SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Khamis, 6 Oktober 2011

Kemasukan Buruh Dari India

Perusahaan getah telah berkembang di Tanah Melayu dengan bantuan buruh dari India.

Terangkan cara-cara kemasukan buruh dari India ke negara kita pada abad ke-19.
F1 sistem buruh bebas
H1a mereka datang sendiri dengan biayaan masing-masing
H1b kedatangan mereka diatur oleh kumpulan tertentu kerana kepentingan ekonomi
H1c mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang dikehendaki

F2 sistem kontrak
H2a tambang mereka ke Tanah Melayu dibiayai oleh majikan
H2b sebagai balasannya mereka perlu bekerja dengan majikan tersebut untuk jangka masa tertentu antara 1 hingga 3 tahun
H2c bayaran yang paling minimum iaitu antara 9 hingga 13 sen sehari
H2d penindasan terhadap buruh sering berlaku dalam sistem ini

F3 sistem kangani
H3a kangani bermaksud ketua
H3b seseorang kangani diberi kepercayaan oleh majikan untuk mendapatkan buruh
H3c mereka diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari buruh
H3d kangani diberi wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh sehingga tiba di Tanah melayu
H3d kangani bertindak seperti pengurus agensi yang membawa masuk pekerja asing
H3e sistem ini diharamkan kerana wujud penyelewengan oleh kangani sendiri

Tiada ulasan: