SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Selasa, 31 Mei 2011

Perjanjian Hudaibiyah

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011, Tingkatan 4, Terengganu

1-Nyatakan dua isi Perjanjian Hudaibiyah.
F1 gencatan senjata selama 10 tahun
F2 kabilah Arab bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau Quraisy Makkah
F3 orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan
F4 orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan
F5 umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya/7H

2-Berikan dua sebab Nabi Muhammad s.a.w. membuka semula kota Makkah pada tahun 630M.
F1 orang Arab Quraisy Makkah melanggar Perjanjian Hudaibiyah
F2 tidak menghormati hak kebebasan yang telah dipersetujui bersama
F3 membunuh beberapa orang Bani Khuza'ah yang berpihak kepada Islam
F4 strategi jangka panjang penyebaran Islam

3-Mengapakah kota Makkah mudah ditawan oleh tentera Islam ?
F1 pengislaman al-Abbas/Abu Suffian
F2 jaminan keselamatan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
F3 bilangan tentera Islam yang ramai
F4 tentera Islam dibahagikan kepada empat pasukan
F5 menyerang kota Makkah menerusi empat arah yang berlainan
F6 semangat ketakwaan dan keyakinan tentera Islam yang tinggi

Binaan bahagian dalam Kaabah.

4-Berikan dua kepentingan pembukaan semula kota Makkah.
F1 Kaabah terpelihara daripada penyembahan berhala
F2 dijadikan kota suci umat Islam
F3 menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia untuk menunaikan ibadat haji
F4 masyarakat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan Islam
F5 membuktikan bahawa negara Islam yang dibentuk di Madinah begitu kukuh
F6 menjadi pembuka jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab secara aman
F7 mewujudkan sebuah pusat pemerintahan Islam yang kuat di Madinah
F8 mewujudkan wilayah Islam yang baru
F9 orang Islam mesti memilih perdamaian sekiranya musuh inginkan perdamaian

5-Pada pandangan anda, apakah ktokohan nabi yang boleh dicontohi semasa pembukaan semula kota Makkah ?
F1 sifat pemaaf/pengampun
F2 berwibawa
F3 kebijaksanaan mengatur startegi
F4 tidak membalas dendam
F5 berwawasan
F6 berjiwa besar

Tiada ulasan: