SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Isnin, 17 Oktober 2011

Peperangan Quraisy Makkah dan Orang Islam

Buku tentang Perang Badar.

Antara tahun 622M hingga 630M, terdapat beberapa siri peperangan antara Quraisy Makkah dengan orang Islam. Senaraikan peperangan tersebut.
F1 Perang Badar
F2 Perang Uhud
F3 Perang Khandak/Perang Ahzab
F4 Perang Tabuk

Berikan garis panduan yang mesti dipatuhi oleh tentera Islam dalam peperangan.
F1 dilarang merobohkan rumah ibadat
F2 dilarang memusnahkan tanam-tanaman
F3 tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan
F4 dilarang membunuh orang lemah seperti orang tua/kanak-kanak/wanita/orang yang sakit/orang yang menyerah diri

Nyatakan sebab Islam membenarkan umatnya untuk berperang.
F1 dengan keizinan Allah
F2 apabila diserang oleh musuh
F3 memelihara tempat beribadat
F4 melindungi nyawa/harta benda
F5 menentang kezaliman/mempertahankan diri
F6 bertujuan mempertahankan agama/maruah diri/negara

Apakah tindakan Nabi Muhammad s.a.w. terhadap tawanan perang.
F1 tawanan wanita dan kanak-kanak dibebaskan
F2 tawanan lelaki diberi syarat untuk membebaskan diri
F3 mereka perlu mengajar sepuluh kanak-kanak membaca dan menulis sehingga pandai
F4 Nabi Muhammad s.a.w. mengampunkan tawanan Perang Badar

Tiada ulasan: