SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Ahad, 31 Julai 2011

Tamadun China

Latar belakang tamadun China :
  • terletak di Lembah Hwang Ho
  • perluasan kuasa bermula dengan kemunculan Dinasti Chin
  • Dinasti Chin diasaskan oleh Shih Huang Ti
  • beliau memperluas jajahan takluknya hingga terbentuk sebuah empayar
  • zaman beliau banyak berlaku peperangan dan perluasan kuasa
  • jajahan takluk disatukan di bawah kerajaan pusat

Tamadun India

Latar belakang kemunculan tamadun India :
  • muncul setelah kedatangan orang Aryan
  • mereka membawa budaya baru di Lembah Sungai Indus yang dikenali Zaman Vedik
  • nama Vedik diambil sempena kelahiran kitab-kitab veda
  • zaman ini merupakan permulaan kehidupan beragama dalam masyarakat Indus
  • terdapat dua bentuk kerajaan - Janapada/kerajaan kecil dan Mahajanapada /kerajaan besar
  • diperintah oleh golongan raja
  • Chandragupta berjaya menyatukan kerajaan kecil dan membentuk empayar Dinasti Maurya

Tamadun Rom

Sebuah buku yang membincangkan tentang Tamadun Rom.

Lokasi tamadun Rom :
  • lahir di Bukit Palatine berhampiran dengan Sungai Tiber di Lembah Latium
  • Lembah Latium didiami masyarakat Latin
  • Lembah Latium penting semasa pemerintahan Romulus
Peranan majlis perbandaran dalam tamadun Rom :
  • menjalankan pentadbiran tanpa gangguan pentadbiran pusat
  • membawa kemajuan dan keselesaan hidup di bandar
  • memastikan pengurusan dan perancangan bandar lebih teratur dan sistematik
  • menyediakan kemudahan awam seperti bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, sarkas, forum, rumah mandi awam, istana
Kemudahan yang terdapat di bandar Pompei :
  • pejabat
  • dewan orang ramai
  • mahkamah
  • perpustakaan
  • rumah ibadat
  • pintu gerbang
  • Colloseum
  • saliran air
  • kedai

Tamadun Yunani


Lokasi tamadun Yunani :
  • berkembang di Semenanjung Greek
  • dikelilingi oleh Laut Agean dan Laut Mediterranean
  • petempatan manusia bermula dengan negara kota/polis
  • pembentukan negara kota hasil gabungan beberapa buah kampung
  • contoh negara kota - Athens, Sparta dan Corinth
Ciri-ciri istimewa pemerintahan negara kota/polis yang terdapat dalam tamadun Yunani :
  • setiap negara kota mempunyai acropolis dan agora
  • setiap kota dikelilingi kawasan pertanian
  • dalam kota terdapat pasar, kubu, kuil dan istana
  • setiap negara kota memiliki beberapa tuhan
  • setiap negara kota mempunyai corak pemerintahan dan undang-undang tersendiri
  • masyarakat dalam setiap negara kota sentiasa bersatu padu

Tamadun Mesopotamia dan Tamadun Mesir

Sumbangan dua tamadun ini ialah :

Tamadun Mesopotamia
  • Kod Undang-Undang Hammurabi
  • Epik Gilgamesh
  • sistem mengira perpuluhan, menolak, mendarab, membahagi, punca ganda dua
  • kapal layar
  • kincir air
  • konsep empayar
  • mencipta kalendar 12 bulan setahun
  • arca dan tiang batu
Tamadun Mesir
  • membuat kertas dari pokok papyrus
  • mengawet/memumiakan mayat
  • teknik pembedahan, fizik, kimia
  • ilmu matematik - geometri, astronomi
  • mencipta kalendar 365 hari setahun
  • sistem pengairan

Tamadun Mesopotamia dan Tamadun Mesir


Agama dan kepercayaan dalam dua tamadun ini :

Tamadun Mesopotamia
  • raja sebagai tuhan/wakil tuhan/pemilik negara kota
  • rakyat tidak menyembah raja
  • tidak percaya kehidupan selepas mati
  • percaya tuhan melindungi negara kota
Tamadun Mesir
  • konsep politeisme/banyak tuhan
  • percaya kehidupan selepas mati
  • menyembah Firaun

Tamadun Mesopotamia dan Tamadun Mesir

Struktur masyarakat dalam dua tamadun ini :

Tamadun Mesopotamia
  • raja
  • ketua pendeta, ketua tentera, bangsawan
  • rakyat bebas - petani dan artisan
  • hamba - tawanan perang
Tamadun Mesir
  • Firaun
  • pembesar, bangsawan, rahib, juru tulis, tuan tanah
  • rakyat bebas - petani, artisan, pedagang
  • hamba

Tamadun Mesopotamia dan Tamadun Mesir


Peranan raja dalam dua tamadun ini :

Tamadun Mesopotamia
  • ketua pentadbir
  • ketua agama
  • ketua tentera
  • berkuasa dalam soal tanah, cukai hasil pertanian dan perniagaan
  • berkuasa mutlak
Tamadun Mesir
  • ketua pendeta
  • ketua hakim
  • ketua pahlawan
  • berkuasa mutlak

Tamadun Mesopotamia dan Tamadun Mesir

Persamaan yang terdapat dalam dua tamadun ini ialah :
  • pembentukan tamadun di lemabh sungai
  • mengamalkan sistem pemerintahan beraja
  • raja berkuasa mutlak
  • organisasi sosial yang teratur
  • setiap lapisan masyarakat memainkan peranan masing-masing
  • agama penting dalam kehidupan masyarakat
  • menjalinkan hubungan antarabangsa dengan tamadun-tamadun lain
  • mempunyai banyak negara kota

Tamadun Hwang Ho

Ying dan Yang.

Sumbangan tamadun Hwang Ho :
  • sistem pemerintahan berbentuk dinasti
  • pertanian - teknologi pembajakan, cangkul, sabit, pembinaan batas
  • konsep Ying dan Yang
  • amalan Feng Hsui
  • falsafah perang - Sun Tzu dalam karyanya "The Art of War"

Tamadun Hwang Ho

Tulang oracle.

Ciri-ciri tamadun Hwang Ho seperti berikut :

1- petempatan kekal/negara kota
  • negara kotanya - Anyang
  • terletak di kawasan tanah tinggi Sungai Huan
  • terdapat istana, kuil dan pusat pentdbiran
  • raja ialah ketua pemerintah
  • golongan agama dan pembesar tinggal di kawasan bandar
  • dikelilingi oleh tembok untuk menghalang musuh
  • dikelilingi perkampungan petani
2- organisai sosial
  • golongan raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas
  • golongan pembesar memiliki tentera dan senjata gangsa
  • mereka menggunakan keistimewaan mereka menundukkan golongan bawahan
  • golongan petani dan artisan merupakan golongan bawahan
3- sistem pemerintahan
  • pemerintahan beraja
  • pengganti raja akan dilantik dari kalangan saudara lelaki yang paling muda
  • raja mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, soaial dan agama
  • raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbirannya
4- pengkhususan kerja
  • petani
  • pedagang
  • artisan
  • anggota tentera
5- bahasa dan tulisan
  • ideogram
  • digunakan dalam penulisan dan percetakan
  • diajar di sekolah-sekolah di China
  • berkembang dan digunakan oleh orang Jepun dan Korea
6- agama dan kepercayaan
  • politeisme
  • Shang-ti (Tuhan Syurga)
  • Tu (Tuhan Bumi)
  • amalan tilik nasib dengan tulang oracle
  • pemujaan roh nenek moyang
7- konsep mandat
  • jika raja memerintah dengan adil, kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup kerana pemerintahan itu direstui tuhan

Tamadun Hwang Ho

Proses pembentukan tamadun Hwang Ho :
  • peranan Sungai Hwang Ho yang menyuburkan kawasan sekitarnya
  • penduduk nomad menetap dan membina petempatan awal di kawasan tersebut
  • petempatan awal di Tapak Banpo
  • mereka menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang, mengumpul hasil hutan dan memburu
  • kemunculan bandar di Lembah sungai Hwang Ho
  • Anyang merupakan pusat kerajaan Dinasti Shang

Tamadun Indus

Sumbangan tamadun Indus :
  • perancangan bandar
  • sistem kumuhan
  • jalan raya
  • batu-bata untuk pembinaan melalui proses pembakaran
  • ilmu matematik dan geometri
  • bersifat terbuka menerima teknologi luar seperti teknologi dari Mesopotamia dan Mesir
  • hubungan dengan tamadun luar dibuktikan dengan penemuan cap mohor buatan tamadun Indus di kota Ur

Tamadun Indus

Ciri-ciri tamadun Indus seperti berikut :

1- petempatan kekal/negara kota
  • bandar terancang - Mohenjo-Daro dan Harappa
  • bahagian utama - pusat pentadbiran dan agama, terdapat bangunan pentadbiran, tempat mandi awam dan tempat menyimpan hasil hutan
  • bahagian kedua - kawasan perumahan
  • terbahagi kepada petak-petak kawasan perumahan berbentuk empat segi
  • diasingkan oleh rangkaian jalan raya lurus dan bersambungan
  • terdapat gedung-gedung, dewan orang ramai dan kedai-kedai
  • terdapat sistem pembentungan bawah tanah
  • sistem kumbahan teratur/terancang
  • kubu pertahanan dibina di sekitar kota
  • sistem saliran teratur dengan parit yang lurus
2- organisai sosial
  • terbahagi kepada golongan atasan dan golongan bawahan
  • golongan atasan - pendeta dan pedagang
  • golongan bawahan - petani dan buruh
3- sistem pemerintahan
  • diperintah oleh golongan pendeta
  • memiliki kuasa yang besar dan mengawal aktiviti masyarakat
  • menguasai upacara keagamaan
4- pengkhususan kerja
  • petani
  • pedagang
  • artisan
  • anggota tentera
5- sistem tulisan
  • tulisan piktograf (gambar)
6- agama dan kepercayaan
  • politeisme
  • Dewa Brahma, Vishnnu, Siva
  • kepercayaan kepada Tuhan Ibu

Tamadun Indus


Proses pembentukan tamadun Indus :
  • diasaskan oleh penduduk yang mengamalkan cara hidup normad di barat laut India
  • mereka menjalankan kegiatan memburu dan mengumpul hasil hutan
  • membina petempatan kekal setelah menemui cara pertanian dan penternakan
  • kemajuan dalam pertanian membawa kepada pertambahan penduduk
  • membentuk bandar-bandar utama seperti Mohenjo-Daro dan Harappa
  • kemajuan aktiviti perdagangan membawa kemunculan bandar pelabuhan iaitu Lothar dan Sutkagen Dor

Sabtu, 30 Julai 2011

Tamadun Hwang Ho


Senaraikan golongan dalam struktur sosial masyarakat tamadun Hwang Ho.
F1 raja
F2 pembesar
F3 bangsawan
F4 pegawai kerajaan
F5 petani
F6 artisan
F7 pedagang
F8 hamba

Berikan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Hwang Ho.
F1 animisme
F2 mandat daripada Tuhan
F3 penyembahan roh nenek moyang
F4 menyembah Tuhan Syurga/Shang-Ti
F5 menyembah Tuhan Bumi/Tu
F6 upacara penyembahan melibatkan permainan muzik/tarian
F7 upacara korban
F8 politisme
F9 amalan tilik/ramalan/tulang oracle

Apakah peranan kalendar dalam masyarakat Hwang Ho.
F1 menentukan musim menanam
F2 menentukan musim menuai
F3 menjalankan aktiviti harian
F4 menentukan upacara perkahwinan
F5 perburuan
F6 pengebumian

Nyatakan ciri negara kota yang terdapat dalam tamadun Hwang Ho.
F1 terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan
F2 terdapat istana
F3 kuil
F4 pusat pentadbiran
F5 tempat tinggal raja/pembesar/golongan agama
F6 dilengkapi tembok pertahanan menghalang pencerobohan musuh
F7 dikelilingi perkampungan yang didiami oleh petani

Pada pendapat anda, apakah kesan peninggalan tamadun Hwang Ho kepada peradaban manusia kini ?
F1 pemerintahan beraja
F2 sistem pengairan
F3 teknologi pembajakan
F4 penciptaan peralatan pertanian/cangkul/sabit
F5 penggunaan batas untuk pertanian
F6 sistem tulisan digunakan oleh orang Korea dan Jepun
F7 pemujaan roh nenek moyang
F8 konsep Yin dan Yang
F9 Feng Hsui
F10 tilik nasib
F11 pengamalan falsafah perang Sun Tzu diaplikasikan dalam urusan perniagaan

Kerajaan Agraria


Maksud Agraria. [1m]
F1 kerajaan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian/penternakan/pemungutan hasil hutan dan sungai

Lokasi Agraria. [5m]
F1 di kawasan pertanian yang subur
F2 lembah sungai
F3 kawasan pedalaman
F4 kawasan berbukit
F5 lereng tanah gunung berapi

Nyatakan kegiatan ekonomi masyarakat agraria di Asia Tenggara. [5m]
F1 menanam padi sawah di lembah sungai
F2 menanam padi huma di lereng bukit
F3 menangkap ikan di sawah/paya/sungai
F4 mengumpul hasil hutang seperti gading
F5 menternak binatang seperti lembu

Tamadun India


Terangkan kegiatan ekonomi yang dijalankan dalam Tamadun India. [8m]
F1 pusat perdagangan penting
H1a Kalinga
F2 persatuan perdagangan
H2a dikenali sebagai streshin di setiap bandar
F3 penggunaan mata wang
H3a syiling emas Zaman Gupta dikenali sebagai Dinara
F4 sistem cukai
H4a tujuan cukai untuk menyara anggota tentera

Jelaskan perkembangan sistem pendidikan dalam Tamadun India. [7m]
F1 bermula pada Zaman Vedik
F2 agama Hindu menjadi teras
F3 mempelajari kitab-kitab Veda
F4 pendidikan dikuasai oleh golongan lelaki
F5 bahasa pengantar ialah Bahasa Sanskrit
F6 menggunakan kaedah hafalan
F7 lokasi pendidikan zaman awal di istana/rumah

Berikan lima cadangan supaya Malaysia dapat mencapai status negara maju. [5m]
F1 menguasai ilmu ICT terkini
F2 melahirkan masyarakat minda kelas pertama
F3 membina pusat pengajian tinggi yang berwibawa
F4 membangunkan pusat telekomunikasi yang moden
F5 melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan

Badan Kehakiman

Bangunan Parlimen Malaysia.

Apakah bidang kuasa dan peranan Badan Kehakiman? [4m]
F1 berkuasa mentafsir undang-undang
F2 berkuasa mentafsir Perlembagaan Negeri
F3 berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan
F4 berkuasa mendengar serta menentukan perkara sivil/jenayah

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah cara undang-undang digubal ? [6m]
F1 dicadangkan oleh kementerian yang terlibat
F2 penggubalan rang undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara
F3 pembacaan pertama di Dewan Rakyat iaitu pembacaan tajuk rang undang-undang sahaja
F4 pembacaan kedua di Dewan Rakyat dan undang-undang dibahaskan
F5 perbincangan secara terperinci tentang rang undang-undang ini pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat
F6 pembacaan ketiga di Dewan Rakyat /rang undang-undang ini dibahaskan sebelum diluluskan untuk dikemukakan kepada Dewan Negara

Yang Di-Pertuan Agong


Jelaskan bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agong. [8m]
F1 ketua negara
F2 berkuasa memanggil/membubarkan Parlimen
F3 ketua tertinggi Angkatan Bersenjata Malaysia
F4 kuasa budi bicara melantik Perdana Menteri
F5 melantik Peguam Negara
F6 mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta negara
F7 berkuasa melantik ahli Perkhidamatan Kehakiman
F8 ketua agama Islam bagi negeri sendiri/Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah

Bagaimanakah anda menunjukkan kesetiaan anda kepada raja dan negara Malaysia ?[6m]
F1 tidak menderhaka kepada raja dan negara
F2 tidak memburuk-burukkan nama negara
F3 tidak mempersoalkan perkara sensitif secara terbuka
F4 mematuhi undang-undang dan perlembagaan negara
F5 mengibarkan bendera Malaysia pada premis persendirian/bangunan kerajaan
F6 menghormati dan memahami maksud lambang-lambang negara

Kesultanan Melayu Melaka

Pokok Melaka.

Terangkan ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka. [10m]
F1 wilayah
H1a sempadannya diterima umum
F2 kedaulatan
H2a merupakan kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah
F3 lambang negara
H3a merupakan simbol yang menjadi identiti sesebuah negara
F4 undang-undang
H4a undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat
F5 rakyat
H5a seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah

Jelaskan unsur-unsur warisan Kesultanan Melayu Melaka yang diamalkan dalam negeri-negeri Melayu. [5m]
F1 kerajaan Johor, Perak dan Pahang merupakan kerajaan yang diasaskan oleh kerabat diraja Melaka
F2 semua pemerintah negeri menggunakan gelaran Sultan pada awal nama masing-masing
F3 sistem warisan takhta mementingkan jurai keturunan sebelah bapa
F4 putera sulung sultan dengan permaisurinya berpeluang mewarisi takhta
F5 mengamalkan Sistem Pembesar Empat Liptan seperti diamalkan di Melaka

Pada pendapat anda, mengapakah institusi beraja perlu dikekalkan ? [5m]
F1 lambang kedaulatan
F2 simbol ketuanan Melayu
F3 ketua agama Islam
F4 pemelihara adat istiadat
F5 lambang perpaduan

Jumaat, 29 Julai 2011

Perang Dunia Pertama


Nyatakan sebab-sebab berlakunya Perang Dunia Pertama. [5m]
F1 kemunculan nasionalisme
F2 kewujudan sistem pakatan negara-negara Eropah
F3 persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi
F4 pembunuhan Archduke Franz Ferdinand pewaris takhta Austria-Hungray
F5 Jerman menyerang Perancis melalui Belgium

Namakan negara yang menganggotai Perikatan Kuasa Tengah. [3m]
F1 Jerman
F2 Austria-Hungray
F3 Itali

Namakan negara yang menganggotai Pakatan Bertiga. [3m]
F1 Britain
F2 Perancis
F3 Jepun

Nyatakan kesan-kesan Perang Dunia Pertama. [8m]
F1 tamatnya pemerintahan beraja di Eropah
F2 berubahnya peta Eropah
F3 penubuhan Liga Bangsa
F4 terbentuknya beberapa buah negara baru
F5 inflasi berlaku di negara-negara yang berperang
F6 pasaran dunia dikuasai oleh Amerika Syarikat dan Jepun
F7 berlakunya pengangguran
F8 kehilangan nyawa yang ramai

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah sesebuah negara dapat mengelakkan berlakunya peperangan ? [5m]
F1 kerjasama di peringkat antarabangsa
F2 bersama-sama menentang keganasan
F3 bersaing secara sihat di peringkat global
F4 mengambil langkah-langkah dinamis dalam hubungan dasar luar
F5 mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi

Cara Kedatangan Buruh Luar ke Tanah Melayu


Terangkan cara kedatangan buruh luar ke Tanah Melayu :
(i) Dari China [6m]
(ii) Dari India [6m]

Dari China
F1 Sistem Tiket Kredit
H1a hutang dibayar dengan cara bekerja dengan majikan dalam satu tempoh tertentu
F2 sistem Pengambilan Kakitangan
H2a segala tambang dan perbelanjaan dibiayai oleh majikan
F3 Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
H3a pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China

Dari India
F1 Sistem Buruh Bebas
H1a mereka datang sendiri dengan biayaan masing-masing
F2 Sistem Kontrak
H2a majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu
F3 Sistem Kangani
H3a Kangani/ketua dihantar ke India untuk mencari buruh

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan kemasukan buruh luar ke negara kita ? [4m]
F1 wujud masyarakat majmuk
F2 kemunculan bandar
F3 pendidikan vernakular
F4 perbezaan budaya cara hidup

Pada pandangan anda, bagaimanakah negara kita boleh mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing ? [4m]
F1 memperketatkan kemasukan pekerja asing
F2 penggunaan teknologi moden
F3 pendidikan menekankan kemahiran
F4 galakkan anak tempatan bekerja

Faktor-Faktor Kedatangan Imigran Ke Tanah Melayu


Apakah faktor-faktor yang mendorong kedatangan imigran dari China dan India ke Tanah Melayu ? [8m]
F1 kekurangan buruh dalam sektor pertanian dan perlombongan
F2 galakan British agar mereka berhijrah ke Tanah Melayu
F3 penghijrahan mereka tidak ditentang oleh orang Melayu
F4 wujud hubungan tradisi antara Tanah Melayu dan India
F5 kestabilan politik di Tanah Melayu
F6 kemiskinan di tempat asal mereka
F7 tedapat banyak peluang pekerjaan dalam perusahaan getah dan bijih timah
F8 kekayaan sumber alam di Tanah Melayu

Nyatakan cara kemasukan imigran China ke Tanah Melayu dari awal abad ke-19 hingga awal abad ke-20. [4m]
F1 sistem tiket kredit
F2 sistem pengambilan kakitangan
F3 sistem pengambilan rumah kongsi
F4 secara berkumpulan

Nyatakan cara kemasukan imigran India ke Tanah Melayu dari awal abad ke-19 hingga awal abad ke-20. [3m]
F1 sistem buruh bebas/merdeka
F2 sistem kontrak
F3 sistem kangani

Cara Penyebaran Islam di Asia Tenggara


Terangkan empat cara penyebaran agama Islam di Asia Tenggara. [8m]
F1 perdagangan
H1a pedagang Arab, India dan China menyebarkan dakwah Islamiah ke Asia Tenggara
F2 perkahwinan
H2a berlaku antara ulama Islam dari India dan Semenanjung Tanah Arab dengan penduduk tempatan
F3 pengislaman golongan raja dan bangsawan
H3a apabila raja memeluk Islam, rakyat akan mengikuti
F4 kelahiran kerajaan Islam
H4a Kesultanan Perlak ialah kesultanan Islam yang pertama di Asia Tenggara

Nyatakan persetujuan para sejarawan tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara ? [6m]
F1 kedatangan Islam dibawa oleh pedagang
F2 mereka terdiri daripada pedagang Arab, China dan India
F3 mereka menyebarkan Islam semasa menjalankan perniagaan
F4 penyebaran Islam peringkat awal terhad di pelabuhan sahaja
F5 penyebaran Islam terhad dalam kalangan pedagang sahaja
F6 penyebaran Islam yang seterusnya disebarkan oleh para ulama

Teori Kedatangan Islam


Jelaskan teori dan bukti kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Arab. [7m]
F1 dikemukakan oleh John Crawford dan Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas
F2 catatan China menunjukkan orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perdagangan di Canton
F3 pedagang Arab singgah di pelabuhan utama Asia Tenggara semasa menunggu perubahan angin monsun
F4 pedagang Arab membina perkampungan sebagai tempat mengumpul barangan
F5 pedagang Arab berkahwin dengan wanita tempatan
F6 perkataan Arab yang terdapat dalam tulisan Jawi diambil daripada bahasa Arab
F7 muzik Melayu seperti dabus mempunyai pengaruh Arab

Apakah bukti yang menunjukkan Islam datang dari China ? [5m]
F1 Canton menjadi pusat perniagaan yang terkenal dalam kalangan pedagang Arab
F2 penemuan Batu Bersurat di Terengganu membuktikan Islam datang dari China
F3 pedagang China yang beragama Islam telah berdagang di Asia Tenggara dan menyebarkan agama Islam di Asia Tenggara
F4 terdapat persamaan unsur seni bina pada bumbung masjid dan pagoda China
F5 pada 876 Masihi ramai pedagang Islam dari Canton berpindah ke Asia Tenggara

Apakah bukti yang menunjukkan Islam datang dari India ? [5m]
F1 Islam datang dari wilayah Gujerat dan Pantai Koromandel sejak abad ke-13
F2 pedagang India Islam menyebarkan Islam ke rantau Asia Tenggara
F3 Gujerat ialah pelabuhan penting semasa pemerintahan Alaudin Khilji di India
F4 batu nisan Malik al-Salih di Pasai mempunyai ciri buatan India
F5 batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa mempunyai ciri buatan India

Teori Kedatangan Islam


Terangkan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari segi perdagangan. [10m]
F1 Islam berkembang menerusi aktiviti pedagang Arab dan Parsi di China
H1a terdapat pusat perniagaan di Canton dan Amoy
F2 pedagang Arab yang ke China singgah di pelabuhan Asia Tenggara
H2a pelabuhan utama di Selat Melaka
F3 pedagang Arab membina perkampungan di pelabuhan Asia Tenggara
H3a perkampungan penting sebagai tapak untuk berdagang
F4 peniaga China beragama Islam menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara
H4a peniaga China memeluk Islam hasil jalinan perdagangan dengan peniaga Arab di Canton
F5 wujud kerajaan tua di Kuala Terengganu yang bergantung pada aktiviti perdagangan
H5a dibuktikan dengan Batu Bersurat Terengganu di Sungai Tersat, Kuala Berang yang menggunakan tulisan Jawi

Apakah sifat terpuji dalam kalangan pedagang Islam yang mempercepat penyebaran Islam ke Asia Tenggara ? [5m]
F1 sifat amanah
F2 berhemah tinggi
F3 sopan santun
F4 ikhlas
F5 sifat mahmudah

Teori Kedatangan Islam


Terangkan pandangan John Crawford dan Profesor Syed Naquib al-Attas tentang bukti kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Arab. [8m]

pandangan John Crawford
F1 Islam berkembang melalui aktiviti para pedagang Arab di China
H1a pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China
F2 pedagang Arab yang berdagang ke China telah singgah di pelabuhan utama di Asia Tenggara
H2a pelabuhan menjadi tempat menunggu perubahan angin monsun untuk ke China
F3 pembinaan perkampungan Arab di Asia Tenggara
H3a perkampungan tersebut dijadikan tapak untuk berdagang/mengumpul barang jualan
F4 berlaku perbincangan antara pedagang Arab dan pedagang tempatan/pedagang Asia Tenggara semasa menunggu perubahan angin monsun
H4a perbincangan berkaitan kepercayaan dan agama

pandangan Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas
F5 persamaan bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan Semenanjung Tanah Arab
H5a perkataan Arab pada tulisan Jawi diambil daripada bahasa Arab
F6 adat resam dan kebudayaan orang Melayu banyak dipengaruhi oleh budaya Arab
H6a muzik Melayu/dabus
F7 penceritaan karya tempatan mengenai pengislaman raja di Asia Tenggara
H7a berjaya mengislamkan Raja Pasai/Merah Silu bergelar Malik al-Salih

Khamis, 28 Julai 2011

Kerajaan Turki Uthmaniyah


Jelaskan sejarah pembentukan kerajaan Turki Uthmaniyah. [5m]
F1 dikuasai oleh kerajaan Saljuk
F2 pengasasnya ialah Uthman Ertughrul
F3 menaluki Anatolia
F4 Bursa sebagai ibu negeri
F5 Orhan I telah melakukan perluasan kuasa

Terangkan faktor kejayaan kerajaan Turki Uthmaniyah menyebarkan Islam ke benua Eropah. [10]
F1 penalukan Constantinople
F2 akhlak yang tinggi
F3 semangat kepahlawanan
F4 sistem ketenteraan yang tersusun
F5 tentera infantri yang kuat
F6 mempunyai armada yang kuat
F7 politik Eropah tidak stabil
F8 usaha para pendakwah
F9 dasar diplomasi dan toleransi
F10 dasar sosial Islam yang berdasarkan kecemerlangan indivindu

Jelaskan iktibar yang boleh diperoleh daripada kejayaan kerajaan Turki Uthamaniyah untuk kegemilangan negara dan bangsa Malaysia. [5m]
F1 mampu meneroka bidang baru
F2 ada kecerdasan fizikal dan mental
F3 pengamalan akhlak mulia
F4 mengamalkan budaya hidup sihat
F5 mengekalkan kestabilan politik

Kerajaan Turki Uthmaniyah


Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyah berjaya menyebarkan Islam di Eropah. [8m]
F1 kota Constantinople ditaluki oleh tentera Islam
F2 orang Islam mempunyai akidah yang kukuh
F3 orang Islam mempunyai akhlak yang tinggi
F4 tentera Islam mempunyai semangat Ghazi/semangat pahlawan yang tidak gentar berkorban jiwa demi penyebaran ajaran Islam
F5 mempunyai tentera elit Janissari/tentera yang terlatih dalam selok-belok peperangan
F6 sistem ketenteraan yang tersusun
F7 tentera Islam mempunyai peralatan senjata moden
F8 mempunyai tentera darat yang kuat
F9 memiliki armada laut yang kuat
F10 keadaan politik yang tidak stabil di Eropah
F11 kejatuhan kerajaan Byzantine
F12 institusi gereja di Eropah tidak lagi menjadi pelindung kepada masyarakat
F13 kerajaan Uthmaniyah menjalankan dasar berteraskan diplomasi/toleransi
F14 penghijrahan orang Turki ke kawasan Balkan
F15 usaha para pendakwah menyebarkan Islam

Terangkan sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah terhadap perkembangan Islam. [8m]
F1 pembinaan empayar Islam
H1a Istanbul menjadi pusat pentadbiran dunia Islam
F2 bidang perundangan
H2a Sulaiman I memperkenalkan sistem perundangan
F3 Sistem organisasi
H3a jawatan kadi/mufti dijadikan sebagai sebahagian organisasi agama Islam
F4 sumbangan dalam bidang ekonomi
H4a Istanbul menjadi pusat pertemuan perdagangan Timur dan Barat
F5 memperkenalkan dasar sosial
H5a menggalakkan kecemerlangan individu
F6 bidang ilmu pengetahuan
H6a membina sekolah pengetahuan akademik/sekolah satera/kolej perubatan
F7 bidang seni bina
H7a seni bina masjid

Sekiranya anda seorang mubaligh yang menyebarkan Islam di Eropah pada abad ke-14 Masihi, apakah ciri-ciri yang mesti anda miliki bagi melaksanakan misi tersebut ? [4m]
F1 memiliki sifat berhemah semasa berdakwah
F2 memiliki sifat mahmudah/sifat terpuji
F3 memiliki sifat siddiq/berkata benar
F4 memiliki sifat amanah/dipercayai
F5 memiliki sifat fatanah/bijaksana

Ahad, 24 Julai 2011

Khulafa al-Rasyidin

Tulisan al-Quran tanpa baris.

Soalan SPM 2007.

Berikan dua kaedah pemilihan khalifah dalam Islam. [2m]
F1 musyawarah/syura
F2 pemilihan daripada beberapa orang calon
F3 cadangan satu nama dari khalifah terdahulu
F4 pencalonan oleh sekelompok masyarakat
[mana-mana 1 jawapan di atas]

Jelaskan tanggungjawab seorang khalifah dari aspek berikut : [3m]
Politik -
F1 khalifah bertanggungjawab memastikan kelicinan pentadbiran negara termasuk mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh, bertanggungjawab melantik dan jika perlu melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara
F2 khalifah berperanan memelihara kedudukan agama Islam serta mentadbir negara mengikut hukum syariah yang berlandaskan al-Quran dan sunnah
F3 khalifah wajib menitikberatkan sistem politik, sosial dan ekonomi supaya berlaku keseimbangan antara keperluan rohani dan jasmani
[mana-mana 1 jawapan di atas]

Sosial -
F1 khalifah bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat supaya dapat menikmati kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat
F2 khalifah bertanggungjawab menjaga dan meneruskan ajaran Allah, mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyawarah atau syura dan memantapkan sistem perundangan
[mana-mana 1 jawapan di atas]

Ekonomi -
F1 khalifah bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara juga baitulmal serta mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat

Berikan dua kejayaan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq. [2m]
F1 berjaya mengatasi masalah perpecahan yang melanda masyarakat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. yang berpunca daripada kewujudan orang Islam yang murtad dan gerakan golongan al-Riddah
F2 keupayaan beliau mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar iaitu kerajaan Parsi dan Rom Timur
F3 melicinkan pentadbiran kerajaan dengan membahagikan Tanah Arab kepada 10 wilayah iaitu Makkah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut dan Nijran serta melantik seorang ketua atau amir untuk mentadbir wilayah tersebut
F4 memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui hasil harta rampasan perang, undang-undang tanah dan hak rakyat terutama golongan mawali
F5 usaha mengumpulkan tulisan al-Quran yang mana beliau memerintahkan Zaid bin Thabit menghimpunkan ayat al-Quran pada batu, kulit binatang, kayu dan tulang
[mana-mana 2 jawapan di atas]

Sekiranya anda dilantik menjadi pemimpin Malaysia, bagaimanakah anda mengamalkan ciri-ciri kepimpinan Islam dalam pentadbiran anda ? [3m]
F1 memerintah dengan adil
F2 melindungi negara daripada serangan musuh
F3 mengembangkan ekonomi negara dan rakyat
F4 memajukan pendidikan
F5 mempratikkan undang-undang Islam
[mana-mana 3 jawapan di atas]

Sabtu, 16 Julai 2011

Pembukaan Semula Kota Makkah

Kedudukan Makkah.

Soalan Percubaan SPM Percubaan 2010, Negeri Sembilan.

Jelaskan sebab-sebab yang membawa kepada pembukaan semula kota Makkah. [4m]
F1 kota Makkah adalah tempat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
F2 merupakan tempat lahirnya agama Islam/wahyu/al-Quran
F3 tempat letaknya Kaabah
F4 pusat ibadat orang Islam/umrah /haji
F5 tempat asal orang Muhajirin/orang Islam Makkah
F6 orang Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah
H5a syarat gencatan senjata selama 10 tahun telah dicabuli oleh Quraisy
H5b orang Quraisy tidak menghormati hak kebebasan yang telah dipersetujui
H5c orang Quraisy telah membunuh beberapa orang Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam
F6 pembukaan kota Makkah merupakan strategi jangka panjang menyebarkan agama Islam
H6a kedudukan kerajaan Islam Madinah akan menjadi lebih mantap

Huraikan kesan-kesan peristiwa pembukaan semula kota Makkah. [5m]
F1 Nabi Muhammad s.a.w. bertawaf sebanyak 7 kali mengelilingi Kaabah
F2 baginda dapat berpidato/khutbah kepada umat Islam
H2a dengan membaca ayat al-Quran
F3 Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliah
F4 agama menyembah berhala dihapuskan selama-lamanya
F5 umat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan Islam
F6 kota Makkah dijadikan kota suci umat Islam
F7 Kaabah menjadi tumpuan seluruh umat Islam
H7a untuk beribadat
F8 membuktikan kekuatan kerajaan umat Islam Madinah di bawah pimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
H8a secara aman/tanpa paksaan/sukarela
F9 membuka jalan kepada penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab
F10 membolehkan sebuah lagi pusat pemerintahan Islam yang kuat diwujudkan
H10a Madinah dikekalkan sebagai pusat pentadbiran Islam
H10b Makkah dijadikan wilayah Islam
F11 Islam dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian secara menyeluruh
H11a menjadi titik tolak pemerintahan Islam seterusnya

Jumaat, 15 Julai 2011

Kerajaan Bani Abbasiyah

Kedudukan Kota Baghdad.

Ceritakan proses pembentukan kerajaan Bani Abbasiyah. [5m]
F1 kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 M selepas gerakan atau Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah
F2 gerakan ini ditaja oleh Ali bin Abdullah dan bergerak secara sulit
F3 bermula secara terbuka dari zaman Khalifah Umar Abdul Aziz
F4 mereka meneruskan kampen atas nama Ahlul Bait (keluarga Nabi Muhammad s.a..w.) untuk mendapatkan sokongan
F5 mereka telah menjadikan Khurasan, Kufah dan Humaimah sebagai pusat operasi menentang Kerajaan Umaiyah
F6 gerakan ini dikukuhkan oleh Abu Salama al-Khallal
F7 Abu Muslim al-Khurasani menjadi ketua di Khurasan

Terangkan faktor yang membolehkan kota Baghdad muncul sebagai pusat kegiatan intelektual pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah. [10m]
F1 menjadi pusat penulisan karya ke dalam bahasa Arab
H1a kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap
H1b tahap pertama mencatat segala idea atau percakapan
H1c tahap kedua mengumpulkan idea yang serupa/hadis Nabi Muhammad s.a.w. ke dalam buku
H1d tahap ketiga mengarang

F2 menubuhkan Baitulhikmah sebagai institusi keilmuan
H2a institusi keilmuan ini diasaskan oleh Khalifah Harun Al-Rasyid
H2b berkembang semasa Khalifah al-Makmun
H2c menterjemah karya falsafah dan sains terutamanya daripada bahasa Yunani ke bahasa Arab

F3 melibatkan golongan ulama dalam penulisan pelbagai bidang agama
H3a ramai ulama menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, tafsir dan sejarah
H3b contoh Imam Malik/Imam Abu Hanafiah/Imam Ahmad bin Hanbal

F4 usaha penterjemahan daripada bahasa Sanskrit, Suriani dan Yunani
H4a orang Islam bukan sahaja menterjemah malah mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya ke bahasa Arab
H4b mereka menghuraikan dan membuat penambahbaikan
H4c mereka memuatkan keterangan dan ulasan

F5 menubuhkan institusi pengajian tinggi
H5a mempertingkatkan kegiatan penyelidikan
H5b hasil dapatan sarjana Islam itu tersebar ke Eropah/kajian ini turut diterjemahkan ke bahasa asing
H5c menyumbang kepada kelahiran zaman Renaissance di Eropah
H5d kegigihan para ulama dan ilmuan Islam dalam penulisan
H5e mempertingkatkan pengetahuan manusia sezaman dengan mereka
H5f meninggalkan warisan yang ternilai kepada generasi kemudian

F6 keterbukaan dan kesediaan masyarakat Islam menimba ilmu daripada pelbagai sumber asing
H6a cendekiawan Islam menterjemah karya
H6b membaiki dan meningkatkan mutu karya asalnya

Khulafa al-Rasyidin


Senaraikan lima kriteria yang perlu dipenuhi oleh seseorang calon kahlifah pada zaman Khulafa al=Rasyidin. [5m]
F1 lelaki yang merdeka
F2 beragama Islam
F3 memiliki pengetahuan tentang Islam
F4 mematuhi perintah Allah
F5 sanggup melaksanakan hukum Allah
F6 bersifat adil
F7 mempunyai akhlak yang baik
F8 mempunyai tubuh badan yang sihat dan sempurna
F9 berfikiran cerdas
F10 warak
F11 pandai mentadbir negara

Berdasarkan contoh yang sesuai, terangkan tiga kaedah pemilihan khalifah pada zaman Khulafa al-Rasyidin. [6m]
F1 melalui musyawarah atau syura
H1a semasa pelantikan Saidina Abu Bakar
F2 melalui cadangan satu nama sahaja daripada khalifah yang terdahulu
H2a seperti pelantikan Saidina Umar yang diusulkan oleh Saidina Abu Bakar sebelum beliau wafat
F3 melalui pemilihan daripada beberapa calon
H3a semasa pelantikan Saidina Uthman bin Affan sejumlah enam nama telah diusulkan
F4 melalui pencalonan oleh sekelompok masyarakat
H4a seperti pencalonan Saidina Ali bin Abi Talib

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan tanggungjawab seorang khalifah dalam pemerintahan kerajaan Islam. [9m]
F1 memelihara kedudukan agama Islam
F2 mentadbir negara mengikut hukum syariah yang berpandukan al-Quran dan sunnah
F3 menitikberatkan sistem politik, sosial dan ekonomi supaya berlaku keseimbangan antara keperluan rohani dan jasmani
F4 bertanggungjawab memastikan kelicinan pentadbiran negara
F5 mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
F6 bertanggungjawab melantik dan melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara jika perlu
F7 bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat supaya dapat menikmati kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat
F8 bertanggungjawab menjaga dan meneruskan ajaran Allah yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
F9 mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyawarah atau syura
F10 memantapkan sistem perundangan Islam
F11 bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara dan baitulmal
F12 mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat