SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Isnin, 6 Jun 2011

Sistem Tulisan Dalam Tamadun Awal

1-Dengan mengambil contoh daripada tamadun awal dunia, nyatakan jenis sistem tulisan yang telah dicipta. [4M]
F1 tulisan cuneiform – tamadun Mesopotamia
F2 tulisan hieroglif – tamadun Mesir Purba
F3 tulisan piktograf – tamadun Indus
F4 tulisan ideogram – tamadun Hwang Ho

Tulisan dalam tamadun Mesir Purba.

2-Nyatakan sumbangan sistem tulisan dalam masyarakat Mesopotamia. [6M]
F1 sistem tulisan telah membawa kepada sistem pendidikan.
F2 bertujuan untuk melahirkan jurutulis
F3 urusan pentdbiran dan perniagaan dapat direkodkan oleh juru tulis
F4 melalui perdagangan semua urusan jual beli dapat ditulis dalam resit, nota dan surat kredit
F5 sistem tulisan melahirkan tradisi kesusasteraan
F6 seperti epik Gilgamesh merupakan hasil kesusasteraan yang tertua di dunia
F7 epik ini mengandungi falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia

3-Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kepentingan tulisan pada masa itu? [10M]
F1 merangsang kepada perkembangan pendidikan
F2 merekodkan semua urusan pentadbiran
F3 melancarkan aktiviti pertanian, kutipan cukai dan upacara keagamaan
F4 memudahkan amalan ritual kepercayaan
F5 menyertakan resit, nota dan surat kredit dalam urusan perniagaan
F6 melahirkan tradisi kesusasteraan seperti epik Gilgamesh yang mengandungi falsafah dan cara hidup masyarakat Mesopotamia
F7 merakamkan sejarah kegemilangan dan keagungan sesebuah tamadun
F8 menjadi sumber sejarah yang amat berharga
F9 menilik nasib seperti tulisan ideogram
F10 menulis titah perintah raja dan undang-undang seperti kod undang-undang Hammurabi
F11 mengasaskan ilmu pengetahuan seperti geometri, matematik, sains, astronomi dan perubatan

1 ulasan:

Setiakasih berkata...

Sejarah Sarawak?