Sistem demokrasi yang diamalkan di Athens lebih kurang 3000 tahun dahulu telah diwarisi oleh hampir semua negara di dunia pada hari ini.
(a) Apakah maksud demokrasi ? [1m]
F1 pemerintahan daripada rakyat melalui wakil yang dipilih melalui pilihan raya [1m]
F2 kerajaan rakyat oleh rakyat untuk rakyat [1m]
[pilih mana-mana 1]
(b) Nyatakan tiga ciri sistem pemerintahan demokrasi yang diamalkan di Athens. [3m]
F1 Dewan Perhimpunan [1m]
F2 warganegara lelaki berpeluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan [1m]
F3 Dewan Perhimpunan berkuasa penuh terhadap ahli Majlis, Majistret dan Juri [1m]
F4 Dewan Perhimpunan mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan [1m]
F5 warganegara lelaki sahaja dibenarkan mengundi [1m]
[pilih mana-mana 3]
(c) Senaraikan dua buah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi pada hari ini. [2m]
F1 Malaysia [1m]
F2 Singapura [1m]
F3 Amerika Syarikat [1m]
F4 Indonesia [1m]
[pilih mana-mana 2]
(d) Sekiranya anda dilantik sebagai pemimpin di sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi, apakah ciri-ciri kepimpinan yang akan anda amalkan ? [2m]
F1 adil [1m]
F2 tidak menggunakan rasuah [1m]
F3 mampu memajukan ekonomi negara [1m]
F4 menjalinkan hubungan baik dengan rakyat [1m]
[pilih mana-mana 2]
(e) Pada pandangan anda, apakah kebaikan sistem pemerintahan demokrasi kepada sesebuah negara ? [2m]
F1 kesejahteraan hidup rakyat pelbagai kaum [1m]
F2 menjamin kestabilan politik/pentadbiran negara [1m]
F3 memajukan ekonomi negara [1m]
F4 rakyat bebas menganut dan mengamalkan agama/kepercayaan masing-masing [1m]
[pilih mana-mana 2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan