SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Isnin, 1 Ogos 2011

Tamadun Yunani

Pemerintahan dan Pentadbiran.

Bentuk pemerintahan Yunani :

  • monarki/beraja - raja dibantu oleh konsul, raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama
  • oligarki - sistem pemerintahan oleh beberapa konsul
  • aristokrasi - pemerintahan oleh golongan bangsawan yang kaya
  • diktator - pemerintahan oleh golongan kaya dari tentera, pemerintah berkuasa mutlak
  • demokrasi - pemerintahan yang ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya

Ciri-ciri sistem demokrasi di Athens :
  • terdapat Dewan Perhimpunan
  • semua lelaki berpeluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun
  • Dewan Perhimpunan bersidang tiga kali sebulan
  • setiap ahli dewan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan
  • Majlis mengendalikan segala keputusan Dewan Perhimpunan
  • ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan Perhimpunan

Sistem pemerintahan yang diamalkan di Sparta :
  • sistem pemerintahan ketenteraan
  • anak lelaki dilatih menjadi askar
  • melahirkan tentera yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan handal

Tiada ulasan: