Kajian yang dipelopori oleh Ibn al-Nafis (pakar bedah di Damsyik).
Sumbangan di bawah adalah meliputi kerajaan Bani Umaiyah pada tahap pertama.
- penubuhan baitulmal bagi mewujudkan sistem kewangan dan mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan negara
- pendapatan kerajaan ialah kharaj, jizyah, zakat, usyur dan ghanimah
Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang ilmu pengetahuan :
- kota Basrah sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu pengetahuan
- lahirnya ilmuwan seperti Khalil ibn Ahmad (pakar dalam bahasa dan filologi Arab)
- Sibawayhi (ahli nahu Arab)
- al-Farazdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabia'h dan Jamil al-Uzri (sasterawan)
- bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi negara
- tanda bunyi dan baris diperkenalkan pada tulisan al-Quran
Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang agama:
- lahir tokoh dalam bidang berbeza seperti Urwah bin al-Zubayr dan Ibn Zihat al-Zuhri (hadis)
- Ibn Jarih (tafsir al-Quran)
- Hasan al-Basri dan Wasil ibn Ata (usuluddin)
Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang sains dan perubatan :
- pembinaan hospital di Damsyik oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik
- pembinaan hospital penyakit kusta oleh Khalifah Umar ibn Abdul Aziz
- penterjemahan pelbagai buku rujukan dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan
- Ibn al-Nafis pakar bedah Damsyik menghasilkan buku al-Shamil fis Sina'ah al-Tabibiyah (Kajian Umum Profesion Kedoktoran)
- perkembangan dalam bidang kimia dan astronomi
Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang perundangan :
- hakim menjatuhkan hukuman berdasarkan ijtihad dengan berpandukan al-Quran, sunnah dan ijmak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan