SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Selasa, 15 Mac 2011

Maksud, Ciri dan Nama Sungai Dalam Tamadun Awal

Soalan Percubaan SPM 2008, Pahang

Kreatif dan inovasi manusia dalam kehidupan seharian merupakan proses pembentukan tamadun.

(a) Apakah maksud tamadun ? [2m]
F1 berasal daripada perkataan Arab iaitu mudun dan madain
F2 madana iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar
F3 perkataan Inggeris iaitu civilization
F4 berasal daripada bahasa Greek iaitu civitas yang bermaksud bandar
F5 peradaban manusia
[mana-mana 2 x 1m = 2m]

(b) Berikan tiga ciri masyarakat yang bertamadun. [3m]
F1 petempatan kekal
F2 kehidupan berorganisasi
F3 sistem pemerintahan
F4 pengkhususan pekerjaan
F5 agama dan kepercayaan
F6 bahasa dan tulisan
[mana-mana 3 x 1m = 3m]

(c) Namakan dua sungai yang penting dalam pembentukan tamadun awal manusia. [2m]
F1 Sungai Euphrates
F2 Sungai Nil
F3 Sungai Indus
F4 Sungai Hwang Ho
[mana-mana 2 x 1m =2m]

(d) Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat awal memilih sungai untuk membina petempatan awal ? [3m]
F1 kesuburan tanah untuk pertanian
F2 kemudahan bekalan air
F3 kemudahan bekalan makanan
F4 kemudahan pengangkutan dan perhubungan
[mana-mana 3 x 1m =3m]

Tiada ulasan: