SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Selasa, 31 Mei 2011

Mohenjo-Daro dan Harappa

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011, Tingkatan Empat, Terengganu


Bandar Mohenjo-Daro.

Jelaskan ciri-ciri bandar terancang yang terdapat di bandar Mohenjo-Daro dan Harappa. [8m]
F1 bandar dibahagi kepada dua bahagian
F2 bahagian utama ialah pusat pentadbiran dan keagamaan
F3 menempatkan bangunan pentadbiran/tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan serta tempat penyimpanan hasil pertanian
F4 bahagian kedua ialah kawasan perumahan
F5 bandar dikeliling oleh tembok
F6 perancangan bandar dibantu oleh kemajuan ilmu geometri
F7 kemajuan bidang pembinaan
F8 pemahaman ilmu geometri adalah hasil pertembungan dengan tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir Purba
F9 setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus
F10 bandar-bandar boleh dihubungi melalui sungai
F11 bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat
F12 rumah di bandar mempunyai bilik mandi dan tandas
F13 terdapat sistem kumuhan yang terancang
F14 bandar disusun dengan susun atur yang sistematik
F15 menggunakan batu-bata tanah liat melalui pembakaran suhu yang tinggi

Perjanjian Hudaibiyah

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011, Tingkatan 4, Terengganu

1-Nyatakan dua isi Perjanjian Hudaibiyah.
F1 gencatan senjata selama 10 tahun
F2 kabilah Arab bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau Quraisy Makkah
F3 orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan
F4 orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan
F5 umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya/7H

2-Berikan dua sebab Nabi Muhammad s.a.w. membuka semula kota Makkah pada tahun 630M.
F1 orang Arab Quraisy Makkah melanggar Perjanjian Hudaibiyah
F2 tidak menghormati hak kebebasan yang telah dipersetujui bersama
F3 membunuh beberapa orang Bani Khuza'ah yang berpihak kepada Islam
F4 strategi jangka panjang penyebaran Islam

3-Mengapakah kota Makkah mudah ditawan oleh tentera Islam ?
F1 pengislaman al-Abbas/Abu Suffian
F2 jaminan keselamatan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
F3 bilangan tentera Islam yang ramai
F4 tentera Islam dibahagikan kepada empat pasukan
F5 menyerang kota Makkah menerusi empat arah yang berlainan
F6 semangat ketakwaan dan keyakinan tentera Islam yang tinggi

Binaan bahagian dalam Kaabah.

4-Berikan dua kepentingan pembukaan semula kota Makkah.
F1 Kaabah terpelihara daripada penyembahan berhala
F2 dijadikan kota suci umat Islam
F3 menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia untuk menunaikan ibadat haji
F4 masyarakat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan Islam
F5 membuktikan bahawa negara Islam yang dibentuk di Madinah begitu kukuh
F6 menjadi pembuka jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab secara aman
F7 mewujudkan sebuah pusat pemerintahan Islam yang kuat di Madinah
F8 mewujudkan wilayah Islam yang baru
F9 orang Islam mesti memilih perdamaian sekiranya musuh inginkan perdamaian

5-Pada pandangan anda, apakah ktokohan nabi yang boleh dicontohi semasa pembukaan semula kota Makkah ?
F1 sifat pemaaf/pengampun
F2 berwibawa
F3 kebijaksanaan mengatur startegi
F4 tidak membalas dendam
F5 berwawasan
F6 berjiwa besar

Monumen dan Candi

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011, Tingkatan 4, Terengganu

1-Apakah yang dimaksudkan dengan monumen ?
F1 binaan atau bangunan yang dibuat daripada batu
F2 bertujuan memperingati orang ternama
F3 memperingati peristiwa penting
F4 boleh berupa candi/kuil/wat/stupa/arca/patung

2-Namakan dua buah candi yang terdapat di Asia Tenggara ?
F1 Candi Angkor Wat
F2 Candi Borobudur
F3 Candi Dieng
F4 Candi di Lembah Bujang
F5 Candi Prambanan
F6 Candi Padang Lawas
F7 Candi Muara Takas
F8 Candi Chaiya
F9 Candi Yarang

Candi Borobudur di Jawa Tengah

3-Mengapakah kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara membina candi ?
F1 monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha
F2 berperanan sebagai rumah ibadat
F3 tempat menyimpan abu jenazah raja/keluarga raja
F4 tempat menyimpan patung dewa utama
F5 tempat arca keagamaan diletakkan
F6 lambang keagungan seseorang pemerintah
F7 lambang kehebatan seni bina
F8 melambangkan orde kosmos
F9 melambangkan kehebatan ahli seni agama

4-Nyatakan dua ciri yang terdapat pada candi di Lembah Bujang.
F1 70 tapak arkeologi telah dikenalpasti
F2 hanya 9 buah tapak yang dapat dibina semula struktur lantainya
F3 mewakili agama Hindu dan Buddha
F4 bersaiz kecil
F5 kesemua candi ditemui tinggal bahagian tapak sahaja
F6 candi agama Hindu terbahagi kepada dua bahagian utama
F7 bahagian vimana dan mandapa
F8 vimana ialah bahagian suci tempat arca keagamaan diletakkan
F9 mandapa ialah bahagian luar candi
F10 candi berunsur Buddha memiliki pelan jenis cruciform
F11 dinamakan berdasarkan sistem penomboran
F12 dinamakan berdasarkan tempat ditemui

5-Pada pendapat anda, apakah faktor kejayaan kerajaan awal di Asia Tenggara membina candi yang hebat ?
F1 penguasaan ilmu matematik
F2 penguasaan ilmu geometrik
F3 penguasaan ilmu seni bina
F4 penguasaan teknologi membuat batu bata
F5 kepakaran dalam seni ukir
F6 ketaatan rakyat kepada pemerintah
F7 kewibawaan pemerintah
F8 memiliki tenaga buruh yang ramai
F9 menerima teknologi dari luar
F10 kreativiti masyarakat

Isnin, 30 Mei 2011

Tamadun India

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011, Tingkatan 4, Terengganu

1-Namakan dua bentuk kerajaan dalam tamadun India pada tahap awal pembentukkannya.
F1 kerajaan kecil/Janapada
F2 kerajaan besar/Mahajanapada

2-Nyatakan kedudukan raja dalam tamadun India.
F1 berkuasa mutlak
F2 kedudukannya diperkukuhkan dengan upacara ritual
F3 raja adalah suci
F4 raja harus dihomati
F5 penasihat raja adalah golongan Brahmin

3-Nyatakan dua cara Chandragupta Maurya membentuk empayar Maurya ?
F1 menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India
F2 mengubah status raja kepada maharaja
F3 perluasan kuasa/menguasai seluruh India Utara/menaluki Punjap/menewaskan Seleceus
F4 mempunyai pasukan tentera yang besar
F5 mempunyai 600 gajah/1,000 orang tentera berkuda/10,000 orang infantri


4-Apakah cara Asoka menjalankan penalukan selepas Perang Kalinga ?
F1 menekankan kedamaian
F2 menekankan kemajuan sosial
F3 menyebarkan agama Buddha
F4 tidak melibatkan ketenteraan
F5 membentuk birokrasi pentadbiran

5-Pada pendapat anda, bagaimanakah kemerdekaan sesebuah negara dapat dikekalkan ?
F1 mempunyai pemimpin yang berwibawa
F2 perkuatkan angkatan tentera
F3 mengadakan hubungan diplomatik dengan semua negara
F4 kukuhkan perpaduan kaum
F5 rakyat mesti patriotik
F6 keadilan/keamanan/keharmonian diutamakan

Sabtu, 28 Mei 2011

Tamadun Hwang Ho

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011, Tingkatan 4, Terengganu

1-Namakan dua dinasti yang wujud dalam tamadun Hwang Ho.
F1 Dinasti Hsia
F2 Dinasti Shang
F3 Dinasti Chou
F4 Dinasti Ching
F5 Dinasti Chin

2-Nyatakan sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian.
F1 pembinaan sistem pengairan
F2 terusan dibina untuk mengairi kawasan pertanian/untuk mengelakkan banjir
F3 kemajuan teknologi pembajakan
F4 mengawal aliran Hwang Ho agar tidak memudaratkan pertanian
F5 penciptaan cangkul
F6 penciptaan sabit
F7 penggunaan batas untuk tujuan tanaman
F8 perubahan secara revolusi penggunaan alat pertanian daripada kayu kepada besi


3-Nyatakan penggunaan sistem tulisan dalam tamadun Hwang Ho hingga kini.
F1 masih digunakan oleh orang China
F2 penggunaan tulisan ini meluas
F3 diguna dalam bidang penulisan
F4 diguna dalam bidang percetakan
F5 diajar di sekolah-sekolah di China
F6 diguna oleh orang Korea
F7 diguna oleh orang Jepun

4-Apakah fungsi kalendar dalam tamadun Hwang Ho ?
F1 menentukan musim menanam
F2 menentukan musim menuai
F3 menjalankan aktiviti harian
F4 menentukan upacara perkahwinan
F5 aktiviti perburuan
F6 upacara pengebumian

5-Pada pendapat anda, mengapakah sesebuah negara perlu memberikan tumpuan kepada pertanian sebagai salah satu bidang kegiatan ekonomi ?
F1 untuk memastikan sumber makanan mencukupi untu keperluan rakyat
F2 membekalkan sumber bahan mentah untuk industri
F3 menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat
F4 mengurangkan kebergantungan kepada sumber makanan dari luar negara/import
F5 menanfaatkan kesuburan tanah sesebuah negara
F6 menyimpan lebihan sebagai stok kecemasan
F7 sumber eksport negara

Jumaat, 6 Mei 2011

Perjanjian Hudaibiyah

Sebahagian tinggalan tapak bersejarah yang masih terdapat di kawasan Hudaibiyah.

SPM 2008.

Senaraikan dua pihak yang menandatangani Perjanjian Hudaibiyah.
F1 pihak Islam/Nabi Muhammad s.a.w./orang Islam Madinah
F2 Arab Quraisy Makkah

Nyatakan dua peristiwa ke arah termeterainya perjanjian itu.
F1 pada tahun 628M, rombongan orang Islam Madinah ke Makkah untuk mengerjakan umrah
F2 rombongan orang Islam disekat di Hudaibiyah
F3 orang Islam menghantar Uthman bin Affan untuk menerangkan tujuan kedatangan
F4 orang Islam bersumpah setia/"Baiah al-Ridwan" untuk membela kematian Uthman bin Affan
F5 orang Arab Quraisy menghantar Suhail bin Amru untuk berunding
F6 maka, termeterailah Perjanjian Hudaibiyah antara pihak Islam dengan Arab Quraisy

Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan Perjanjian Hudaibiyah kepada perkembangan Islam ?
F1 membolehkan Nabi Muhammad s.a.w. merangka program dakwah Islamiah secara aman
F2 orang Islam berpeluang mengerjakan haji pada tahun berikutnya (7H/629M)
F3 pengislaman tokoh Arab Quraisy yang berpengaruh seperti Khalid bin al-Walid dan Uthman bin Talhah
F4 kerajaan Islam Madinah diiktiraf oleh Arab Quraisy

Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada Perjanjian Hudaibiyah demi memperkukuhkan perpaduan dan keamanan negara kita Malaysia.
F1 mengutamakan keamanan
F2 kebijaksanaan dalam kepimpinan
F3 permuafakatan dalam membuat keputusan/musyawarah
F4 sentiasa mengutamakan sifat pemaaf
F5 bertolerasi dalam kalangan masyarakat

Dakwah Islam di Makkah

Sebahagian daripada Bukit Safa.

SPM 2006.

Nyatakan dua pihak yang menerima Islam secara rahsia.
F1 ahli keluarga
F2 sahabat yang rapat seperti Abu Bakar
F3 segelintar golongan bangsawan seperti Uthman bin Affan
F4 golongan bawahan seperti hamba

Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah secara rahsia ?
F1 strategi penyebaran Islam
F2 mengelakkan penentangan
F3 bimbang Islam dihancurkan
F4 bilangan penganut Islam masih sedikit
F5 Islam baru dikenali

Bagaimanakah penyebaran dakwah Islamiah secara terbuka dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ?
F1 mengadakan majlis ceramah
F2 perjumpaan dengan orang ramai di Bukit Safa
F3 menerangkan tentang Islam
F4 bermusyawarah dengan para sahabat

Mengapakah orang Arab Quraisy Makkah menentang dakwah Islamiah oleh Nabi Muhammad s.a.w. ?
F1 konsep persaudaraan Islam
F2 larangan tentang akhlak yang keji
F3 tanggapan yang salah terhadap tugas Nabi Muhammad s.a.w.
F4 perbezaan dari segi kepercayaan/amalan
F5 menjejaskan ekonomi orang Arab Quraisy Makkah

Konsep Hijrah


Gambar Masjid Nabawi.

SPM 2005.

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan dua konsep Hijrah.
F1 perpindahan orang Islam Makkah ke Madnah
F2 perpindahan secara sukarela

Jelaskan sebab berlakunya peristiwa Hijrah.
F1 penentangan hebat orang Quraisy di Makkah
F2 untuk menyebarkan agama Islam
F3 jemputan daripada orang Madinah
F4 wahyu daripada Tuhan

Nyatakan dua kepentingan Hijrah kepada penduduk Madinah ?
F1 menyatukan penduduk Madinah
F2 tercipta kalendar Islam
F3 menyelesaikan perbalahan antara suku Aus dan Khazraj
F4 pembentukan kerajaan Islam Madinah
F5 menyatukan masyarakat Madinah yang pelbagai kaum

Huraikan dengan ringkas pembaharuan yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. setelah berhijrah ke Madinah.
F1 Nabi Muhammad s.a.w. membina Masjid Nabawi
F2 menubuhkan kerajaan Islam
F3 Madinah sebagai pusat pemerintahan
F4 Piagam Madinah telah digubal

Isnin, 2 Mei 2011

Kepentingan Hijrah

Peta : Kedudukan Madinah, kerajaan Islam pertama.

Soalan Percubaan SPM 2009, Melaka

Terangkan kepentingan Hijrah kepada umat Islam.
F1 dakwah Islamiah
H1a dapat dilaksanakan dengan aman tanpa selindung
H1b sedangkan di Makkah seruan terhadap Islam sering terganggu

F2 mendamaikan suku Arab di Madinah
H2a yang sering bersengketa khususnya suku Aus dan Khazraj
H2b melalui semangat persaudaraan sesama Islam

F3 menjalinkan hubungan persadaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah
H3a orang Islam Makkah tidak yang berhijrah tidak berasa asing dan rendah diri di Madinah
H3b menyatukan golongan ini yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan ekonomi dan sosial
H3c Nabi Muhammad telah memberikan gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berpindah ke Madinah
H3d golongan Ansar kepada orang Islam Madinah

F4 menyatukan penduduk Madinah
H4a yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama
H4b ini melahirkan kehidupan harmoni di Madinah
H4c dengan ini masyarakat Madinah dapat menjalankan kegiatan ekonomi dan agama

F5 membina sebuah masjid
H5a iaitu Masjid al-Nabawi
H5b Masjid Quba merupakan masjid pertama
H5c masjid dijadikan tempat beribadat, belajar, bertemu dan berbincang masalah, kawasan persekitaran masjid diadakan aktiviti harian seperti jual beli

F6 wujud takwin Islam
H6a berdasarkan kiraan tahun Hijrah
H6b takwin ini digunakan ketika Khalifah Umar al-Khattab

F7 menubuhkan sebuah negara Islam Madinah
H7a menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah
H7b menjadikan Madinah sebaga ipusat tamadun Islam

F8 menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong-menolong
H8a orang Islam Madinah memberikan bantuan yang besar kepada orang Islam Makkah yang berhijrah
H8b mereka sanggup memberikan tempat tinggal, makanan dan keperluan asas
H8c menerima orang Islam Makkah sebagai saudara dan sebahagian daripada masyarakat Madinah

F9 pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w.
H9a Abu Bakar as-Siddiq sanggup bergadai harta dan nyawa
H9b Ali bin Abu Talib sanggup tidur di tempat tidur baginda
H9c Abdul Rahman bin Auf memberi sumbangan harta

F10 menunjukkan peranan wanita
H10a Asmah binti Abu Bakar membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
H10b menghantar makanan
H10c menyampaikan berita tentang pergerakan Quraisy

F11 menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhamad s.a.w.
H11a baginda sanggup berkorban meninggalkan kesenangan hidup
H11b tidak pernah berputus asa
H11c bersembunyi di Gua Thur dan mencari jalan lain ke Madinah
[mana-mana 10 x 1m = 10m]

Pengertian Hijrah

Peta : Kedudukan antara Makkah dan Madinah.

Soalan Percubaan SPM 2009, Melaka

Nyatakan pengertian Hijrah.
F1 berasal daripada perkataan Arab iaitu berpindah
F2 perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain
F3 perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke kota Madinah
F4 perjuangan untuk memperkukuhkan Islam
F5 merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam
F6 perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan/kejahatan
F7 semangat ingin berubah dalam pelbagai keadaan
F8 perubahan dari segi sikap
F9 perubahan dari segi cara berfikir
F10 perubahan dari segi tingkah laku
F11 bukan pelarian seperti pandangan orientalis Barat
[mana-mana 5 x 1m = 5m]