SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Selasa, 3 April 2012

Sistem Perundangan Zaman Dinasti Chin dan Dinasti Han

Han Fei Tzu.

Nyatakan ciri-ciri sistem perundangan yang diamalkan pada zaman Dinasti Chin dan Dinasti Han.
F1 sistem perundangan berteraskan dua prinsip utama
F2 hukuman berat
F3 bercorak kolektif
F4 teras undang-undang ini adalah daripada Falsafah Legalisme
F5 undang-undang ini diperkenalkan oleh ahli falsafah bernama Han Fei Tzu
F6 menurut falsafah ini, undang-undang tegas dapat mengawal tingkah laku manusia
F7 dalam melaksanakan undang-undang, belas kasihan tidak harus wujud
F8 penguatkuasaan undang-undang harus dipelihara dalam apa jua keadaan
F9 perlu untuk membendung tindakan manusia
F10 raja mesti memiliki kuasa yang utuh
F11 bertentangan dengan undang-undang berteraskan ajaran Confucius
F12 ajaran Confucius menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik
F13 raja menjaga keharmonian masyarakat

Suruhanjaya Reid

Sir Ivor Jennings.

Senaraikan tokoh yang menggangotai Suruhanjaya Reid.
F1 Lord Reid
F2 Sir Ivor Jennings
F3 Sir William McKell
F4 Tuan B. Malik
F5 Tuan Abdul Malik

Suruhanjaya Reid

Tanah Melayu yang merdeka pada 31 Ogos 1957 memerlukan sebuah perlembagaan.

Apakah tujuan pembentukan Suruhanjaya Reid ?
F1 membincangkan/mencadangkan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
F2 menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
F3 merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka

Jumaat, 6 Januari 2012

Tamadun Mengikut Pandangan Islam

Agama juga sebahagian daripada tamadun.

Jelaskan maksud tamadun menurut pandangan sarjana Islam.
F1 pembangunan lahiriah dan rohaniah
F2 pencapaian yang tinggi dalam tatasusila dan kebudayaan
F3 unsur rohaniah sangat penting dalam mengukur tamadun

Tamadun Mengikut Pandangan Barat

Budaya juga aspek yang dikaitkan dengan tamadun.

Jelaskan maksud tamadun menurut pandangan sarjana Barat.
F1 pembangunan lahiriah dalam hal berkaitan kebudayaan
F2 diukur berdasarkan pencapaian lahiriah
F3 unsur rohaniah tiada kaitan dalam mengukur tamadun

Maksud Tamadun

Kelahiran bandar adalah sebahagian aspek yang dapat dikaitkan dengan tamadun manusia.

Apakah maksud tamadun mengikut pengertian bahasa ?
F1 berasal daripada bahasa Arab iaitu mudun, madain dan madana
F2 bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar
F3 dalam bahasa Inggeris tamadun bermaksud civilization
F4 civilization berasal daripada perkataan Greek iaitu civitas
F5 bermaksud bandar
F6 tamadun boleh diertikan sebagai peradaban

Sabtu, 12 November 2011

Perang Dunia Pertama

Archduke Franz Ferdinand.

Huraikan peristiwa yang mencetuskan Perang Dunia Pertama (1914 - 1918).
F1 pembunuhan Archduke Franz Ferdinand dan isterinya oleh pengganas Serbia
F2 Austria mengisytiharkan perang terhadap Serbia
F3 Jerman menyerang Perancis yang menyokong Serbia
F3 serangan Jerman ke atas Perancis menimbulkan kemarahan Britain
F4 Britain meminta bantuan Amerika untuk menghadapai Jerman
F5 Jerman bertindak menyerang kapal dagang Amerika

Gerakan Nasionalisme di Filipina

Jose Rizal.

Jelaskan perkembangan gerakan nasionalisme di Filipina.

Nasionalisme tahap pertama
F1 dipimpin oleh Jose Rizal
F2 menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
F3 menuntut bangsa Filipina mendapat hak yang sama dengan bangsa Sepanyol
F4 menubuhkan Liga Filipina
F5 mendesak Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial
F5 Jose Rozal dibuang negeri ke Dapitan, Mindanao
F6 beliau dituduh terlibat dalam pemberontakan dan dihukum bunuh

Nasionalisme tahap kedua
F1 dimulakan oleh Andres Bonifacio
F2 berhasrat mencapai kemerdekaan daripada Sepanyol
F3 beliau menubuhkan Katipunan
F4 menerbitkan akhbar Kalayan untuk menyebarkan fahaman revolusi
F5 melancarkan revolusi bersenjata
F6 Andres Bonifacio dihukum mati
F7 diteruskan oleh Emilio Aguinaldo
F8 menuntut kemerdekaan daripada Sepanyol dan Amerika
F9 bekerjasama dengan Amerika Syarikat mengusir Sepanyol
F10 mengisytiharkan kemerdekaan tetapi tidak disahkan oleh Amerika Syarikat
F11 meneruskan revolusi terhadap Amerika Syarikat
F12 Emilio Aguinaldo ditangkap pada 1901
F13 nasionalis menuntut kemerdekaan daripada Amerika Syarikat menggunakan saluran undang-undang

Rabu, 26 Oktober 2011

Piagam Madinah

Madinah.

Berikan intisari kandungan Piagam Madinah.
F1 Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin di Madinah
F2 baginda adalah hakim yang menyelesaikan masalah antara orang Islam dengan bukan Islam
F3 semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar
F4 undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh
F5 peraturan kekeluargaan dalam sesuatu kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam
F6 kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi kemajuan ekonomi negara
F7 unsur-unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam sistem perniagaan
F8 masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah
F9 masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri
F10 masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama/adat masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam
F11 keselamatan orang bukan Islam dijamin selagi mereka mematuhi Piagam Madinah

Rabu, 19 Oktober 2011

Kesan Pelaksanaan Sistem Birokrasi Barat

Raden Adjeng Kartini nasionalis wanita di Indonesia.

Nyatakan kesan pelaksanaan sistem birokrasi Barat terhadap pemerintahan tradisional negara-negara di Asia Tenggara.
F1 memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat
F2 penyatuan pentadbiran telah menyebabkan kemerosotan sistem pemerintahan tradisional
F3 pengaruh golongan pembesar tradisi merosot
F4 pentadbiran Indonesia terbahagi kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan
F5 berakhirnya Dinasti Konbaung di Burma
F6 jawatan pembesar tradisional peringkat pusat terhapus
F7 pengenalan Akta Kampung Ulu Burma
F8 pengenalan Akta Perkampungan Burma
F9 pengaruh golongan agam merosot
F10 penubuhan Majlis Perundangan dan jabatan di Burma
F11 pengaruh undang-undang Barat
F12 pelaksanaan sistem pembayaran cukai
F13 penubuhan balai polis
F14 pengaruh sistem raja berperlembagaan di Thailand
F15 institusi raja masih kekal tapi peranannya berkurangan
F16 birokrasi Barat mengambil alih peranan raja dan pembesar
F17 tercetus gerakan nasionalisme di Asia Tenggara
F18 pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
F19 pelaksanaan pentadbiran melalui biro
F20 pegawai Barat sebagai Ketua Biro

Proses Pembandaran

Bangunan lama di Pulau Pinang tinggalan kolonial British.

Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya proses pembandaran.
F1 pertambahan fungsi ekonomi
F2 kawasan yang kaya dengan sumber semulajadi
F3 kawasan yang menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah
F4 kawasan yang hampir dengan kawasan perlombongan/tempat pengumpulan hasil lombong bijih timah
F5 contohnya bandar Kuala Lumpur/Taiping/Seremban
F6 pertambahan penduduk
F7 tempat mendapatkan keperluan harian
F8 pusat perniagaan
F9 pusat pentadbiran
F10 pusat perbankan
F11 perkembangan perlombongan petroleum
F12 contohnya bandar Miri
F13 adanya kemudahan sistem pengangkutan dan perhubungan
F14 adanya bekalan air bersih/sekolah/bank/pusat kesihatan
F15 kedudukan strategik/menghubungkan beberapa buah bandar dan kawasan lain
F16 perkembangan pertanian komersila/getah
F17 perkembangan perlombongan bijih timah
F18 kawasan pelabuhan
F19 contohnya pelabuhan Klang/Melaka/Pulau Pinang
F20 pusat pengumpulan/pengeksport hasil seperti lada hitam/gambir
F21 contohnya bandar Kuching

Zaman Gelap

Apakah maksud Zaman Gelap ?
F1 berlaku selepas kejatuhan tamadun Rom di Eropah
F2 peringkat awal zaman pertengahan
F3 masyarakat Eropah berada di zaman kemunduran
F4 mengalami kemerosotan dalam bidang politik/ekonomi/sosial
F5 merosot dalam ilmu pengetahuan/perdagangan/pembandaran

Raja/King adalah teratas dalam kedudukan masyarakat feudal di Eropah.

Senaraikan golongan atasan dalam hierarki masyarakat feudal di Eropah.
F1 raja/king
F2 bangsawan lapisan pertama/baron
F3 bangsawan lapisan kedua/knight
F4 ahli agama/gereja/paderi

Nyatakan ciri-ciri ekonomi pada Zaman Gelap.
F1 kegiatan ekonomi merosot
F2 kegiatan ekonomi terhad
F3 mata wang terhad
F4 perniagaan kecil-kecilan
F5 perniagaan hasil barang secara tukar barang
F6 tumpuan dalam bidang pertanian
F7 kegiatan perdagangan tidak meluas
F8 perdagangan diganggu oleh orang gasar
F9 kawasan Mediterranean dikuasai oleh orang Islam