Sebuah buku berkaitan Khalid al-Walid, panglima perang zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.
- dilantik hasil cadangan Saidina Umar al-Khattab dalam pertemuan antara golongan Ansar dan Muhajirin
- sebelum itu, tidak dipersetujui oleh golongan Ansar kerana mereka bercadang melantik Saad bin Ubadah
- dalam pertemuan tersebut kedua-dua belah pihak bersetuju memilih dan melantik Saidina Abu Bakar menjadi khalifah kerajaan Islam Madinah
Sumbangan Saidina Abu Bakar al-Siddiq :
- menyatupadukan umat Islam yang berpecah belah selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. dan membentuk masyarakat Islam yang kuat
- mengatasi masalah orang Islam yang murtad dengan mengembalikan mereka kepada Islam dan menghukum mereka yang ingkar
- menangani masalah penyelewengan dan penyalahtafsiran al-Quran
- mempertahankan Madinah daripada ancaman luar iaitu Parsi di sebelah Timur dan Rom Timur/Byzantine di sebelah Barat
- menghantar panglima perang Khalid al-Walid menentang tentera Parsi di Iraq dan Usamah bin Zaid ke Ghassan, mereka berjaya mengalahkan musuh Islam
- berusaha melicinkan pentadbiran dengan membahagikan Semenanjung Tanah Arab kepada 10 wilayah iaitu Makkah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadramaut dan Nijran dengan melantik seorang ketua/amir untuk mentadbir wilayah tersebut
- memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui hasil rampasan perang
- memperkenalkan undang-undang tanah
- mengumpulkan tulisan al-Quran dengan menyalin semula tulisan-tulisan tersebut daripada tulisan pada batu, kulit binatang dan kulit kayu
1 ulasan:
sepertinya buku ini bagus dan patut dibaca, thanks
Catat Ulasan