Mengapakah imperialis Barat menjajah negara-negara di Asia Tenggara antara abad ke-15 hingga awal abad ke-20 ? [10 markah]
F1 kekayaan bahan mentah
H1a Asia Tenggara sememangnya kaya dengan bahan mentah, juga mempunyai tanah yang subur serta sesuai dengan pelbagai tanaman
H1b pihak Barat memerlukan bahan mentah ini dalam Revolusi Perindustrian terutamanya bijih timah dan getah
H1c bijih timah banyak terdapat di Tanah Melayu, manakala getah sangat sesuai ditanam di Tanah Melayu, Filipina dan Indonesia
H1d getah asli sangat diperlukan oleh kilang-kilang tayar untuk kegunaan kereta dan kapal terbang
F2 Revolusi Perindustrian
H2a Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah telah mengubah corak dasar imperialisme kuasa-kuasa Barat di Timur
H2b pada kurun ke-15 dan 16, Portugal, Sepanyol da Belanda bersaing mendapatkan barang dagangan mewah seperti teh dan rempah
H2c sejak kurun ke-17, berlaku kepesatan sektor perindustrian di negara-negara Eropah, kilang-kilang menghasilkan pengeluaran secara besar-besaran dan berterusan
F3 sistem pengangkutan dan perhubungan
H3a penggunaan kapal wap membolehkan banyak muatan dibawa dan mempercepat pejalanan untuk membawa hasil perkilangan dan bahan mentah antara Timur dan Barat
H3b 1896, pembukaan Terusan Suez telah memendekkan jarak antara Timur dan Barat kerana tidak perlu melalui benua Afrika
H3c gabungan penggunaan kapal wap dan Terusan Suez membolehkan kos dijimatkan dan perjalanan lebih selamat
H3d perhubungan Barat dan Timur telah melalui era baru kerana penciptaan telegraf
H3e arahan kepada pegawai-pegawai di tanah jajahan dapat disampaikan dengan lebih cepat dan berkesan
H3f memudahkan hubungan antara ahli-ahli perniagaan dengan wakil-wakil mereka di kawasan Timur
H3g perdagangan antarabangsa dapat berkembang dengan lebih pesat kerana urusan perniagaan berjalan lancar
F4 persaingan kuasa Barat
H4a dasar imperialisme membantu kekuatan strategik dan imej negara yang terlibat
H4b memperoleh banyak tanah jajahan menyebabkan dipandang tinggi dan dihormati
H4c negara-negara Barat berlumba-lumba menjadi kuasa besar
H4d kewujudan sesebuah kuasa besar dikaitkan dengan keluasan tanah jajahan yang dimiliki
H4e British cuba menghalang pengaruh Perancis, Jerman dan Itali ke atas Negeri-Negeri Melayu Utara
H4f British terlibat Dalam Perang Inggeris-Burma kerana menghalang pengaruh Perancis ke atas Burma
F5 Beban Orang Putih
H5a British dan Amerika Syarikat menggunakan slogan "Beban Orang Putih" dalam dasar imperialisme mereka
H5b menjadikan masyarakat di Timur bertamadun seperti mereka
H5c memimpin dan membawa mayarakat di Timur ke arah kehidupan yang sejahtera
H5d Perancis menggunakan slogan "menyebarkan tamadun" ke atas masyarakat di Timur
H5e mubaligh Kristain melaksanakan tugas menyebarkan agama Kristain dalam kalangan masyarakat Timur
[mana-mana 10 x 1m = 10m]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan