SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Ahad, 7 Ogos 2011

Teori Kedatangan Islam

Karya Syed Muhammad Naquib al-Attas yang membincangkan tentang Islam di Alam Melayu.

Teori Kedatangan Islam Dari Semenanjung Tanah Arab.

Pendapat John Crowford
  • catatan China mengatakan bahawa orang Arab dan Parsi mempunyai pusat perniagaan dan petempatan di Canton/Amoy
  • catatan China menyatakan wujudnya perkampungan Islam bernama Ta Shih di Sumatera Utara pada 650M
  • pedagang Arab yang berdagang ke China singgah di pelabuhan di Selat Melaka
  • pedagang Arab menetap dan membina perkampungan di situ
  • pedagang Arab di perkampungan tersebut berkahwin dengan penduduk tempatan
  • pedagang Arab berinteraksi dengan penduduk tempatan tentang agama Islam
  • pedagang Arab memperlihatkan nilai murni Islam yang menarik minat penduduk tempatan memeluk Islam
  • pedagang Arab mengamalkan sifat mahmudah yang juga menarik minat penduduk tempatan memeluk Islam

Pendapat Syed Muhammad Naquib al-Attas
  • wujud persamaan bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan Semenanjung Tanah Arab
  • perkataan Arab yang terdapat pada tulisan Jawi diambil daripada bahasa Arab
  • adat resam dan kebudayaan orang Melayu dipengaruhi oleh budaya Arab - menghormati tetamu, muzik Melayu - dabus/tarian zapin
  • karya tempatan meceritakan pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Semenajung Tanah Arab

Tiada ulasan: