SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Jumaat, 6 Mei 2011

Perjanjian Hudaibiyah

Sebahagian tinggalan tapak bersejarah yang masih terdapat di kawasan Hudaibiyah.

SPM 2008.

Senaraikan dua pihak yang menandatangani Perjanjian Hudaibiyah.
F1 pihak Islam/Nabi Muhammad s.a.w./orang Islam Madinah
F2 Arab Quraisy Makkah

Nyatakan dua peristiwa ke arah termeterainya perjanjian itu.
F1 pada tahun 628M, rombongan orang Islam Madinah ke Makkah untuk mengerjakan umrah
F2 rombongan orang Islam disekat di Hudaibiyah
F3 orang Islam menghantar Uthman bin Affan untuk menerangkan tujuan kedatangan
F4 orang Islam bersumpah setia/"Baiah al-Ridwan" untuk membela kematian Uthman bin Affan
F5 orang Arab Quraisy menghantar Suhail bin Amru untuk berunding
F6 maka, termeterailah Perjanjian Hudaibiyah antara pihak Islam dengan Arab Quraisy

Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan Perjanjian Hudaibiyah kepada perkembangan Islam ?
F1 membolehkan Nabi Muhammad s.a.w. merangka program dakwah Islamiah secara aman
F2 orang Islam berpeluang mengerjakan haji pada tahun berikutnya (7H/629M)
F3 pengislaman tokoh Arab Quraisy yang berpengaruh seperti Khalid bin al-Walid dan Uthman bin Talhah
F4 kerajaan Islam Madinah diiktiraf oleh Arab Quraisy

Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada Perjanjian Hudaibiyah demi memperkukuhkan perpaduan dan keamanan negara kita Malaysia.
F1 mengutamakan keamanan
F2 kebijaksanaan dalam kepimpinan
F3 permuafakatan dalam membuat keputusan/musyawarah
F4 sentiasa mengutamakan sifat pemaaf
F5 bertolerasi dalam kalangan masyarakat

Tiada ulasan: