SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Rabu, 1 Jun 2011

Ciri-Ciri Adat Perpatih di Negeri Sembilan

Soalan TOV 2011, Tingkatan 5, Terengganu


Sebuah buku yang membincangkan adat perpatih secara khusus.

1-Jelaskan ciri-ciri Adat Perpatih dalam masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. [7m]
F1 diguna pakai oleh orang Melay Minangkabau di Negeri Sembilan dan Naning
F2 musyawarah meruapakan asas bagi pentadbiran dan penyelesaian masalah
F3 musyawarah dihadiri oleh perwakilan semua suku
F4 di Negeri Sembilan terdapat 12 suku
F5 contohnya Anak Acheh/Anak Melaka/Batu Belang/Batu Hampar/Biduanda/Mungkal/Paya Kumah/Seri Lemak/Seri Melenggang/Tanah Datar/Tiga Batu/Tiga Nenek
F6 setiap suku dianggap sebuah keluarga yang besar
F7 ahli setiap suku tidak dibenarkan berkahwin sesama suku
F8 setiap suku mempunyai ketua adat yang dikenali sebagai Lembaga
F9 dari segi pemilihan, anak buah memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang, Undang Memilih Yamtuan/Yang Dipertuan Besar
F10 diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang
F11 berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera, Indonesia
F12 bersifat Matrilineal (keibuan)
F13 nasab keturunan mengutamakan jurai keturunan ibu
F14 anak erempuan diberi hak mewarisi harta

2-Pada pendapat anda, apakah peranan adat dalam masyarakat Melayu tradisional ? [5m]
F1 menjamin keselamatan
F2 mengawal perlakuan masyarakat
F3 menentukan hak pewarisan harta
F4 menentukan bidang tugas
F5 mewujudkan masyarakat yang bersistem dan berorganisasi
F6 merapatkan tali persaudaraan
F7 mewujudkan perpaduan masyarakat
F8 mewujudkan sifat tolong-menolong/bekerjasama/toleransi

Tiada ulasan: