SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Selasa, 15 Mac 2011

Imperialisme di Asia Tenggara

Soalan Topikal Bab 1, Tingkatan 5

Antara kuasa Barat yang terlibat dengan imperialisme di Asia Tenggara ialah Portugal, Sepanyol, Belanda, Britain, Perancis dan Amerika Syarikat.

(a) Huraikan faktor-faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara yang berikut :
i- kekayaan bahan mentah [4m]
F1 memerlukan bahan mentah secara konsisten
H1a kepesatan sektor perindustrian di Eropah
H1b mengeluarkan pelbagai hasi perkilangan secara besar-besaran
H1c Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah

F2 memerlukan kawasan pasaran baru
H2a menjamin pasaran yang luas

F3 tanah yang subur
F4 kedudukan yang strategik
H4a terletak di antara China dan India
[mana-mana 4 x 1m =4m]

ii- Beban Orang Putih dan Tugas Menyebarkan Tamadun [4m]
F1 slogan Beban Orang Putih digunakan oleh British dan Belanda
H1a mereka lebih maju
H1b mereka lebih bertamadun
H1c mereka bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera

F2 Perancis berpegang kepada slogan Tugas Menyebarkan Tamadun
H2a mereka bertanggungjawab mentamadunkan orang Timur
H2b mubaligh Kristain bertanggungjawab menyebarkan agama Kristain kepada penduduk di tanah jajahan
[mana-mana 4 x 1m = 4m]

(b) Bagaimanakah perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan mendorong perluasan imperialisme Barat ? [8m]
F1 penggunaan kapal berkuasa wap
H1a membolehkan muatan yang lebih banyak
H1b mempercepat perjalanan antara Barat dan Timur

F2 pembukaan Terusan Suez
H2a memendekkan jarak perjalanan antara Barat dan Timur

F3 penggunaan kapal berkuasa wap dan pembukaan Terusan Suez menjadikan perjalanan lebih selamat dan menjimatkan kos

F4 penciptaan telegraf
H4a arahan diberikan lebih cepat dan berkesan

F5 ahli-ahli perniagaan di Barat
H5a berhubung dengan wakil mereka di Timur
H5b urusan perniagaan menjadi lebih mudah
H5c perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat
[mana-mana 8 x 1m =8m]

(c) Pada pendapat anda, apakah keburukan imperialisme ? [4m]
F1 berlakunya peperangan antara dua negara
F2 penduduk tempatan hilang keistimewan
F3 raja tidak lagi berkuasa mutlak
F4 negara dijajah oleh kuasa-kuasa Barat
[4 x 1m = 4m]

Tiada ulasan: