudahan pengembara
F9 berusaha meningkatkan ekonomi
F10 mengukuhkan peranan baitulmal
F11 menggunakan sumber baitulmal untuk membiayai pembangunan negara
F12 memperkuatkan tentera laut Islam
F13 membeli peralatan senjata/kapal
F14 jizyah yang dikenakan kepada penduduk bukan Islam dikekalkan

Ahad, 11 September 2011

Reaksi Sabah dan Sarawak Terhadap Pembentukan Malaysia

Pembentukan Malaysia melibatkan Sabah dan Sarawak.

Jelaskan reaksi Sabah dan Sarawak terhadap pembentukan Malaysia.
F1 reaksi awal menolak
F2 ingin kekal di bawah British
F3 parti SUPP bimbang Sabah dan Sarawak dikuasai oleh Persekutuan Tanah Melayu
F4 parti UNKO bimbang penguasaan orang Melayu
F5 parti BARJASA mahukan merdeka dahulu
F6 akhirnya, semua parti bersetuju kecuali parti SUPP

Reaksi Singapura Terhadap Pembentukan Malaysia

Lee Kuan Yew sewaktu muda beliau.

Jelaskan reaksi Singapura terhadap pembentukan Malaysia.
F1 parti PAP dan Lee Kuan Yew menyokong
F2 bimbang pengaruh parti Barisan Sosialis
F3 Barisan Sosialis menentang
F4 menganggap penjajahan baru
F5 menuntut pandangan rakyat
F6 referendum diadakan
F7 rakyat Singapura setuju menyertai Malaysia

Perang Dunia Pertama

Kereta kebal yang digunakan semasa Perang Dunia Pertama.

Nyatakan sebab-sebab berlaku Perang Dunia Pertama.
F1 nasionalisme yang kuat di Eropah
F2 persaingan meluaskan tanah jajahan
F3 persaingan meluaskan pengaruh
F4 persaingan dalam ekonomi
F5 mendapatkan bahan mentah
F6 mencari kawasan pasaran baru
F7 pembentukan sistem pakatan di Eropah

Jelaskan kesan-kesan Perang Dunia Pertama.
F1 Perjanjian Versailies ditandatangani
F2 peta Eropah berubah
F3 Liga Bangsa terbentuk
F4 inflasi berlaku
F5 masalah pengganguran
F6 hutang perang yang tinggi
F7 pemerintahan beraja ditamatkan

Pendidikan di Athens, Sparta dan Rom

Antara matlamat pendidikan di Sparta ialah melahirkan tentera yang terlatih.

Nyatakan tujuan pendidikan di Athens.
F1 mementingkan pendidikan mental
F2 mementingkan pendidikan rihani dan jasmani
F3 melahirkan golongan sejarawan dan ahli falsafah

Nyatakan tujuan pendidikan di Sparta.
F1 mementingkan latihan fizikal
F2 mementingkan kemahiran guna senjata
F3 melahirkan tentera yang gagah
F4 melahirkan warganegara yang setia

Apakah tujuan pendidikan di Rom ?
F1 menekankan ilmu yang pratikal
F2 semangat setia kepada Rom
F3 melahirkan jurutera
F4 melahirkan ahli falfasah dan sejarawan

Sabtu, 10 September 2011

Dasar Luar Malaysia

Dasar luar Malaysia tidak menerima fahaman komunisme.

Nyatakan faktor-faktor penggubalan dasar luar Malaysia.
F1 faktor sejarah
H1a Melaka pernah berdagang dengan China
H2a mengamalkan dasar pro-Barat dan anti komunis

F2 faktor ekonomi
H2a mengamalkan pasaran bebas

F3 faktor politik
H3a mengamalkan prinsip demokrasi berparlimen
H3b Malaysia berpegang kepada prinsip keamanan sejagat

Nasionalisme di Tanah Melayu

Kemaraan tentera Jepun menggunakan basikal.

Senaraikan faktor-faktor pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu.
F1 pengenalan sistem politik barat
F2 dasar pentadbiran British
F3 pendudukan Jepun yang kejam
F4 Gerakan Reformasi Islam, Mesir
F5 Gerakan Pan-Islamisme sedunia
F6 kesedaran politik di Asia Tenggara seperti di Indonesia
F7 penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM)
F8 perkembangan sistem pendidikan
F9 kemunculan mesin cetak

Pendidikan Zaman Vedik

Naskah yang menggunakan tulisan Sanskrit.

Nyatakan ciri-ciri pendidikan Zaman Vedik di India.
F1 didominasikan oleh kaum lelaki
F2 mementingkan keagamaan
F3 pembelajaran kitab veda
F4 kaedah penghafalan kitab
F5 diajar dalam bahasa Sanskrit
F6 karya saintifik dan falsafah dipelajari

Apakah tujuan pendidikan di India ?
F1 dapat menambah ilmu
F2 dapat mengatasi buta huruf
F3 dapat jawatan dalam perkhidmatan
F4 dapat menerap nilai-nilai murni
F5 dapat menghadapi hari selepas mati

Jumaat, 9 September 2011

Sistem Pentadbiran Tanah Sebelum Kedatangan British

Pembesar Melayu berhak ke atas pentadbiran tanah sebelum kedatangan pihak British.

Bagaimanakah sistem pentadbiran tanah sebelum kedatangan British di Tanah Melayu ?
F1 pemilikan/penggunaan tanah tidak menjadi persoalan utama
F2 wujud kawasan tanah yang luas
F3 kepadatan penduduk yang rendah
F4 segala urusan tanah seperti cukai/aktiviti eknomi yang diusahakan di atas tanah berkenaan mesti mendapat kebenaran para pembesar Melayu terlebih dahulu
F5 golongan yang mahu mengusahakan tanah juga perlu meminta kebenaran para pembesar Melayu
F6 tanah merupakan sumber ekonomi/tunggak kuasa politik/mencerminkan kedudukan sosial pembesar Melayu
F7 menurut undang-undang adat, sesebuah kawasan tanah akan menjadi milik seseorang yang meneroka/mengerjakan tanah tersebut
F8 tanah tersebut boleh diwarisi oleh generasi yang terkemudian
F9 sistem pemilikan tanah tidak memiliki rekod/catatan sempurna untuk dijadikan bukti pemilikan terhadapnya

Sistem Feudalisme

Raja Melayu dan pengikut-pengikutnya.

Nyatakan persamaan antara sistem feudalisme di Eropah dengan masyarakat Melayu tradisional ?
F1 wujudnya golongan pemerintah (raja/pembesar) dan golongan yang diperintah (rakyat/hamba)
F2 golongan raja adalah penaung utama negara
F3 golongan raja memiliki tanah secara mutlak
F4 raja memiliki pembesar-pembesar
F5 golongan pembesar dinaungi oleh pihak istana
F6 golongan pembesar memberi khidmat kepada pihak raja
F7 golongan rakyat akan memberi khidmat kepada golongan tuan tanah
F8 tuan tanah terdiri daripada golongan pembesar/golongan raja
F9 golongan tuan tanah /raja akan memberi perlindungan kepada rakyat
F10 rakyat perlu membayar cukai kepada raja sebagai sumber pendapatan

Khamis, 8 September 2011

Zaman Gelap

Gambaran kemiskinan dalam era Zaman Gelap.

Berikan ciri Zaman Gelap di Eropah.
F1 kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan
F2 perdagangan tidak berkembang
F3 kegiatan ekonomi terhad
F4 golongan petani bergantung kepada golongan tuan tanah/baron
F5 golongan gereja merupakan golongan yang sangat berpengaruh
F6 keadaan politik tidak stabil
F7 tiada kerajaan pusat yang berkesan

Zaman Gelap

Pihak gereja juga menyumbang kepada era Zaman Gelap.

Apakah maksud Zaman Gelap ?
F1 merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan di Eropah
F2 wujud selepas keruntuhan empayar Rom Barat
F3 kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan perbandaran
F4 tiada pentadbiran pusat yang berkesan
F5 kehidupan masyarakat dikongkong oleh gereja
F6 masyarakat tidak menghargai ilmu pengetahuan

Pembentukan Malaysia 1963

Tunku Abdul Rahman ketika berucap buat kali pertama tentang idea gagasan Persekutuan Malaysia pada 27 Mei 1961 di dalam majlis makan tengah hari bersama Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel Adelphi, Singapura.

Terangkan faktor ekonomi dan sosial ke arah pembentukan pembentukan Malaysia 1963.
Faktor ekonomi
F1 mewujudkan pasaran yang luas
F2 menggalakkan pelaburan
F3 menggalakkan perkembangan industri pertanian
F4 mewujudkan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi
F5 memanfaatkan keistimewaan sumber yang ada di negeri-negeri
F6 Tanah Melayu kaya dengan bijih timah/getah
F7 Sabah dan Sarawak mempunyai sumber balak
F8 Brunei kaya dengan sumber minyak

Faktor sosial
F1 mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum
F2 kesepakatan dan semangat setiakawan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah, Sarawak dan Singapura

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

Raja-Raja Melayu yang terlibat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Jelaskan isi-isi penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 .
F1 pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan

F2 pemisahan kuasa persekutuan dan negeri
H2a diwujudkan Senarai Persekutuan
H2b diwujudkan Senarai Negeri
H2c pada peringkat negeri dan negara

F3 institusi raja dijadikan Raja Berperlembagaan
H3a pada peringkat negeri dan negara

F4 tiga jenis kerakyatan diwujudkan
H4a secara kuat kuasa undang-undang
H4b secara permohonan
H4c secara naturalisasi
H4d penerimaan prinsip Jus Soli

F5 kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
F6 agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
F7 tanah simpanan Melayu dikekalkan
F8 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
F9 Yang di-Pertuan Agong menjadi Ketua Negara

F10 pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen
H10a Dewan Negara
H10b Dewan Rakyat
H10c terletak di bawah kuasa Parlimen

F11 pada peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran
H11a dibantu oleh Dewan Undangan Negeri
H11b dibantu oleh EXCO

Rabu, 7 September 2011

Suruhanjaya Reid

Sebuah buku yang membincangkan tentang Perlembagaan Malaysia.

Nyatakan isu penting yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid dalam membentuk perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
F1 pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat
F2 pemberian kuasa autonomi kepada negeri
F3 isu kedudukan Raja-Raja Melayu
F4 hak istimewa orang Melayu
F5 pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu
F6 kerakyatan Jus Soli
F7 agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu
F8 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

Nasionalisme di Thailand

Jata negara Thailand.

Jelaskan faktor yang telah mencetuskan gerakan nasionalisme tahap kedua di Thailand.
F1 pada tahap kedua, gerakan nasionalisme disebabkan oleh rasa tidak puas hati rakyat terhadap penguasaan ekonomi oleh kapitalis barat
F2 penentangan juga terhadap penguasaan ekonomi oleh orang Cina
F3 semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-undang bagi menyekat kebebasan/penguasaan ekonomi oleh orang Cina
F4 sekolah Cina/akhbar Cina dibubarkan
F5 penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi
F6 jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha
F7 nama Siam ditukar kepada nama Thailand yang bermaksud Tanah Bebas
F8 hasil dengan kerjasama Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di Indo-China dan Tanah Melayu

Selasa, 6 September 2011

Nasionalisme di Thailand

Nai Pridi Panomyong.

Jelaskan faktor yang telah mencetuskan gerakan nasionalisme tahap pertama di Thailand.
F1 pada tahap pertama berlaku kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja
F2 penentangan terhadap raja yang berkuasa mutlak
F3 perkembangan sistem pendidikan Barat
F4 pendedahan terhadap fahaman liberal/sistem demokrasi/sistem raja berperlembagaan kepada golongan intelek
F5 kelemahan sistem pentadbiran
F6 sikap Raja Vajiravudh yang boros
F7 penubuhan Parti Rakyat oleh Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram
F8 Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thai pada tahun 1932 bagi menamatkan sistem raja berkuasa mutlak

Ahad, 4 September 2011

Pengaruh Hindu dan Buddha di Asia Tenggara

Sebuah karya yang membincangkan tentang agama Hindu.

Sebutkan cara pengaruh Hindu dan Buddha sampai ke Asia Tenggara ?
F1 melalui golongan Vaisya/pedagang/kegiatan perdagangan
F2 melalui golongan Ksyatria/tentera/penalukan/penjajahan/penjajah
F3 melalui golongan Brahmin/golongan agama/pendeta
F4 melalui pengambilan unsur kebudayaan India/cara hidup/gaya hidup

Sabtu, 27 Ogos 2011

Undang-Undang Laut Melaka

Sebuah buku yang membincangkan tentang Kesultanan Melayu Melaka

Senaraikan isi kandungan Undang-Undang Laut Melaka.
F1 berkaitan dengan tatatcara pelayaran di laut
F2 seperti tanggungjawab pengawal kapal
F3 aturcara pelayaran
F4 bidang perniagaan
F5 bidang kuasa nahkoda kapal
F6 hukuman bagi kesalahan jenayah

Jumaat, 26 Ogos 2011

Hukum Kanun Melaka

Naskah Hukum Kanun Melaka

Senaraikan isi kandungan Hukum Kanun Melaka.
F1 mengandungi 44 fasal
F2 menyentuh bidang kuasa raja
F3 menyentuh bidang kuasa pembesar
F4 pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat
F5 hukuman terhadap kesalahan jenayah awam
F6 undang-undang keluarga

Selasa, 23 Ogos 2011

Politik di Eropah Pada Zaman Gelap

[feudal-system.gif]
Gambaran asas dan susun lapis masyarakat Eropah.

Nyatakan keadaan politik di Eropah pada Zaman Gelap ?
F1 keadaan politik tidak stabil
F2 tiada pentadbiran pusat yang berkesan
F3 berlakunya huru-hara
F4 wujudnya sistem feudal
F5 adanya golongan baron/tuan tanah yang sangat berkuasa
F6 keadaan hidup yang tidak selamat
F7 menyebabkan petani terpaksa mencari perlindungan dari tuan tanah
F8 petani terpaksa membayar cukai kepada tuan tanah
F9 ada petani yang tidak mampu akan menyerahkan tanah kepada tuan tanah
F10 ada petani yang menjadi hamba kepada tuan tanah
F11 tuan tanah pula mendapat perlindungan daripada raja
F12 sebagai balasannya tuan tanah hendaklah memberi khidmat kepada raja/membayar cukai kepada raja

Ahad, 21 Ogos 2011

Thailand Mengekalkan Kemerdekaan

Raja Mongkut.

Bagaimanakah Thailand dapat mengekalkan kemerdekaan ?
F1 pembaharuan oleh Raja Mongkut
F2 baginda melantik 80 penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan
F3 penasihat Barat membantu melatih pegawai-pegawai tempatan
F4 mewujudkan penasihat kewangan/pelabuhan/polis dibawa dari Britain
F5 melantik penasihat kastam dan ketenteraan dari Amerika Syarikat dan Perancis
F6 pembaharuan oleh Raja Chulalongkorn
F7 baginda memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah
F8 juga memperkenalkan Majlis Tertinggi
F9 memperkenalkan Kabinet Menteri
F10 melantik juruaudit dari Britain dalam perbendaharaan negara

Pentadbiran British di Tanah Melayu

Mata wang Negeri-Negeri Selat.

Nyatakan perubahan yang dilakukan oleh British di Tanah Melayu.
F1 Melaka, Singapura, Pulau Pinang digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat/NNS
F2 Gabenor meruapakn pemerintah tertinggi NNS
F3 Residen Kaunselor membantu Ganbenor
F4 pentadbiran di kampung, penghulu dikekalkan
F5 Sistem Residen diperkenalkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu/NNMB iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan
F6 Sistem Penasihat British diperkenalkan di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu/NNMTB iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor
F7 Residen/Penasihat British diletakkan di bawah Gabenor NNS
F8 tugas Residen/Penasihat British ialah menasihati sultan dalam semua perkara
F9 kecuali hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu
F10 memperkenalkan sistem kehakiman Barat
F11 pelaksanaan sistem pengutipan cukai
F12 pembahagian negeri kepada beberapa daerah
F13 penubuhan balai polis

Pentadbiran Perancis di Indochina

Peta Indochina.

Sebutkan ciri-ciri sistem pemerintahan di Indochina sebelum dikuasai oleh Perancis.
F1 ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat berkuasa mutlak
F2 setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin
F3 golongan Mandarin dipengaruhi oleh sitem pentadbiran di China
F4 golongan ini dipilih melalui peperiksaan bidang bahasa dan kesuasteraan China

Sebutkan ciri-ciri sistem pemerintahan di Indochina semasa dikuasai oleh Perancis.
F1 diketuai oleh Gabenor Jeneral
F2 Leftenan Ganbenor bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris
F3 terdapat jawatan Residen Jeneral dan Residen Wilayah
F4 Perancis membentuk sebuah kerajaan pusat
F5 dengan menubuhkan Union Indochinoise
F6 semua rang undang-undang diluluskan oleh Parlimen Perancis
F7 pentadbiran kerajaan tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan Pusat
F8 mereka perlu membayar cukai/menyediakan kerahan tenaga

Selasa, 16 Ogos 2011

Zaman Gelap

Imej seorang baron pada zaman kemunduran di Eropah.

Mengapakah zaman kemunduran dikenali sebagai Zaman Gelap ?
F1 kemerosotan dalam ilmu pengetahuan
F2 kemerosotan dalam perdagangan
F3 merosot dalam kehidupan pembandaran
F4 tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan
F5 muncul golongan baron/tuan tanah
F6 tuan tanah memberi perlindungan kepada petani
F7 petani memberi khidmat kepada tuan tanah
F8 petani terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah
F9 petani yang tidak mampu terpaksa menyerahkan tanah mereka kepada tuan tanah
F10 petani terpaksa menjadi hamba
F11 raja memberi perlindungan kepada tuan tanah
F12 tuan tanah memberi khidmat kepada raja
F13 kegiatan perdagangan tidak meluas
F14 keadaan politik tidak stabil/wujud sistem feudal
F15 kemerosotan dalam bidang ekonomi
F16 perdagangan diganggu oleh orang gasar seperti Viking dan Magyar
F17 tumpuan dalam pertanian
F18 perniagaan hasil barang secara tukar barang
F19 gereja paling berkuasa
F20 gereja mengongkong kehidupan masyarakat
F21 gereja menekankan kepada kegiatan amalan agama dan pembekajaran ilmu akhirat sahaja
F22 gereja memiliki tanah yang banyak

Adat Perpatih

Istana Pagar Ruyung di Padang, Indonesia.

Sebutkan ciri-ciri undang-undang Adat Perpatih yang diamalkan dalam masyarakat Melayu.
F1 diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Pagar Ruyung
F2 diamalkan di Negeri Sembilan dan daerah Naning
F3 mementingkan musyawarah dalam pentadbiran
F4 pemilihan ketua dalam Adat Perpatih dilantik dari peringkat bawah
F5 tidak dibenarkan berkahwin dalam suku yang sama
F6 mengutamakan jurai keturunan sebelah ibu
F7 anak perempuan diutamakan mewarisi harta pusaka
F8 hukuman bersifat pemulihan
F9 perempuan bekahwin menetap di rumah keluarga perempuan

Gerakan Islah

Akhbar Pengasuh.

Apakah maksud Gerakan Islah ?
F1 gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu
F2 membetulkan pandangan mereka terhadap Islam
F3 dikenali sebagai Kaum Muda

Berikan dua akhbar dan majalah yang menjadi saluran Gerakan Islah.
F1 al-Imam
F2 Neracha
F3 Idaran Zaman
F4 Pengasuh

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

Lambang OIC.

Nyatakan matlamat Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
F1 mengeratkan hubungan sesama negara Islam
F2 bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam
F3 mengekal perdamaian antara negara Islam
F4 mengelakkan persengketaan antara Islam
F5 memastikan tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari

Isnin, 15 Ogos 2011

Kerajaan Angkor

Tasik Tonle Sap.

Huraikan faktor-faktor yang menyumbang kemajuan pertanian kerajaan Angkor ?
F1 pembinaan sistem pengairan yang baik
F2 raja terlibat membina sistem pengairan
F3 kerajaan bertanggungjawab menguruskan sistem pengairan
F4 kedudukan berhampiran tasik Tonle Sap
F5 iklim yang sesuai, panas dan lembab
F6 tanah yang subur, di sekitar Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap
F7 mendapat sumber ikan air tawar dari Tasik Tonle Sap

Jelaskan kepentingan Tasik Tonle Sap kepada kerajaan Angkor.
F1 membekalkan sumber air minuman
F2 membekalkan sumber protein seperti ikan
F3 air dialirkan ke sawah melalui sistem pengairan
F4 tanah subur hasil mendapan lumpur
F5 membentuk kawasan pertanian yang luas
F6 sumber air dapat menampung keperluan penanaman padi

Ghazi dan Janissari

Lakaran tentang tentera elit Janissari.

Apakah yang anda faham dengan semangat Ghazi ?
F1 semangat menjadi pahlawan yang sanggup berkorban untuk menyebarkan agama Islam

Apakah yang anda faham dengan Janissari ?
F1 kumpulan tentera infantri elit yang terlatih dalam ketenteraan
F2 diberi latihan ketenteraan sejak zaman kanak-kanak
F3 diajar selok-belok, taktik dan teknik peperangan

Khulafa al-Rasyidin

Sebuah buku berkaitan Khalid al-Walid, panglima perang zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.

Cara Saidina Abu Bakar al=Siddiq dilantik menjadi khalifah :
  • dilantik hasil cadangan Saidina Umar al-Khattab dalam pertemuan antara golongan Ansar dan Muhajirin
  • sebelum itu, tidak dipersetujui oleh golongan Ansar kerana mereka bercadang melantik Saad bin Ubadah
  • dalam pertemuan tersebut kedua-dua belah pihak bersetuju memilih dan melantik Saidina Abu Bakar menjadi khalifah kerajaan Islam Madinah
Sumbangan Saidina Abu Bakar al-Siddiq :
  • menyatupadukan umat Islam yang berpecah belah selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. dan membentuk masyarakat Islam yang kuat
  • mengatasi masalah orang Islam yang murtad dengan mengembalikan mereka kepada Islam dan menghukum mereka yang ingkar
  • menangani masalah penyelewengan dan penyalahtafsiran al-Quran
  • mempertahankan Madinah daripada ancaman luar iaitu Parsi di sebelah Timur dan Rom Timur/Byzantine di sebelah Barat
  • menghantar panglima perang Khalid al-Walid menentang tentera Parsi di Iraq dan Usamah bin Zaid ke Ghassan, mereka berjaya mengalahkan musuh Islam
  • berusaha melicinkan pentadbiran dengan membahagikan Semenanjung Tanah Arab kepada 10 wilayah iaitu Makkah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadramaut dan Nijran dengan melantik seorang ketua/amir untuk mentadbir wilayah tersebut
  • memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui hasil rampasan perang
  • memperkenalkan undang-undang tanah
  • mengumpulkan tulisan al-Quran dengan menyalin semula tulisan-tulisan tersebut daripada tulisan pada batu, kulit binatang dan kulit kayu

Jumaat, 12 Ogos 2011

Khulafa al-Rasyidin

Sebuah novel Islam yang memaparkan kisah Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.

Tugas-tugas khalifah :
  • sebagai ketua negara
  • mentadbir negara Islam mengikut hukum syariah yang berpandukan al-Quran dan sunnah
  • menitikberatkan sistem politik, sosial dan ekonomi untuk keseimbangan rohani dan jasmani
  • bertanggungjawab memastikan kelicinan pentadbiran negara
  • mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
  • bertanggungjawab melantik pegawai kerajaan
  • bertanggungjawab melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara jika perlu
  • beratnggungjawab menjaga kebajikan rakyat untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat
  • beratnggungjawab menjaga dan meneruskan ajaran Islam
  • mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyawarah/syura
  • memantapkan sistem perundangan Islam
  • menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara
  • mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat

Khulafa al-Rasyidin

Juga sebuah buku yang membincangkan era Khulafa al-Rasyidin.

Cara Pelantikan Khalifah :
  • musyawarah/syura - Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
  • cadangan satu nama oleh khalifah terdahulu - Khalifah Umar al-Khattab
  • pemilihan daripada beberapa calon - Khalifah Uthman bin Affan
  • percalonan oleh sekelompok masyarakat - Khalifah Ali bin Abu Talib

Khulafa al-Rasyidin

Sebuah buku yang membincangkan tentang zaman Khulafa al-Rasyidin.

Konsep Khalifah :
  • dalam bahasa Arab khalifah bermaksud pengganti
  • pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran yang telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
  • khalifah dari sudut agama bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
  • juga tanggungjawab mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam
Syarat Untuk Menjadi Khalifah :
  • lelaki merdeka
  • beragama Islam
  • mempunyai pengetahuan tentang Islam
  • mematuhi perintah Allah
  • bersifat adil
  • akhlak yang bail
  • tubuh sihat dan sempurna
  • berfikiran cerdas
  • warak
  • pandai mentadbir kerajaan

Kerajaan Bani Umaiyah

Peta kedudukan Cordova.

Pembentukan kerajaan Bani Umaiyah :
  • diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan
  • bermula pada tahun 661 Masihi hingga 750 Masihi
  • terbentuk selepas Hassan bin Ali menyerahkan kuasa pemerintahan
  • pemerintahan kerajaan tahap pertama berpusat di Damsyik
  • para pemimpin kerajaan tahap pertama menggunakan gelaran Khalifah
  • pemerintahan kerajaan tahap kedua diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil (Abdul Rahman I) di Sepanyol
  • pemerintahan tahap kedua berlangsung antara 756 Masihi hingga 1031 Masihi
  • pusat pemerintahannya terletak di Cordova dan Andalusia sebagai ibu kota
  • pemerintah tahap kedua menggunakan gelaran Amir

Kerajaan Bani Umaiyah

Sebahagian bandar Toledo.

Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah pada tahap kedua.

Bidang Ilmu Pengetahuan :
  • Abdul Rahman II mengasaskan pusat pengajian di Cardova
  • al-Hakam II membina perpustakaan, terdapat 17 buah pusat pengajian, 70 buah perpustakaan di Andalusia
  • pembinaan pusat penterjemahan untuk menterjemahkan karya tokoh Yunani ke dalam bahasa Arab di Toledo
  • Cordova menjadi jambatan perkembangan ilmu pengetahuan antara dunia Islam dengan Eropah
Bidang Kesenian/Seni Bina :
  • pembinaan Masjid di Cardova
  • masjid ini mempunyai menara setinggi 36 meter
  • kubahnya beralaskan kayu berukir
  • mempunyai 1293 tiang marmar
  • pada waktu malam menggunakan 4700 buah lampu

Kerajaan Bani Umaiyah

Kajian yang dipelopori oleh Ibn al-Nafis (pakar bedah di Damsyik).

Sumbangan di bawah adalah meliputi kerajaan Bani Umaiyah pada tahap pertama.

Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang ekonomi :
  • penubuhan baitulmal bagi mewujudkan sistem kewangan dan mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan negara
  • pendapatan kerajaan ialah kharaj, jizyah, zakat, usyur dan ghanimah
Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang ilmu pengetahuan :
  • kota Basrah sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu pengetahuan
  • lahirnya ilmuwan seperti Khalil ibn Ahmad (pakar dalam bahasa dan filologi Arab)
  • Sibawayhi (ahli nahu Arab)
  • al-Farazdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabia'h dan Jamil al-Uzri (sasterawan)
  • bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi negara
  • tanda bunyi dan baris diperkenalkan pada tulisan al-Quran
Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang agama:
  • lahir tokoh dalam bidang berbeza seperti Urwah bin al-Zubayr dan Ibn Zihat al-Zuhri (hadis)
  • Ibn Jarih (tafsir al-Quran)
  • Hasan al-Basri dan Wasil ibn Ata (usuluddin)
Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang sains dan perubatan :
  • pembinaan hospital di Damsyik oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik
  • pembinaan hospital penyakit kusta oleh Khalifah Umar ibn Abdul Aziz
  • penterjemahan pelbagai buku rujukan dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan
  • Ibn al-Nafis pakar bedah Damsyik menghasilkan buku al-Shamil fis Sina'ah al-Tabibiyah (Kajian Umum Profesion Kedoktoran)
  • perkembangan dalam bidang kimia dan astronomi
Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang perundangan :
  • hakim menjatuhkan hukuman berdasarkan ijtihad dengan berpandukan al-Quran, sunnah dan ijmak